Isnin, 13 Ogos 2018

TIPS MAHIR MENULIS UNTUK BLOGGER BARU


Image result for menaip
Sumber

Kewujudan media sosial seperti Facebook dan Blog telah membolehkan sesiapa sahaja menulis sesuatu. Ramai orang pada masa kini suka menulis memandangkan mereka suka mengekspresikan apa yang terbuku dalam hati dan minda mereka. 

Tambahan pula, ada pendapat mengatakan, menulis bukan sahaja boleh membuatkan seseorang itu menjadi terkemuka malah menjadi kaya. Atas sebab itulah mengapa ramai orang pada hari ini amat suka menulis. 

Walau bagaimanapun, bukan semua orang mempunyai kemahiran menulis. Mereka tidak tahu hendak menulis apa di Facebook atau di Blog mereka meskipun mereka amat suka menulis. 

Oleh itu, pada hari ini, saya ingin kongsikan beberapa tips untuk anda di luar sana yang amat suka menulis tetapi tidak mahir menulis.   

Tips-tips tersebut adalah :

Minat

Jika hendak menulis anda perlu mempunyai minat. Jika anda tidak mempunyai minat, pasti anda sukar hendak menulis. Anda mestilah menulis topik yang anda minat, kuasai atau dekat dengan diri anda. Tulislah artikel yang anda tahu sahaja supaya kesilapan fakta tidak berlaku.

Banyak membaca

Untuk menjadi seorang penulis anda perlu banyak membaca. Tidak kira apa bahan bacaan anda tetapi anda mesti banyak membaca. Jika anda hendak mahir menulis novel, anda perlu banyak membaca novel. Jika anda hendak mahir menulis puisi, anda mesti banyak membaca teks puisi. Jika anda hendak mahir menulis artikel, maka anda mesti banyak membaca artikel sama ada di surat khabar atau di internet.

Rajin buat carian

Jika anda hendak mahir menulis, anda perlu banyak membuat carian tentang sesuatu topik yang anda hendak tulis. Misalnya, anda hendak menulis tentang filem, maka anda perlulah membuat carian tentang topik tersebut sama ada membuat carian di perpustakaan atau di internet.

Selalu menulis

Jika anda hendak mahir menulis, anda perlu selalu menulis. Mulakan dengan menulis artikel-artikel yang pendek terlebih dahulu. Apabila anda sudah mahir, barulah anda mula menulis artikel-artikel yang panjang. Tulis dahulu perkara-perkara yang mudah dan hampir dengan diri anda seperti makanan, pakaian, rumah, dan sebagainya.

Menulis dengan sepenuh hati

Untuk menulis artikel yang benar-benar ‘bernyawa’ dan seronok dibaca, eloklah artikel itu ditulis dengan sepenuh hati. Carilah suasana yang membuatkan anda selesa untuk menulis. Jangan menulis dengan tergesa-gesa atau mahu segera siap. Sebab itulah penting anda mempunyai minat menulis dan tulis perkara yang hampir dengan diri anda.      

Itulah antara tips yang boleh saya berikan kepada anda. Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada diri anda. Jangan berlengah lagi. Tulislah dengan segera!  

Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today. Ini adalah versi artikel asal.  

5 ulasan:

  1. betul tu. lagi satu jangan terikut gaya penulisan orang lain atau cuba tiru gaya penulisan orang lain, yang penting jadi diri sendiri

    BalasPadam
  2. Terima kasih Haziq atas perkongsian tips yang berguna ni

    BalasPadam
  3. sembilan thn lepas, aida start blogging, kami-kami tulis hal sendiri-sendiri aje.
    masa tu takde pun tips sebegini.
    and kami-lami more to celoteh mak-mak.
    now, arena ni da berubah. more to advertising, marketing...

    BalasPadam
  4. Thanks buat tips yang udah dishare, sangat bermanfaat terutama untuk blogger pemula.
    Salam dari kampusku ya walisongo.ac.id 🤗

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.