Selasa, 9 Februari 2016

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 8




Sahiri sudah menunggu di dalam keretanya sudah setengah jam. Sesekali dia menjeling jam di tangannya. Dia juga melihat jika ada kelibat Melisa muncul di bangunan Suhara Inc itu namun hampa. “Mana Lisa ni? Kenapa lambat sangat.” Desis hati Sahiril. Kerja paling dia benci adalah menunggu. Dia tidak suka menunggu. Menunggu hanya membuang masa sedangkan masa itu emas.

Papa dan mamanya sering berpesan supaya dia sentiasa menepati masa dan menepati janji yang telah dibuat. Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. Itulah pesanan Cikgu Badariah yang masih segar di mindanya. Tiba tiba dia terdengar ada ketukan kecil di tingkap keretanya. Dia melihat Melisa sedang melambai lambai padanya dari luar kereta.

Lantas dia membuka pintu kereta untuk membenarkan Melisa masuk. “Sorry lambat. Tadi Datin Suhara nak bincang dengan I pasal pertunjukan fesyen kat Milan bulan depan. Tu yang lambat turun. You marah ke?” Melisa memandang ke arah Sahiril yang kelihatan sugul itu. “Tentu dia marah.” Desis hati kecil Melisa. “No. I tak marah tapi next time kalau you lambat pastikan you call I. Jangan buat I tertunggu tunggu macam orang bodoh. You tahu kan I tak suka menunggu dan membuang masa.” Ujar Sahiril.


Suaranya agak keras. Takut Melisa melihat keadaan Sahiril pada waktu itu. Biasanya Sahiril tidak marah marah begitu. Dia seorang lelaki yang penyabar dan lemah lembut. Pasti ada perkara yang mengganggu fikirannya pada waktu itu. “Okay. I nak minta maaf sekali lagi. I bukan sengaja nak buat macam tu tapi I terpaksa. Lain kali I tak buat lagi. boleh you maafkan I?”  Melisa mempamerkan muka simpati pada Sahiril.

“Okay. Kali ni I maafkan you tapi lain kali jangan buat lagi.” ujar Sahiril. Kemarahannya sudah mula reda. Dia merupakan seorang manusia yang cepat marah dan cepat hilang marah. “Baik bos!” Ujar Melisa berseloroh. Sahiril tersenyum memandang buah hatinya. Sungguh cantik dilihatnya Melisa pada waktu itu. “Kita nak makan kat mana?” soal Melisa.

I dah tempah satu restoran yang special for you. I yakin you pasti suka makanan kat situ.” Jawab Sahiril. “Sebelum I terlupa boleh tak you cakap kat Mahani yang papa I setuju nak ambil dia bekerja. I lupa nak minta nombor dia masa kita kat Port Dickson hari tu.” Ujar Mahani. “Okay. I tak sangka you ni seorang gadis yang baik. You sanggup tolong orang yang baru you kenal. I tak salah pilih you sebagai calon isteri I.” ujar Sahiril sambil tersenyum memandang Melisa yang berada di sebelahnya.
I kesian tengok dia. Muda muda lagi dah jadi ibu tunggal. Bekas suami dia tu memang tak guna. Ada isteri dengan anak pun dia boleh buang macam tu sahaja.” Luah Melisa tidak berpuas hati. “I kenal dengan bekas suami Melisa tu. Nama dia Bakri. Dulu dia ketua gangster kat Kampung Pantai Dahan. Sejak hari pertama dia kahwin dengan Mahani saya tahu rumah tangga mereka takkan bertahan sebab saya tengok Bakri tu seorang lelaki yang tak bertanggungjawab.” Terang Sahiril panjang lebar.

Tumpuannya masih pada pemanduan di jalan raya itu. “Kenapa Mahani mesti nak kahwin dengan orang macam tu kalau dia tahu Bakri tu bukan orang yang baik?” soal Melisa. “Mahani ada cerita kat I yang dia sebenarnya kahwin dengan Bakri tu secara paksa. Dia nak lari dari mak dia. Mak dia suruh dia masuk universiti tapi dia tetap nak pergi Kuala Lumpur sebab nak bekerja. Jadi mak dia kahwinkan dia dengan Bakri supaya ada orang yang boleh jaga dia masa kat Kuala Lumpur ni.” terang Sahiril lagi.

