Isnin, 6 Ogos 2018

FAKTA TENTANG PEMIMPIN NEGARA YANG RAMAI TIDAK TAHU!

Image result for dr mahathir
Sumber


Sekarang ini keadaan politik negara terus menjadi panas walaupun pilihan raya umum telah berlalu. Kedua-dua belah pihak sama ada Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional terus bertikam lidah untuk menegakkan kebenaran dan kehebatan parti masing-masing. 

Keadaan menjadi bertambah panas apabila sidang Dewan Rakyat sedang berjalan ketika ini. Ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional terus menyerang antara satu sama lain di samping mempertahankan dasar yang telah dibuat oleh parti masing-masing.

Situasi yang berlaku ini ialah perkara biasa. Ahli-ahli politik memang bersikap begitu. Mereka akan terus berlawan untuk mendapatkan kuasa dan mempertahankan kuasa.

Oleh kerana ahli-ahli politik daripada kedua-dua belah parti itu menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia, maka pada hari ini saya ingin kongsikan kepada anda semua fakta-fakta menarik tentang pemimpin negara. Walau bagaimanapun, fakta-fakta menarik itu bukanlah mengenai pemimpin-pemimpin negara Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Fakta-fakta menarik yang saya bawakan dalam artikel ini adalah berkisar tentang pemimpin-pemimpin yang terkenal di seluruh dunia. Antara fakta-fakta tersebut ialah :

1. Apabila Fidel Castro menjadi pemerintah Cuba, beliau telah menghapuskan semua permainan Monopoly di negara tersebut. 

2. Winston Churcill dilahirkan di dalam tandas wanita. 

3. Benjamin Franklin ialah anak bongsu dalam keluarganya. Bapa dan datuknya juga merupakan anak bongsu dalam keluarga.

4. Al Gore ialah orang yang mencipta perkataan ‘internet’ dan ‘global warming’.

5. Terdapat 42 cubaan untuk membunuh Aldolf Hitler. 

6. Saddam Hussein mempunyai senaskhah Al-Quran yang ditulis dengan darahnya sendiri dalam tempoh dua tahun.

7. Kim Il Sung dilahirkan pada hari kapal Titanic karam.

8. Selain menjadi Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte juga bertugas sebagai guru sejarah di sebuah sekolah tinggi di The Hague dua jam setiap minggu.

9. Donald Rumsfeld merupakan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat yang paling muda dan yang paling tua dalam sejarah.

10. Majalah Time pernah menamakan Joseph Stalin sebagai Man of The Year pada tahun 1942.

11. Benito Mussolini mempunyai perasaan takut terhadap kucing.

Itulah fakta-fakta menarik tentang pemimpin dunia yang saya telah kongsikan kepada anda. Tidak lama lagi pasti fakta-fakta menarik tentang pemimpin-pemimpin Malaysia boleh diwujudkan.   

Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today. Ini adalah versi artikel asal.

2 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.