Isnin, 20 Ogos 2018

10 LAGU PATRIOTIK TERBAIK SEPANJANG ZAMAN


Image result for patriotik
Sumber Gambar

Seperti yang kita sedia maklum, bulan Ogos ialah bulan kemerdekaan bagi negara kita. Tidak lama lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan negara iaitu pada tanggal 31 Ogos 2018. 

Apabila tiba sahaja bulan kemerdekaan, pasti kita akan selalu mendengar lagu-lagu patriotik. Di sekolah-sekolah, lagu-lagu patriotik ini pasti akan berkumandang untuk menanam semangat cintakan negara kepada pelajar sekolah.

Pada masa sekarang pun, lagu-lagu patriotik masih lagi ditayangkan dan diperdengarkan di televisyen untuk menyemai rasa cinta rakyat Malaysia terhadap negara kita yang tercinta ini.

Ada bermacam lagu patriotik yang ada di negara ini. Namun, hanya ada beberapa sahaja yang terbaik dan masih didengari sehingga sekarang.

Oleh itu, pada hari ini, saya ingin kongsikan kepada anda semua 10 lagu patriotik yang terbaik dan masih didengari sehingga kini. Lagu-lagu tersebut ialah : 

1.     Perwira 

Perwira...
 Dikaulah harapan hati
 Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

 Perwira...
     Janganlah kekanda bimbang
    Untuk pergi berjuang
   Andainya kau gugur
   Jasamu dikenang


Dengarlah lagu ku cipta
Gubahan mesra nan manja
 Sebagai ganti diri
 Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
 Sama-sama berbakti
 Semoga tabah hati
Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
 Perwiraku

Ulasan : Lagu ini menjadi pilihan kerana bukan sahaja rentaknya sedap didengar malah liriknya juga menarik. Lirik ini menceritakan tentang pengorbanan seorang isteri yang sanggup merelakan suaminya pergi berjuang untuk mempertahankan negara. Tambahan pula, lagu ini dinyanyikan oleh Biduanita Negara iaitu Puan Sri Saloma. 

2.     Setia

Demi negara yang tercinta
 Di curahkan bakti penuh setia
 Demi raja yang disanjung tinggi
 Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
 Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

Ulasan : Lagu ini sangat bersemangat untuk didengari walaupun rentaknya mendayu-dayu kerana lagu ini bukan sahaja mengajak rakyat supaya taat setia kepada Raja-Raja yang menjadi payung negara malah terus memberi khidmat bakti kepada negara supaya negara boleh terus maju dan berjaya. 

3.     Sejahtera Malaysia 

Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri


Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

Ulasan : Lagu ini bukan sahaja mengajak rakyat Malaysia supaya bersyukur di atas kemakmuran dan kedamaian yang ada di negara ini, malah terus menabur bakti, menjaga perpaduan sesama kaum, bersatu padu, dan berkorban untuk negara. Semua ini perlu dilakukan bagi memastikan Malaysia akan kekal sejahtera sampai bila-bila.   
  
4.     Barisan Kita

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti


Ulasan : Selain daripada rentaknya yang penuh semangat perjuangan, lagu ini menceritakan pengorbanan para perajurit negara yang ikhlas berjuang di medan peperangan untuk mempertahankan negara. Mereka sanggup menggadai nyawa mereka sendiri asalkan negara kekal selamat dan berdaulat sampai bila-bila.

5.     Malaysia Oh Tanah Airku 

Malaysia oh tanah airku, Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta, Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas, Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang, Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia, Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga, Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia, Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka, Malaysia oh tanah airku

Ulasan : Lagu ini tidak lain dan tidak bukan ingin menceritakan kehebatan dan keistimewaan sebuah negara bernama Malaysia. Lagu ini mahu mengajak rakyat Malaysia supaya terus mencintai dan menjaga negara ini kerana negara ini sungguh istimewa. 

6.     Keranamu Malaysia 

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
Keranamu Negara Malaysia
Malaysia…
Terima kasih Malaysia!

Ulasan : Lagu ini menceritakan perubahan dan kemajuan yang dihadapi oleh Malaysia terutama semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri keempat. Perenggan keempat dalam lagu tersebut mungkin ditujukan kepada Dr Mahathir yang telah membawa negara ini di suatu tahap yang cukup membanggakan. Manakala perenggan kelima dalam lirik tersebut mahu mengajak rakyat Malaysia supaya sanggup berjuang untuk memastikan negara ini terus bebas, merdeka dan berdaulat. 

7.     Kemegahan Negaraku

Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku yang kucintai
Seumurnya maha perkasa
Kedaulatan ibu pertiwi

Malaysiaku maha berjaya
Negaraku indah murni
Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku ibu pertiwi

Ulasan : Lagu ini dipilih kerana rentaknya yang begitu bersemangat. Lagu ini sebenarnya adalah satu doa supaya Malaysia terus menjadi negara yang kekal selamat, perkasa, berjaya, indah dan murni sampai bila-bila. 

8.     Jalur Gemilang 

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
 
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur gemilang

Ulasan : Lagu ini menceritakan kehebatan bendera kebangsaan Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Lagu ini mahu rakyat Malaysia berasa bangga dengan Jalur Gemilang dan mengibarkan bendera tersebut setiap masa. 

9.     Wawasan 2020 

Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara jaya
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Dengan berbakti dengan megah

Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah searah-sehala
 
Dengan wawasan yang suci
Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rasa-dirasai
Bersama kita nikmati

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan

Ulasan : Lagu ini dicipta adalah sebagai persediaan rakyat Malaysia untuk menuju ke tahun 2020. Pada masa itu, Malaysia dijangka menjadi sebuah negara maju setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Wawasan 2020 adalah idea Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri keempat. 

10.   Si Baju Hijau

Si baju hijau sedang bertugas
Diperbatasan peluru tak bermata
Harus waspada…

Datanglah ia tak kenal saudara
Lawanlah satu-satu
Dengan hati semangat waja
Tanda sumpah setia

Gagah perkasa
Bersedia
Siang malam
Di persada negara

Ulasan : Lagu dendangan Sanisah Huri ini adalah satu penghargaan kepada para perajurit negara yang bertugas untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara. Mereka sanggup menggadai nyawa mereka siang dan malam untuk menjaga negara supaya negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan selamat. 

Itulah 10 buah lagu patriotik terbaik sepanjang zaman yang saya pilih. Saya yakin pasti anda mempunyai pilihan anda sendiri terhadap lagu patriotik yang anda suka. Walau apa pun, teruskan menanam rasa cinta kita kepada negara dan teruslah memelihara keamanan negara yang kita kecapi hari ini.     

Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today. Ini ialah versi artikel asal.

2 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.