“Oh macam tu. Kenapalah Mahani sebodoh tu? Kenapa dia sanggup gadai masa depan dia? Semua ni berpunca dari dia juga.” Ujar Melisa. Dia tidak menyangka ada orang seperti Mahani di dunia ini. “I pun terfikir juga kenapa Mahani boleh buat macam tu. Tapi apa apa pun semuanya sudah berlaku. Mahani dah ada kehidupan sendiri sekarang. I harap hidup dia akan lebih baik pada masa akan datang.” Ujar Sahiril. “I pun harap macam tu juga.” Kata Melisa akhirnya

..................................................................................................................

Mahani membuka kotak besar yang berwarna merah jambu itu. Kotak yang terletak sejak sekian lama di bawah katil itu sudah lama tidak dibukanya. Mahani melihat barang barang di dalam kotak itu masih ada seperti diari, novel, majalah fesyen dan majalah sekolah. Dia mengambil salah sebuah majalah sekolahnya dan menyelak helaian muka surat yang ada dalam majalah itu.

Mahani melihat gambar guru gurunya. Dia mencari cari di mana agaknya gambar Cikgu Badariah. Guru Bahasa Melayu yang amat disayanginya itu. Cikgu Badariah seorang guru yang amat berdedikasi, tegas dan penyayang. Ramai pelajar menyayangi guru itu. Tidak hairanlah Cikgu Badariah telah dinobatkan sebagai Guru Paling Penyayang selama tujuh tahun berturut turut apabila Sambutan Hari Guru diadakan di sekolah.

Cikgu Badariah sudah dianggapnya seperti ibu. Guru itu sentiasa memberi nasihat yang berguna pada dirinya. Setelah puas menatap gambar gambar Cikgu Badariah dia beralih pula ke muka surat yang memaparkan gambar gambar kelasnya. Dia melihat setiap wajah rakan rakan sekelasnya. Ada Sofea, Sahiril, Farid dan ramai lagi. Semuanya sudah berjaya dalam bidang masing masing kecuali dirinya.

Dia tidak boleh meyalahkan sesiapa. Ini semua adalah kesalahan dirinya. Terlalu mengikut hati dan perasaan. Dia teringat akan perbualannya dengan Cikgu Badariah sebelum dia melangsungkan perkahwinannya. Pada hari itu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan. Dia adalah antara yang terawal datang ke sekolah. Setelah menerima slip keputusan yang diberi oleh Cikgu Badariah dia melihat satu persatu gred yang diperolehinya.

Dia mendapat 5A dan 5B. Dia sangat gembira walaupun keputusannya tidaklah sebagus mana. Itu sudah memadai kerana dia boleh mendapat keputusan seperti itu. Apa yang paling menggembirakan dia lulus dengan baik dalam subjek Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Selama ini dia jarang lulus dalam kelima lima subjek tersebut. Jika dia lulus pun sekadar cukup cukup makan sahaja.

Dia amat gembira dengan keputusannya itu. Dengan keputusan itu, sudah tentu dia akan mendapat pekerjaan yang baik dan menjanjikan pendapatan yang lumayan. “Tahniah Mahani! Keputusan kamu tidak mengecewakan. Di mana kamu hendak meyambung pelajaran selepas ini?” soal Cikgu Badariah. “Entahlah cikgu, saya sendiri pun tak tahu. Saya ingat saya tak nak belajar lagi. Saya nak terus kerja saja.” Jawab Mahani.

“Apa? Kenapa pula kamu nak kerja? Keputusan kamu cukup baik Mahani. Kamu boleh menyambung pelajaran di universiti.” Cikgu Badariah sedikit terkejut mendengar jawapan Mahani sehingga suaranya terkuat sedikit. “Saya dah malas nak belajar cikgu. Cukuplah otak saya dah bekerja keras sepanjang SPM ni. Saya tak nak fikir lagi pasal belajar. Saya nak cari kerja kat Kuala Lumpur dan saya nak cari duit sendiri.” Mahani memberi alasan yang dirasakan cukup baik pada waktu itu.

