Sumber : Google |
Antara
perkara yang acapkali disalah tulis oleh ramai orang ialah nombor. Kebanyakan
orang tidak mahir atau tidak tahu menulis nombor dengan cara yang betul dalam
penulisan.
Menyedari
masalah ini, kami ingin kongsikan kepada anda semua cara menulis nombor yang
betul. Diharapkan perkongsian ini menjadi panduan kepada anda supaya kesalahan
dalam menulis nombor tidak berulang lagi.
Cara
menulis nombor yang betul ialah :
Nombor kurang daripada sepuluh
Nombor
yang kurang daripada sepuluh iaitu nombor 1 hingga 10 perlu ditulis dengan
perkataan yang penuh.
Contoh
: Encik Chong mempunyai empat ekor
anak anjing yang comel.
Nombor lebih daripada sepuluh
Nombor
yang lebih daripada sepuluh iaitu nombor 11, 12, 13 dan seterusnya perlu
ditulis dengan angka.
Contoh
: Terdapat 12 orang lelaki di dalam
rumah itu.
Nombor lebih daripada sepuluh di
awal ayat
Nombor
yang lebih daripada sepuluh iaitu nombor 11, 12, 13 dan seterusnya jika terdapat
di awal ayat perlu ditulis dengan ejaan penuh.
Contoh
: Empat belas pelajar lelaki di
kelas itu kacak-kacak belaka.
Nombor bagi tahun kalendar atau
tarikh
Nombor
dalam bentuk kalendar atau tarikh perlu ditulis dalam bentuk angka.
Contoh
: Pada 1 Mei setiap tahun, semua
pekerja di Malaysia akan menyambut Hari Pekerja.
Nombor dalam unit ribu, juta dan
billion
Nombor
dalam kategori ini perlu ditulis dalam bentuk perkataan didahului dengan angka.
Contoh
: Keuntungan syarikat itu mencecah 30
juta setahun.
Nombor berkaitan subjek Matematik
dan Sains
Nombor
dalam ketegori ini perlu ditulis dalam bentuk angka sama ada pada awal atau
tengah ayat.
Contoh
: 2 liter air suling diperlukan untuk membuat eksperimen itu.
Nombor dalam nilai matawang
Nombor
dalam ketegori ini sama ada dalam RM atau sen perlu ditulis dalam bentuk angka.
Contoh
: Jutawan itu telah menderma sebanyak RM3
juta untuk membina sekolah itu.
Nombor yang bergabung dengan kata
sendi
Nombor
dalam kategori ini perlu diletakkan tanda sempang jika ditulis dalam bentuk
angka.
Contoh
: Setelah kematian abang sulungnya tempoh hari, Aimanlah tempat keluarganya
bergantung kerana dia anak yang ke-2.
Nombor bergabung dengan kata sendi
dalam bentuk perkataan
Nombor
dalam kategori ini perlu ditulis tanpa perlu meletakkan tanda sempang dan perlu
digabungkan dengan kata sendi.
Contoh
: Saya ialah anak ketiga dalam
keluarga.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.