Khamis, 29 September 2016

SENARAI PEKAKAS DAPUR YANG SEMAKIN DILUPAKAN GENERASI BARU

Image result for perkakas dapur
Sumber : Google

Pinggan, mangkuk, cawan dan lain lain adalah antara pekakas dapur yang sering digunakan untuk membantu kita dalam soal penyediaan makanan. Jika kita melihat pada hari ini, pekakas dapur yang sering kita gunakan sekarang begitu berbeza dengan apa yang digunakan oleh nenek moyang kita dahulu. Perbezaan itu terdiri daripada bentuk, warna, corak, dan penggunaannya. Banyak pekakas dapur yang nenek moyang kita gunakan dahulu, sudah tidak lagi kita gunakan pada masa sekarang. 

Banyak sebab mengapa pekakas dapur yang dikatakan sebagai 'gaya lama' itu sudah tidak lagi digunakan oleh generasi hari ini. Generasi hari ini lebih suka menggunakan pekakas dapur yang memaparkan corak yang lebih moden, berteknologi tinggi, mudah digunakan, dan menarik. Jika menggunakan pekakas dapur yang bersifat 'gaya lama' itu, generasi hari ini takut dipanggil sebagai ketinggalan zaman oleh masyarakat di luar sana.

Oleh sebab itulah, generasi hari ini tidak mahu lagi menggunakan pekakas dapur yang digunakan oleh nenek moyang mereka dahulu. Lama kelamaan, pekakas dapur warisan berzaman itu akan semakin pupus dan dilupakan. Generasi akan datang akan tidak dapat lagi melihat pekakas dapur hasil tinggalan nenek moyang mereka dahulu.   

Oleh yang demikian, inginlah penulis memaparkan kepada anda semua senarai pekakas dapur yang digunakan oleh nenek moyang kita dahulu tetapi sudah tidak lagi digunakan oleh kita pada hari ini. Semoga senarai pekakas dapur yang penulis buat ini boleh membantu generasi hari ini untuk mengenali warisan tinggalan nenek moyang kita dahulu agar tidak terus hilang ditelan zaman. 

Jika anda mahu melihat senarai pekakas dapur yang penulis telah senaraikan itu, sila ke laman web ini ---> Senarai Pekakas Dapur Yang Semakin Dilupakan Generasi Baru <--- Dengan melihat senarai pekakas dapur yang telah penulis buat itu, diharapkan anda dapat mengenali warisan nenek moyang anda sendiri agar tidak terus hilang ditelan zaman suatu hari nanti. Selamat membaca...
 

2 ulasan:

  1. Nice info. Template baru pun cantik..:)

    BalasPadam
  2. good info.mengimbau masa dulu.
    jemput ke blog sy:
    adianazulhilmistory.blogspot.com

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.