Jumaat, 3 Ogos 2018

TUJUH SEBAB ORANG MASIH GUNA FACEBOOK

Image result for facebook
Sumber


Meskipun terdapat media sosial lain seperti Twitter dan Instagram, tetapi masih ramai lagi orang menggunakan Facebook. Facebook dilihat antara media sosial yang masih terus bertahan berbanding Myspace dan Friendster yang telah lama mati kerana kemunculan media sosial yang lebih terbaharu. 

Walaupun terdapat pelbagai kritikan yang dilemparkan oleh pengguna media sosial kepada Facebook di samping kebanyakan generasi muda sudah ramai yang beralih kepada Twitter, namun Facebook dilihat masih terus wujud. Mungkin kerana masih ramai lagi orang-orang tertentu yang lebih selesa menggunakan Facebook berbanding media sosial yang lain, maka Facebook tidak menerima nasib yang sama seperti MySpace dan Friendster. 

Menjadi tanda tanya kepada kita semua, sampai bila Facebook akan terus wujud? Hanya masa yang akan menentukannya.

Walau apa pun, pada hari ini, kami ingin berkongsi kepada anda semua sebab-sebab Facebook masih lagi digunakan oleh ramai orang. Sebab-sebabnya ialah :

Dapat mengetahui perkembangan rakan-rakan lama

Setiap daripada kita pastilah akan mengalami perubahan kehidupan. Daripada sekolah rendah beralih ke sekolah menengah kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan akhirnya melangkah ke alam pekerjaan, setiap perubahan kehidupan itu pasti bertemu dengan rakan-rakan yang baharu. Walau bagaimanapun, kita mahu tahu juga perkembangan rakan-rakan lama kita sewaktu di sekolah rendah, sekolah menengah dan di universiti. Untuk mengetahui perkembangan kehidupan rakan-rakan lama kita itu, kita dapat mengetahuinya melalui Facebook. Itu pun jika kita menjumpai akaun Facebook mereka dan berkawan dengan mereka.

Mengetahui berita terkini

Meskipun terdapat banyak akhbar dalam talian (online) di negara ini yang diyakini kesahihannya, namun kebanyakan daripada kita masih suka mendapatkan berita-berita terkini daripada Facebook. Lebih dahsyat lagi kita lebih percaya berita-berita yang tular di Facebook itu berbanding berita-berita yang disiarkan di akhbar-akhbar dalam talian walaupun belum tentu lagi kesahihannya.

Menulis dengan panjang

Jika kita suka menulis artikel-artikel yang panjang, selain daripada blog, kita boleh menulisnya di Facebook. Facebook tidak mengehadkan kepada mana-mana penggunanya untuk menulis artikel yang panjang berjela. Terpulanglah kepada kita hendak menulis berapa panjang pun. Cuma kita risau, jika artikel terlalu panjang, orang akan menjadi malas untuk membaca.

Mengetahui umur sebenar seseorang   

Kebanyakan individu suka meletakkan tarikh lahir sebenar ketika mereka membuat pendaftaran akaun Facebook. Oleh itu, setiap kali hari lahir mereka tiba, pasti Facebook akan memberitahu kita tentang perkara tersebut. Jadi, kita dapat mengingati tarikh lahir kawan kita dan kita dapat mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.

Jemputan perkahwinan

Menjadi semacam trend sekarang ini apabila orang lebih suka menjemput tetamu untuk hadir ke perkahwinan mereka melalui Facebook. Mereka tidak perlu lagi mencetak kad jemputan kahwin beratus keping untuk menjemput tetamu datang ke perkahwinan mereka. Cukup sekadar menghantar jemputan melalui Facebook sahaja. Jadi, mana-mana kawan kita yang hendak berkahwin, kita pasti dapat tahu dan dapat pergi ke perkahwinan tersebut.

Mengetahui majlis atau program yang dianjurkan

Kadang-kala ada majlis atau program (event) yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu menarik untuk kita pergi. Apabila ada rakan-rakan Facebook kita yang pergi, pasti Facebook akan menghantar makluman (notification) kepada kita berkenaan program yang akan dihadiri oleh rakan-rakan kita itu. Apabila ada rakan kita yang pergi, kita pun mungkin hendak pergi sekali.

Kongsi gambar

Mungkin setelah memuat naik gambar di Twitter dan Instagram, kita berhasrat untuk memuat naik gambar di Facebook pula untuk menunjukkan gambar tersebut kepada rakan-rakan kita di Facebook. Ini mungkin kerana kita mempunyai rakan yang berlainan di setiap media sosial yang kita miliki. Di samping itu, kita juga dapat melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh rakan-rakan kita.

Mengintip (stalk)

Mungkin kita ada terminat kepada mana-mana lelaki kacak atau perempuan cantik yang kita temui. Jadi, untuk mengetahui tentang diri mereka, kita mencari dan mengintip akaun Facebook mereka untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang diri mereka.

Di atas ialah sebab-sebab mengapa Facebook masih lagi digunakan oleh ramai orang. Walaupun Facebook agak lama berbanding media sosial lain, tetapi Facebook masih seronok digunakan. Kami mahu tahu juga, mengapa anda masih lagi menggunakan Facebook?

Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today. Ini adalah artitkel versi asal.  

5 ulasan:

  1. Ramai rakan semua ada akaun facebook

    BalasPadam
  2. Saya dah jarang guna Facebook. Tapi tak ada niat nak delete, sebab saya perlukan Facebook untuk remind saya tarikh ulang tahun kelahiran kawan2 dan keluarga :)

    BalasPadam
  3. saya tak lost contact dengan member2 belajar sebab facebook la

    BalasPadam
  4. Facebook adalah media sosial terbaik...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.