Selasa, 7 Ogos 2018

PERKATAAN YANG RAMAI ORANG SALAH TULIS



Image result for perkataan
Sumber

Setiap bahasa mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri. Sebagai pengguna bahasa, kita perlu mengetahui dan mahir dengan sistem tulisan dalam sesuatu bahasa. 

Samalah juga dengan bahasa Melayu. Bahasa Melayu turut mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, dalam beberapa perkataan tertentu, terdapat penutur bahasa Melayu tidak mengetahui dan tidak mahir dengan sistem tulisan perkataan tersebut. 

Ini adalah sesuatu yang malang sebenarnya. Kesalahan dalam menulis perkataan bukan sahaja boleh merosakkan bahasa, malah cara menulis perkataan tersebut dengan betul tidak akan dapat diketahui sampai bila-bila terutama kepada pelajar sekolah.

Menyedari masalah ini, saya ingin kongsikan kepada anda senarai perkataan yang sering kali ditulis dengan cara yang salah. Perkatan-perkataan tersebut ialah : 

1. samada (salah) sama ada (betul) 
 
2. ke32 (salah) ke-32 (betul) 

3. mengkhaskan (salah) mengekhaskan (betul) 

4. memperlebarkan (salah) memperlebar (betul)

5. antara langkah-langkah (salah) antara langkah (betul)

6. sayangkan (salah) sayang akan (betul)

7. ialah seperti (salah) adalah seperti (betul)

8. porak peranda (salah) porak-peranda (betul)

9. kedua ibu bapa (salah) kedua-dua ibu bapa (betul)

10. dari pihak (salah) daripada pihak (betul)

11. saling kasih mengasihi (salah) saling mengasihi (betul)

12. siaraya (salah) siar raya (betul)

13. lain-lain hal (salah) hal-hal lain (betul)

14. fadhilat (salah) fadilat (betul)

15. ialah untuk (salah) adalah untuk (betul)

16. bencikan (salah) benci akan (betul)

17. persisiran (salah) pesisiran (betul)

18. menakrifkan (salah) mentakrifkan (betul)

19. mempastikan (salah) memastikan (betul)

20. perlesenan (salah) pelesenan (betul)

21. pengemblengan (salah) penggemblengan (betul)

22. memperhalusi (salah) menghalusi (betul)

23. pengkebumian (salah) pengebumian (betul)

24. mengsabotaj (salah) mensabotaj (betul)

Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami sistem tulisan dalam bahasa Melayu. Jika mempunyai sebarang kemusykilan, anda boleh terus menghubungi Dewan Bahasa dan Pustaka. Diharapkan selepas ini anda tidak menulis dengan cara yang salah lagi.

Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today. Ini adalah versi artikel asal.

5 ulasan:

  1. Uish, selama nih saya eja fadilat salah.

    BalasPadam
  2. Byk ejaan saya yg salah selama ni 😮😮

    BalasPadam
  3. banyak jugak saya salah eja..baru tahu..thanks sharing this

    BalasPadam
  4. Terima kasih Haziq, baru tahu selama ni guna perkataan yang salah

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.