“Kamu dah fikir masak masak ke?” soal Cikgu Badariah sambil memandang tepat ke dalam anak matanya. “Ya cikgu. Tekad saya sudah bulat. Saya akan teruskan rancangan saya.” Jawab Mahani berani. Biarlah apa yang Cikgu Badariah mahu fikir tentang dirinya. Dia tidak kisah. “Mahani, memang saya bukan ibu atau bapa kamu. Tapi sebagai guru kamu saya rasa keputusan yang kamu ambil ni salah. Perjalanan hidup kamu masih jauh lagi. Banyak lagi yang kamu perlu belajar tentang hidup di dunia ini. Kamu balik rumah lepas ni saya nak kamu fikir balik. Buat sembahyang istikharah. Minta petunjuk dari Allah. Jangan gadaikan masa depan kamu hanya kerana wang Mahani. Kamu masih muda. Ingat! ikut rasa binasa, ikut hati mati dan ikut nafsu lesu.” Nasihat Cikgu Badariah.

Mahani hanya mendiamkan diri. Apabila sampai di rumah, Salmah amat gembira dengan keputusan yang diperoleh oleh Mahani. “Tahniah Ani, mak tumpang gembira dengan kejayaan Ani. Pasti Ani boleh masuk universiti macam kak long. Kamu kena lawan kak long Ani. Kak long hanya mampu masuk ke politeknik sahaja tetapi kamu pasti boleh masuk ke universiti.” Ujar Salmah memberi suntikan semangat pada Mahani.

Mahani sekadar memandang kea arah wanita itu. Dia hanya diam. Apa yang dihajati oleh ibunya berlainan sekali apa yang  dihajati olehnya. “Kamu nak sambung belajar kat mana Ani? Pasal duit kamu tak payah risau. Tanah arwah datuk kamu masih banyak lagi. Mak boleh jual tanah kat tepi pantai tu. Ada orang nak beli dengan harga yang tinggi. Apa yang penting mak nak kamu masuk universiti dan jadi orang berjaya.” Ujar Salmah teruja.

“Mak, saya cakap mak jangan marah ye?” pinta Mahani takut takut. Dia bukan takut dimarahi oleh ibunya tapi dia takut ibunya sedih dengan keputusan yang dia ambil. “Ada pula mak nak marah kamu. Mak takkan marah sebab mak betul betul gembira. Apa yang kamu nak? Hadiah?” Salmah memandang muka Mahani meminta kepastian. “Saya ingat saya tak nak sambung belajar. Saya nak pergi Kuala Lumpur cari kerja.” Jawab Mahani.

Lapang sudah hatinya selepas meluahkan hajat kepada ibunya.“Apa? Kamu ni kenapa Ani? Syaitan mana yang dah hasut kamu sampai kamu buat keputusan macam tu? Semua orang berlumba lumba nak masuk universiti sebab nak belajar tinggi tinggi kamu pula tak nak kenapa? Kamu tahu tak yang zaman sekarang ni susah nak cari kerja. Kalau setakat keputusan SPM saja kerja apa yang kamu boleh buat? Kamu jangan nak mengada ngada.”  Ujar Salmah.

Hatinya berasa marah dengan keputusan Mahani. Entah perangai siapa yang diikutnya dia sendiri tidak tahu. “Tapi mak saya malas nak belajar. Saya dah penat tengok buku buku ilmiah ni. Kalau saya sambung belajar dan saya tak lulus pun tak guna juga.” Mahani tidak mahu mengalah. “Mak tak peduli. Mak nak kamu masuk universiti juga.” Tegas Salmah lalu beredar dari situ. Mahani sekadar memandang langkah ibunya. Dia tahu ibunya pasti akan menentang permintaanya.

Sebulan selepas keputusan SPM diumumkan Mahani telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Diploma Kulinari. Mahani yang baru pulang dari membeli barang barang keperluan dapur telah dipanggil oleh Salmah di ruang tamu. “Kenapa mak?” soal Mahani sebaik sahaja melihat ibunya. “Mak dapat surat yang dihantar oleh posmen tadi. Kamu dapat tawaran belajar kat UiTM.” kata Salmah.

