Sumber : Google |
6 hari lepas saya ada buka kerja kosong bahagian Kerani Akaun, dan
sehingga status ini di update telah lebih 90 permohonan kerja diterima
dan menghampir 100 permohonan kurang dari seminggu selepas tawaran kerja dibuka.
Kebiasaanya dari tahun-tahun sebelum ini, setiap kali ada tawaran kerja
dibuka, memang selalu saya akan terima email permohonan kerja yang bagi
saya "salah tak ikut format" untuk memohon kerja yang betul.
Bila menerima email seperti ini, saya dan admin akan asingkan atau
bahasa mudahnya akan abaikan permohonan seperti ini kerana bagi saya di
peringkat awal lagi anda dah tunjukkan tidak kesungguhan anda untuk
memohon kerja.
Untuk kali ini saya rasa kesian dan sedih, mana
tidaknya dari 90 lebih permohonan yang saya terima, hampir 30 email yang
*salah, tidak mengikut format memohon kerja yang betul.
Hari ni
saya rajinkan diri, satu demi satu email saya print screen untuk
dijadikan contoh kepada anda yang akan memohon kerja, mungkin tidak hari
ini anda memohon kerja, di masa akan datang saya harap status ini
berguna untuk anda.
LIHAT SATU PERSATU GAMBAR DIBAWAH:
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.