Khamis, 9 Ogos 2018

PUNCA PEREMPUAN SUKA MEMBAWA BEG TANGAN

Image result for perempuan dan beg tangan
Sumber


Semacam menjadi kewajipan perempuan di dunia ini selalu membawa beg tangan mereka untuk ke mana-mana. Agaknya jika tidak membawa beg tangan tidak lengkap hidup mereka.

Tidak dinafikan bahawa terdapat perempuan yang tidak membawa beg tangan. Namun, jumlah perempuan sebegini kecil sahaja. Kebanyakan perempuan memang suka membawa beg tangan walau ke mana sahaja mereka pergi.

Oleh kerana beg tangan itu memang tidak dapat dipisahkan daripada diri seorang perempuan, maka suatu siasatan perlu dijalankan untuk mengetahui mengapa perempuan-perempuan di luar sana sangat suka membawa beg tangan ke mana-mana.

Oleh yang demikian, pada hari ini, saya ingin kongsikan kepada anda sebab-sebab perempuan selalu membawa beg tangan walau ke mana sahaja mereka pergi. Sebab-sebabnya ialah :

Untuk meletakkan barang-barang peribadi

Kebanyakan perempuan suka meletakkan barang-barang yang dianggap penting oleh mereka seperti ubat, dompet, barang-barang kosmetik, dan barang-barang berharga yang lain.

Untuk bergaya

Beg tangan bagi perempuan juga adalah untuk mereka bergaya atau berfesyen. Sebab itu perempuan sangat suka beg tangan yang mahal dan cantik. Semuanya bertujuan menunjukkan kepada orang lain bahawa dia seorang yang pandai bergaya dan berfesyen.

Budaya ikutan

Oleh kerana mereka sedari kecil lagi sudah melihat ibu, ibu saudara, kakak dan jiran perempuan mereka membawa beg tangan, maka perkara itu semacam menjadi budaya yang mesti diikuti oleh mereka apabila mereka dewasa. Oleh kerana budaya ini, kita berasa aneh apabila melihat perempuan yang tidak membawa beg tangan ketika hendak ke mana-mana.  

Lambang status sosial

Beg tangan melambangkan status sosial seseorang. Jika beg tangan yang dimiliki oleh seseorang itu berjenama mewah dan mahal harganya, pasti orang beranggapan bahawa perempuan tersebut daripada golongan orang kaya atau berada.

Sudah menjadi tabiat   

Kebanyakan perempuan berasa tidak selesa jika mereka tidak membawa beg tangan bersama mereka. Rasa tidak lengkap hidup mereka tanpa beg tangan tersebut. Hal ini kerana, membawa beg tangan itu sudah menjadi tabiat dalam hidup mereka sejak sekian lama.

Itulah sebab-sebab mengapa perempuan selalu membawa beg tangan walau ke mana sahaja mereka pergi. Adakah anda bersetuju dengan pendapat saya? Jika bersetuju atau tidak bersetuju, silalah beri pendapat anda di ruangan komen.

Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today. Ini adalah versi artikel asal. 

4 ulasan:

  1. Kadang-kadang ada yang tak cukup dengan satu beg. Betul tak? Hehehe...

    BalasPadam
  2. haha betul juga tu.. nak grand lagi beli jenama bijan hihihi

    BalasPadam
  3. Kalau saya adalah untuk letak segala mak nenek barang..lagi2 dah jadi mak2 ni..hehe

    BalasPadam
  4. jenama bijan terbaek. hehe

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.