“Saya dah cakap dengan mak kan yang saya tak nak sambung belajar. Saya nak cari kerja kat Kuala Lumpur. Saya nak tolong mak. Cukuplah kak long seorang saja yang belajar.” ujar Mahani. “Mahani, kamu ni dah kenapa? Kamu dapat tawaran yang bagus tapi kamu nak tolak macam tu sahaja. Kamu ni memang menolak tuah tahu tak? Kamu jangan nak mengada ngada. Kamu mesti pergi. Kamu boleh tolong mak lepas kamu dah berjaya nanti. Sekarang mak nak kamu masuk universiti dan belajar bersungguh sungguh.” Ujar Salmah.

“Saya tetap dengan keputusan saya. Saya dah besar mak. Saya berhak menentukan masa depan saya. Saya tetap nak ke Kuala Lumpur sama ada mak setuju atau tidak.” Mahani tidak mahu mengalah. Dia sudah nekad. “Baik, kamu boleh pergi ke Kuala Lumpur tapi dengan satu syarat.” Kata Salmah. “Apa syaratnya?” soal Mahani ingin tahu. “Kamu mesti berkahwin dulu sebelum pergi ke Kuala Lumpur.” Tegas Salmah.

“Apa? Kahwin? Mak, umur saya baru lapan belas tahun. Saya masih muda. Lagipun saya nak kahwin dengan siapa?” soal Mahani tidak percaya. Dia benar benar pelik. Bagaimana ibunya boleh mendapat idea gila tersebut. Langsung tidak munasabah syarat ibunya. “Sebab umur kamu lapan belas tahunlah mak suruh kamu kahwin. Kalau kamu dah kahwin hati mak akan senang kalau mak lepaskan kamu ke Kuala Lumpur tu.” Terang Salmah.

“Habis tu saya nak kahwin dengan siapa?” soal Mahani lagi. “Bakri!” Jawab Salmah pendek. “Apa? Mak nak saya kahwin dengan kacang hantu tu. Mak sakit ke sekarang ni?” Bertambah terkejut Mahani mendengar jawapan ibunya. Kenapa ibunya membuat keputusan yang boleh dianggap gila itu. “Ya. Mak Bakri nak sangat bermenantukan kamu. Bakri pun nampaknya sukakan kamu. Mak rasa kamu sangat sesuai dengan Bakri.” ujar Salmah.

“Mak, saya tak nak kahwin dengan Bakri. Saya tak cintakan dia. Lagipun saya masih muda lagi. Banyak perkara yang saya mesti belajar.” bantah Mahani. “Mak tak kira. Kalau kamu nak pergi ke Kuala Lumpur kamu mesti kahwin dengan Bakri. Kalau tak nak kahwin, kamu mesti masuk universiti. Sekarang kamu pilih. Pilihan ada di tangan kamu.” ujar Salmah.

“Mak memang kejam. Sampai hati mak buat saya macam ni.” Luah Mahani. “Apa yang mak buat ni semuanya demi kebaikan kamu. Tak ada ibu yang nak anak dia dalam kesusahan.” Mahani buntu. Keputusan apakah yang harus dipilihnya. Inikah bayaran yang harus dibayarnya hanya untuk mendapat sebuah kebebasan. “Baiklah, kalau begitu kata mak saya pilih nak kahwin dengan Bakri.” tegas Mahani.

Dia sendiri tidak percaya yang dia memilih untuk berkahwin dengan Bakri. Hancur hati Salmah sebaik sahaja mendengar jawapan Mahani. Keras sungguh hati Mahani. Sukar mahu dilembutkan olehnya. Dia berharap Bakri dapat melembutkan hati Mahani yang keras seperti batu itu. Dia memikirkan Mahani akan memilih untuk menyambung pengajiannya di universiti namun harapan tinggal harapan. Harapannya telah musnah pada anak perempuan keduanya.

Kalau arwah suaminya masih hidup tentu arwah suaminya menentang. Selepas perbincangan dengan kedua dua buah keluarga, akhirnya Mahani dan Bakri berjaya diijabkabulkan. Dengan berat hati Salmah melepaskan Mahani pergi. Mahmudah turut sedih dengan keputusan yang diambil Mahani. Mahani teringat ketika mereka berdua berbincang  di dalam bilik sebelum majlis pernikahannya dimulakan.

