Khamis, 23 Ogos 2018

EJA PERKATAAN INI DENGAN BETUL

Image result for ejaan
Sumber Gambar


Seorang penutur bahasa memang biasa melakukan kesalahan bahasa dan ejaan. Sebab itulah perlu untuk semua penutur bahasa terutama penutur bahasa Melayu untuk merujuk kamus bagi memastikan ejaan yang digunakan dalam sesebuah penulisan tepat dan betul. 

Selain merujuk kamus, penutur bahasa juga perlu banyak membaca terutama majalah Dewan Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengetahui ejaan yang betul dan terkini.

Dalam artikel yang serba ringkas ini, kami ingin kongsikan kepada anda beberapa ejaan terkini perkataan bahasa Melayu tertentu supaya anda tidak melakukan kesalahan yang sama lagi pada masa akan datang. Perkataan-perkataan tersebut adalah : 

1. bandaraya (salah) bandar raya (betul)
2. telahpun (salah) telah pun (betul)
3. lagenda (salah) legenda (betul)
4. selsema (salah) selesema (betul)
5. kerinting (salah) keriting (betul)
6.  silaturrahim (salah) silaturahim (betul)
7. ukhwah (salah) ukhuwah (betul)
8. eletrik (salah) elektrik (betul)
9. mengenalpasti (salah) mengenal pasti (betul)
10. urusetia (salah) urus setia (betul)
11.  aturcara (salah) atur cara (betul)
12. samada (salah) sama ada (betul)
13.  trampil (salah) terampil (betul)
14. keretapi (salah) kereta api (betul)
15.  perihatin (salah) prihatin (betul)
16. hajjah (salah) hajah (betul)
17.   justru (salah) justeru (betul)
18.  kobis (salah) kubis (betul)
19.  durhaka (salah) derhaka (betul)
20. kraftangan (salah) kraf tangan (betul)
21. redha (salah) reda (betul)
22.  fardhu (salah) fardu (betul)
23. ramadhan (salah) ramadan (betul)
24. sekaligus (salah) sekali gus (betul)
25. masaalah (salah) masalah (betul)
26. anti-dadah (salah) antidadah (betul)    
 
Itulah ejaan yang betul bagi beberapa perkataan bahasa Melayu yang sering disalah tulis oleh penutur bahasa Melayu. Diharapkan dengan adanya artikel ini, kita dapat meminimakan kesalahan ejaan yang biasa kita lakukan.

Artikel ini telah disunting dan disiarkan di Free Malaysia Today. Ini ialah versi artikel asal.  
 

Related Posts:

  • UMBUT TEPUS  Sumber : Google Penerangan : Umbut Tepus atau Tuhau mempunyai nama saintifiknya E. Coccinea ini adalah pokok herba berbatang lembut yang … Read More
  • PUCUK PUTAT  Sumber : Google Penerangan : Putat atau nama saintifiknya Barringtonia Spp. adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Lecythidaceae yang tumb… Read More
  • KEREMAK  Sumber : GooglePenerangan : Pokok Keremak atau juga dikenali sebagai Bayam Pasir Tanah mempunyai nama saintifik Alternanthera T… Read More
  • KEMAN  Sumber : Google Penerangan : Pokok Keman atau Kamcong Puteri atau Setangki adalah sejenis pokok yang banyak terdapat di ne… Read More
  • TURI ATAU GETI  Smber : Google Penerangan : Turi atau Geti atau nama saintifiknya Sesbania Grandiflora atau Aeschynomene Grandif… Read More

2 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.