Sabtu, 14 Mei 2016

ISMI FA ISMAIL : PENULIS INDIE YANG BUKAN FIXI TETAPI MISTERI


Sumber : Google


Setiap kali saya singgah ke kedai buku MPH di MidValley, setiap kali itulah saya akan ternampak buku Jangan Baca Novel Ni yang ditulis oleh Ismi Fa Ismail. Saya ada tergerak hati untuk membeli buku tersebut namun oleh kerana acapkali saya ketidakcukupan wang, jadi saya membatalkan niat tersebut.

Suatu hati (saya sudah tidak ingat bila tetapi sekitar tahun lepas), saya singgah ke kedai buku itu lagi untuk mencari buku yang saya minat. Biasanya saya akan ke rak bacaan umum terlebih dahulu untuk mencari buku buku yang saya gemari. Namun, satu pun tiada. Semua buku tersebut tidak menarik atau saya pernah membacanya. Jadi saya terus ke rak yang menempatkan novel novel bahasa Melayu.

Tiba tiba mata saya tertancap pada novel Jangan Baca Novel Ni. Saya terus mengambil novel tersebut dan membaca sinopsisnya. Saya membuka halaman pertamanya untuk mendapat gambaran awal mengenai novel itu sementelahan sinopsis yang berada di belakang novel itu gagal membantu saya untuk mendapat gambaran awal tersebut. Ya, saya tertarik dengan novel itu dan saya terus membelinya bersama novel Tanpa Tajuk (sambungan kepada novel Jangan Baca Novel Ni.


Novel itu menarik perhatian saya kerana tajuknya yang agak lain dari yang lain. Sinopsis yang berada di belakang buku tersebut agak lain dari  ratusan sinopsis novel yang saya pernah baca. Dan penulis novel itu juga agak ‘pelik’ dan ‘misteri’ pada pandangan saya. Perkara perkara yang terdetik di kepala saya pada waktu itu adalah penulis novel ini gila, suka hidup dalam kegelapan, atau seorang ahli sihir!

Sampai sahaja ke rumah, saya lantas menghadam kedua dua buah novel tersebut dan saya tidak saya jangka sama sekali, novel ini sangat bagus dan menarik! Saya mendapat kepuasan yang maksima ketika membaca novel ini. Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa penulis novel itu lebih baik dari Ramlee Awang Murshid.  

Saya beritahu kepada adik perempuan saya mengenai kehebatan novel tersebut dan adik saya menjadi teruja untuk membacanya. Apabila dia mendapat gaji pertamanya tidak lama selepas itu hasil bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat membeli belah yang terletak di Kuala Lumpur, dia menghadiahkan saya novel Akhir dalam trilogi Jangan Baca Novel Ni.

Sekarang, saya sedang menghadam trilogi novel Seruan yang tidak kurang hebatnya dari trilogi novel Jangan Baca Novel Ni. Perlu diingatkan bahawa trilogi novel Seruan itu adalah sambungan kepada trilogi novel Jangan Baca Novel Ni.  Perlu juga saya sebut di sini bahawa trilogi novel Seruan itu adalah hasil pemberian Ismi Fa Ismail kepada saya hasil daripada kemenangan saya menjawab dengan kreatif satu soalan Ismi di Facebook miliknya.
  
Bagi mengenali penulis novel yang begitu misteri itu, saya mengikuti Facebooknya. Saya acapkali membaca tulisan tulisannya di Facebook dan kadang kala meninggalkan komen sebagai respon.

Ismi Fa Ismail bukanlah seorang penulis indie di bawah syarikat Fixi. Dia mempunyai syarikat penerbitan sendiri untuk menerbitkan segala novel novel hasil tulisannya. Walaupun mempunyai banyak kekurangan berbanding dengan orang lain (saya tahu ini di laman Facebooknya), namun itu semua tidak menghalangnya untuk menjadi seorang penulis yang hebat dan ahli perniagaan yang berjaya.

Jujur saya katakan, penulis novel yang misteri ini (saya tidak pernah tahu nama sebenarnya, jantinanya, tempat lahirnya, dan bagaimana rupanya), telah menyuntik satu motivasi dalam diri saya. Dia sangat berbeza dengan ratusan penulis novel yang ada di Malaysia ini. Dia adalah seorang penulis indie yang tidak pernah terikat dengan idea idea biasa penulis novel novel lain. Bentuk dan gaya penulisan novel hasil tulisan dan terbitannya juga tidak terikat dengan bentuk penulisan novel yang biasa kita baca. Ismi adalah penulis novel indie yang paling sejati di Malaysia (bagi saya).   

Membaca novel novelnya, anda akan mendapat sensasi yang luar biasa yang anda tidak akan dapat dalam novel novel lain. Perasaan ngeri, berdebar, takut, gerun, sedih, dan seram akan sentiasa menghambat diri anda sepanjang anda menghadam novel novel seramnya. Di tangan penulis novel yang misteri ini, novel itu seakan akan hidup dan benar benar berlaku.

Saya bukan mahu mendewa-dewakan Ismi tapi saya benar benar telah jatuh cinta dengan penulisannya. Walaupun bahasa Melayu yang beliau gunakan adalah bahasa Melayu biasa dan bertentangan pula dengan hukum tatabahasa bahasa Melayu, bagi saya itu tidak menjadi soal kerana jalan cerita dan idea idea yang beliau ada telah mengatasi segala galanya.

Ismi Fa Ismail adalah penulis novel indie yang setaraf dengan penulis novel di Barat sana. Setakat ini, dia adalah penulis novel indie yang benar benar sejati. Penulis penulis novel di syarikat Fixi pun tidak mampu melawan ke’indie’an Ismi. Dia sangat berbeza dengan mana mana penulis novel yang ada di Malaysia ini.

Rakyat Malaysia wajar berbangga kerana telah mempunyai seorang penulis novel yang setaraf dengan J.K. Rowling, John Grisham, Enid Blyton dan ramai lagi penulis penulis Barat. Saya sangat bangga dengan Ismi dan dia telah menyuntik banyak motivasi untuk berkarya dalam diri saya. Namun, saya masih tertanya tanya, mampukan Dewan Bahasa dan Pustaka melahirkan penulis sebagus ini? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.    


3 ulasan:

  1. I hope to know her real name, hey, get the JANGAN BACA ZINE NI + JANGAN BACA ZINE NI 2 .

    BalasPadam
  2. Sy dh bc tp tk berani sbb terlalu menyeramkan

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.