Sabtu, 22 September 2018

MELAYU YANG HINA MELAYU


Sekarang ini sudah menjadi semacam trend apabila ramai dalam kalangan orang Melayu sendiri yang suka menghina orang Melayu. Mereka bangga melakukan perbuatan sedemikian sehingga mereka acapkali melakukannya. 

Mereka beranggapan bahawa orang Melayu ini bodoh, malas, tidak tepati janji dan sebagainya. Pendek kata, semua sikap buruk itu ada pada orang Melayu dan tidak ada pada bangsa lain.

Sikap buruk itu ialah sikap individu, bukan bangsa. Jika ada seorang Melayu yang malas, jangan sinonimkan bangsa Melayu itu sebagai bangsa yang malas. Hal ini kerana, penyakit malas ini pun ada pada bangsa lain juga.

Jika orang Melayu ini bangsa yang malas, masakan mereka mampu membina empayar seperti empayar Kesultanan Melayu Melaka yang hebat itu?

Oleh kerana bangsa Melayu ini sering dimomokkan dengan pelbagai pelbagai sikap yang tidak baik, maka ramai dalam kalangan orang Melayu sendiri malu untuk mengaku sebagai Melayu. Maka, mereka cuba untuk menjadi orang Barat. Sebab itulah kita menjumpai ramainya orang Melayu tidak fasih berbahasa Melayu tetapi fasih berbahasa Inggeris.

Orang Melayu ini sebenarnya hebat-hebat belaka. Namun, kerana kesilapan mereka sendiri di samping dasar penjajah yang cuba ‘membodohkan’ orang Melayu sejak sekian lama, maka mereka menjadi bangsa yang lemah sehingga ke hari ini.

Seandainya ada pihak-pihak tertentu di negara ini yang ingin menjadikan orang Melayu menjadi bangsa yang maju, menghina orang Melayu bukanlah caranya. Ada pelbagai cara lain yang boleh digunakan untuk untuk menjadikan orang Melayu ini sebagai bangsa yang maju.

Orang Melayu amat lemah dalam bidang perniagaan dan ekonomi. Justeru, bantulah mereka dalam kedua-dua bidang itu. Pemikiran orang Melayu sebagai bangsa ‘makan gaji’ hendaklah dihapuskan dalam kalangan generasi muda sebaliknya tanamlah dalam pemikiran mereka sebagai ‘bangsa suka berniaga’.

Orang Melayu ini pun selalu berpecah dalam bidang politik. Semua sedia maklum bahawa perpecahan membawa kelemahan dan kekalahan. Orang Melayu perlu bersatu padu dalam mengungkapkan hak-hak bangsa mereka di tanah air ini walaupun mereka berbeza parti politik.

Melayu itu bangsa yang hebat tetapi kerana kesilapan mereka dan kerana peranan penjajah yang tidak mahu melihat orang Melayu menjadi maju, maka jadilah orang Melayu seperti yang kita lihat pada hari ini. Menghina orang Melayu tidaklah menjadi mereka bertambah maju sebaliknya bertambah lemah dan mundur.      

3 ulasan:

  1. Sy sgt setuju...! Cukup lah jika bangsa lain tlh menghina & merendahkan bangsa Melayu / Islam. Marilah kita bersatu padu, sokong menyokong agar kita jadi kuat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...Bersekutu bertambah mutu... Bukannya dgn mengutuk & mengatakan kelemahan...Akhirnya mereka yg bersatu...Kita berpecah belah...Suara & tangan mereka jadi majoriti kita tlh berpecah kpd 5,6,7 & entah brp lagi hingga mereka jadi kuat...Kita jadi LEMAH...Kembalilah mengingat & memegang kata Kekasih kita...Rasul s a w

    BalasPadam
  2. Kadang2 orang Melayu juga yang menjahanamkan bangsa Melayu

    BalasPadam
  3. Betul tu, cheq setuju. Sikap negatif tu adalah masalah individu, bukannya masalah bangsa. Asalkan namanya manusia, masing-masing ada baik buruknya yang tersendiri.

    Follower #235

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.