Sumber : Google |
Setiap kali saya singgah ke kedai
buku MPH di MidValley, setiap kali itulah saya akan ternampak buku Jangan Baca
Novel Ni yang ditulis oleh Ismi Fa Ismail. Saya ada tergerak hati untuk membeli
buku tersebut namun oleh kerana acapkali saya ketidakcukupan wang, jadi saya
membatalkan niat tersebut.
Suatu hati (saya sudah tidak ingat
bila tetapi sekitar tahun lepas), saya singgah ke kedai buku itu lagi untuk
mencari buku yang saya minat. Biasanya saya akan ke rak bacaan umum terlebih
dahulu untuk mencari buku buku yang saya gemari. Namun, satu pun tiada. Semua
buku tersebut tidak menarik atau saya pernah membacanya. Jadi saya terus ke rak
yang menempatkan novel novel bahasa Melayu.
Tiba tiba mata saya tertancap pada
novel Jangan Baca Novel Ni. Saya terus mengambil novel tersebut dan membaca
sinopsisnya. Saya membuka halaman pertamanya untuk mendapat gambaran awal
mengenai novel itu sementelahan sinopsis yang berada di belakang novel itu
gagal membantu saya untuk mendapat gambaran awal tersebut. Ya, saya tertarik
dengan novel itu dan saya terus membelinya bersama novel Tanpa Tajuk (sambungan
kepada novel Jangan Baca Novel Ni.
Novel itu menarik perhatian saya
kerana tajuknya yang agak lain dari yang lain. Sinopsis yang berada di belakang
buku tersebut agak lain dari ratusan
sinopsis novel yang saya pernah baca. Dan penulis novel itu juga agak ‘pelik’
dan ‘misteri’ pada pandangan saya. Perkara perkara yang terdetik di kepala saya
pada waktu itu adalah penulis novel ini gila, suka hidup dalam kegelapan, atau
seorang ahli sihir!
Sampai sahaja ke rumah, saya lantas
menghadam kedua dua buah novel tersebut dan saya tidak saya jangka sama sekali,
novel ini sangat bagus dan menarik! Saya mendapat kepuasan yang maksima ketika
membaca novel ini. Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa penulis novel
itu lebih baik dari Ramlee Awang Murshid.
Saya beritahu kepada adik perempuan
saya mengenai kehebatan novel tersebut dan adik saya menjadi teruja untuk
membacanya. Apabila dia mendapat gaji pertamanya tidak lama selepas itu hasil
bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat membeli belah yang terletak di Kuala
Lumpur, dia menghadiahkan saya novel Akhir dalam trilogi Jangan Baca Novel Ni.
Sekarang, saya sedang menghadam
trilogi novel Seruan yang tidak kurang hebatnya dari trilogi novel Jangan Baca
Novel Ni. Perlu diingatkan bahawa trilogi novel Seruan itu adalah sambungan
kepada trilogi novel Jangan Baca Novel Ni.
Perlu juga saya sebut di sini bahawa trilogi novel Seruan itu adalah
hasil pemberian Ismi Fa Ismail kepada saya hasil daripada kemenangan saya
menjawab dengan kreatif satu soalan Ismi di Facebook miliknya.
Bagi mengenali penulis novel yang
begitu misteri itu, saya mengikuti Facebooknya. Saya acapkali membaca tulisan
tulisannya di Facebook dan kadang kala meninggalkan komen sebagai respon.
Ismi Fa Ismail bukanlah seorang
penulis indie di bawah syarikat Fixi. Dia mempunyai syarikat penerbitan sendiri
untuk menerbitkan segala novel novel hasil tulisannya. Walaupun mempunyai
banyak kekurangan berbanding dengan orang lain (saya tahu ini di laman
Facebooknya), namun itu semua tidak menghalangnya untuk menjadi seorang penulis
yang hebat dan ahli perniagaan yang berjaya.
Jujur saya katakan, penulis novel
yang misteri ini (saya tidak pernah tahu nama sebenarnya, jantinanya, tempat
lahirnya, dan bagaimana rupanya), telah menyuntik satu motivasi dalam diri
saya. Dia sangat berbeza dengan ratusan penulis novel yang ada di Malaysia ini.
Dia adalah seorang penulis indie yang tidak pernah terikat dengan idea idea
biasa penulis novel novel lain. Bentuk dan gaya penulisan novel hasil tulisan
dan terbitannya juga tidak terikat dengan bentuk penulisan novel yang biasa
kita baca. Ismi adalah penulis novel indie yang paling sejati di Malaysia (bagi
saya).
Membaca novel novelnya, anda akan
mendapat sensasi yang luar biasa yang anda tidak akan dapat dalam novel novel
lain. Perasaan ngeri, berdebar, takut, gerun, sedih, dan seram akan sentiasa
menghambat diri anda sepanjang anda menghadam novel novel seramnya. Di tangan
penulis novel yang misteri ini, novel itu seakan akan hidup dan benar benar
berlaku.
Saya bukan mahu mendewa-dewakan Ismi
tapi saya benar benar telah jatuh cinta dengan penulisannya. Walaupun bahasa
Melayu yang beliau gunakan adalah bahasa Melayu biasa dan bertentangan pula
dengan hukum tatabahasa bahasa Melayu, bagi saya itu tidak menjadi soal kerana
jalan cerita dan idea idea yang beliau ada telah mengatasi segala galanya.
Ismi Fa Ismail adalah penulis novel
indie yang setaraf dengan penulis novel di Barat sana. Setakat ini, dia adalah
penulis novel indie yang benar benar sejati. Penulis penulis novel di syarikat
Fixi pun tidak mampu melawan ke’indie’an Ismi. Dia sangat berbeza dengan mana
mana penulis novel yang ada di Malaysia ini.
Rakyat Malaysia wajar berbangga
kerana telah mempunyai seorang penulis novel yang setaraf dengan J.K. Rowling,
John Grisham, Enid Blyton dan ramai lagi penulis penulis Barat. Saya sangat
bangga dengan Ismi dan dia telah menyuntik banyak motivasi untuk berkarya dalam
diri saya. Namun, saya masih tertanya tanya, mampukan Dewan Bahasa dan Pustaka
melahirkan penulis sebagus ini? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.
Pertama kali dengar tentang penulis indie..
BalasPadam>>>>>Luka Kencing Manis Pulih Dalam Masa Tiga Hari!<<<<<
I hope to know her real name, hey, get the JANGAN BACA ZINE NI + JANGAN BACA ZINE NI 2 .
BalasPadamSy dh bc tp tk berani sbb terlalu menyeramkan
BalasPadam