“Ani, betul ke kau dah fikir masak masak dengan keputusan yang kau ambil ni?” soal Mahmudah yang duduk di birai katil pengantin. Bilik Mahani yang dihias cantik itu sungguh harum seperti disembur dengan minyak wangi. “Ya kak long. Saya dah fikir masak masak.” Jawab Mahani sambil memandang wajahnya di cermin. “Kenapa?” soal Mahani. “Kak long rasa apa yang kau buat ni salah. Kau tahu kan yang Bakri tu kacang hantu. Dia tak sesuai dengan kau. Kau dah lupakan Sahiril ke?” Mahmudah mendekatkan dirinya dengan Mahani.

 Dia menyentuh bahu Mahani dengan lembut. “Kak long, Sahiril tu langsung tak sesuai dengan saya. Dia tu anak orang kaya. Mak dia pasti tak suka saya kahwin dengan Sahiril. Lagipun saya tahu Sahiril takkan sukakan saya. Dia mesti cari gadis yang setaraf dengan dirinya.” Jawab Mahani. Mahmudah menggelengkan kepalanya. “Keras sungguh hati kau Ani.” Bisik Mahmudah dalam hati.

“Apa apa pun aku ucapkan selamat pengantin baru pada kau. Aku harap kau berbahagia dengan plihan kau.” Ujar Mahmudah. Mereka berdua berpelukan. Bergenang air mata Mahani apabila teringatkan kisah itu. Tapi apa guna dia menangis lagi. Nasi sudah jadi bubur. Mahani menyelak lagi helaian helaian majalah itu. Matanya menangkap gambar Sahiril yang sedang bertarung dalam perlawanan Muay Thai di sekolahnya.

Sahiril yang tidak berbaju dan memakai seluar pendek berwarna hitam itu sedang menyepak di tepi kepala lawannya. Sungguh cantik gambar itu. Sudah tentu gambar itu diambil oleh Farid. Juru gambar majalah sekolah yang kini menjadi seorang wartawan di syarikat akhbar terkemuka di Malaysia. Pada hari itu, Sahiril dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut.

Seluruh warga sekolah amat gembira dengan pencapaian Sahiril. Ramai pelajar di sekolah mereka amat meminati Sahiril. Mereka selalu memasang impian untuk mendampingi lelaki sekacak Sahiril termasuk dirinya. Dia teringat perbualannya dengan Sofea beberapa tahun lalu. “Tampannya budak baru tu. Muka dia macam model. Sifat maskulin terselah kat muka dia.” Ujar Sofea ketika mereka pulang dari sekolah.

“Yalah. Dia tu kacak kan? Kalau jadi buah hati aku mesti seronok.” Balas Mahani pula.  “Agak agaknya perempuan macam mana Sahiril tu suka ya?” soal Sofea. “Mestilah perempuan yang kaya dan seksi. Maklumlah dia kan anak orang kaya. “Betul juga. Mesti dia tak pandang perempuan macam kita.” Sofea bersetuju dengan pendapat Mahani. Namun sejak perkenalan mereka di kelas Cikgu Badariah mereka bertiga menjadi rapat.

Sahiril pasti akan datang kepada mereka berdua jika dia menghadapi masalah dalam pembelajaran dan orang yang sering dicarinya ialah Mahani. Kadang kala Sofea menjadi cemburu dengan Mahani kerana Mahani sering mendapat perhatian yang lebih dari Sahiril. Ada khabar angin mengatakan mereka berdua bercinta. Semakin lama Mahani merasakan dia semakin jatuh cinta dengan Sahiril.

Walaubagaimanapun, entah di mana silapnya Sahiril semakin hari semakin menjauhkan diri darinya. Lelaki itu sudah jarang mahu bercakap atau mahu berjumpa dengan dirinya. Jika bercakap pun perkara yang penting penting sahaja. Jika ditanya Sahiril pasti akan mengatakan tidak ada apa apa. Lama kelamaan Mahani sudah berputus asa. Dia tahu Sahiril bukan untuk dirinya.

 “Ibu, Irfan lapar.” Ujar Irfan yang sedang berdiri di pintu bilik. Terpancung lamunan Mahani pada waktu itu. “Irfan lapar? Mari kita pergi makan.” Mahani lantas menyimpan majalah tersebut ke dalam kotak lalu memasukkan semula kotak itu di bawah katil.
           













0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.