Sumber |
Sejujurnya
saya berasa geli mendengar artis-artis (saya lebih suka guna istilah selebriti)
di Malaysia ini yang cuba meraih simpati awam dengan mengeluarkan
kenyataan-kenyataan berbaur sedih setelah menerima kecaman atas kesalahan yang
mereka lakukan.
Perkataan
atau ayat yang mereka gunakan seperti ‘netizen tidak mengetahui hal sebenar’,
‘kesalahan kecil sahaja’, ‘apa sahaja saya buat orang tak suka’, ‘orang kecam
saya, saya dapat pahala’, ‘saya tak kacau orang tapi orang suka kacau saya’ dan
sebagainya adalah antara ayat-ayat yang selalu dituturkan oleh
selebriti-selebriti di negara ini untuk menutup kesalahan atau kontroversi yang
mereka lakukan.
Apa
yang mereka lakukan itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meraih simpati
awam setelah tidak tahan dikecam teruk. Mereka beranggapan dengan mengeluarkan
kenyataan berbaur sedih itu orang awam akan bersimpati dengan mereka seterusnya
memaafkan kesalahan atau kontroversi yang mereka lakukan.
Mereka
menuturkan ayat-ayat yang berbaur sedih begitu bukanlah kerana mereka
benar-benar tabah menerima kecaman itu tetapi hanya kerana mereka mahu meraih
simpati dan mahu orang awam kembali menjadi peminat mereka. Mereka juga mahu
para peminat mereka turut sama mempertahankan diri mereka ketika mereka dikecam.
Prinsipnya
mudah. Jika mereka tidak mahu dikecam, usah melakukan perkara-perkara yang
boleh mendatangkan kontroversi. Mereka perlu sedar, sebagai seorang public figure, apa sahaja tindak tanduk
mereka akan menjadi perhatian. Jika mereka membuat kebaikan, mereka akan
dipuji. Jika mereka melakukan kesalahan, mereka pasti akan dicaci.
Justeru,
setiap selebriti di negara ini mestilah menjaga tingkah laku mereka terutama di
khalayak ramai. Jika tidak, bersedialah menerima kecaman.
Apabila
mereka melakukan kesalahan atau kontroversi, mereka sepatutnya memohon maaf.
Namun, berlainan sekali dengan selebriti-selebriti di negara ini. Mereka bukan
sahaja enggan memohon maaf malah mempertahankan pula kesalahan mereka itu
dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur sedih. Lebih melucukan apabila
ada peminat kipas susah mati mereka sanggup mempertahankan kesalahan atau
kontroversi yang mereka lakukan.
Saya
tidak pasti adakah dengan melakukan kontroversi itu sebenarnya di luar kawalan
mereka atau sebenarnya mereka memang sengaja melakukan kontroversi untuk meraih
populariti murahan? Tidak dinafikan ada selebriti di negara ini apabila
merasakan diri mereka sudah tidak mendapat perhatian, mereka mula melakukan
kontroversi untuk menyedarkan masyarakat tentang kewujudan mereka.
Lagi
satu, janganlah menunggang agama semata-mata untuk menutup kesalahan mereka
dengan mengungkapkan ayat seperti ‘anda kecam saya, saya dapat pahala’ atau
‘Allah tahu apa yang saya lakukan’. Hal ini kerana, kerja mereka sebagai
selebriti itu bukan sahaja jauh daripada nilai-nilai agama, malah mendatangkan
lebih banyak dosa daripada pahala.
Artikel
ini saya tidak tujukan kepada mana-mana selebriti. Saya tujukan kepada semua
selebriti tidak kira mereka bergelar penyanyi, pelakon, pelawak, pengarah, dan
sebagainya. Harap mereka boleh sedar dan melakukan muhasabah diri.
dunia mereka mmg penuh kontroversi huhuu
BalasPadamPublisiti murahan untuk dapat tawaran dari produser. Kerjaya mungkin suam-suam kuku. Hehe.
BalasPadamdunia penuh misteri.. hehe
BalasPadam