Sabtu, 18 Ogos 2018

20 FAKTA MENARIK YANG MENGEJUTKAN!!!!


Image result for orang terkejut
Sumber Gambar

1. Jika mahu mengukur seluar sama ada muat atau tidak dengan pinggang, boleh mengukurnya dengan cara melilit pinggan seluar itu di sekitar leher. 

2. Manusia lebih banyak membakar kalori semasa tidur berbanding semasa menonton televisyen.  

3. Satu daripada lima orang dewasa percaya makhluk asing bersembunyi di bumi dalam bentuk manusia. 

4. Menurut Amazon, buku yang paling banyak dibicarakan di Kindle adalah Bible, biografi Steve Jobs, dan The Hunger Games. 

5. Pada tahun 2006, seseorang cuba menjual negara New Zealand di eBay. Harga yang ditawarkan oleh pembeli mencecah AS$3000 sebelum ditutup oleh eBay. 

6. Ayat terakhir yang dituturkan oleh Bob Marley kepada anak lelakinya sebelum dia meninggal dunia ialah : “duit tidak boleh membeli kehidupan”.
  
7. Mulut badak air yang terbuka luas cukup besar untuk memuatkan seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai ketinggian empat kaki. 

8. Manusia tidak boleh berdengkur dan bermimpi dalam masa yang sama.  

9. Secara fizikalnya amat mustahil khinzir boleh melihat ke langit.  

10. Bintang paling tua di alam semester ialah Methuselah yang berusia 13.8 bilion tahun. 

11. Makanan paling banyak dijual di Amerika Syarikat ialah gula-gula.

12. Haiwan kebangsaan Scotland ialah kuda unicorn.

13. Sesetengah kucing tidak suka kepada manusia.

14. Ikan emas tidak sepatutnya diletakkan di dalam balang kerana kebanyakan balang terlalu kecil untuk diletakkan ikan emas di dalamnya.

15. Netherland dan Holland adalah dua perkara yang berbeza. Netherland ialah negara secara keseluruhannya manakala Holland Utara dan Holland Selatan ialah dua kawasan yang terpisah dalam negara tersebut. 

16. Segumpal awan mempunyai berat 1 juta pounds.  
  
17. Roti tidak sepatutnya diberi kepada itik untuk dimakan kerana roti tidak membuatkan itik membesar. Beri itik sayur atau makanan burung. 

18. Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku paling kerap dicuri dari Perpustakaan Awam. 

19. Kebanyakan polis secara sengaja memberikan anda rasa selamat yang salah kerana secara terknikalnya, polis tidak mempunyai kewajipan untuk memberitahu anda 
perkara sebenar.   

20. Sos tomato pernah digunakan sebagai ubat pada tahun 1930an.

Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today. Ini ialah versi artikel asal.  
 

1 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.