Selasa, 9 Februari 2016

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 6



Cepatlah ibu, Irfan dah tak sabar dah ni. Cepatlah mak long.” Teriak Irfan di luar rumah. Hatinya melonjak kegirangan kerana mereka sekeluarga akan ke Port Dickson. Sebuah pantai peranginan yang terkemuka di Malaysia. Port Dickson mempunyai banyak pantai pantai yang cantik di samping mempunyai banyak chalet dan hotel penginapan. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara gemar datang ke Port Dickson untuk melancong dan bermandi manda.

“Ya, cuba bersabar Irfan. Jangan nak gelojoh sangat. Tak lari Port Dickson itu dikejar.” Tegur Mahani. “Biarlah dia Ani. Dia tengah teruja tu. Biasalah budak budak. Lagipun dia jarang jarang dapat bercuti macam ni. Kali terakhir kita pergi Langkawi tu pun Irfan baru empat tahun.” Ujar Mahmudah. Mahani sekadar mendiamkan diri. Dia malas mahu berhujah dengan Mahmudah.

Sikap Mahmudah sama seperti arwah ibunya. Suka membela Irfan jika dia memarahi Irfan di hadapan mereka. Setelah memastikan semua barang barang yang hendak dibawa telah di masukkan ke dalam kereta, mereka memulakan perjalanan. Mahani sebenarnya cuti pada hari Jumaat itu sempena sambutan hari Deepavali. Memandangkan hari Sabtu dan hari Ahad esoknya dia bercuti, Mahmudah mengajaknya untuk makan angin Port Dickson.


Mahmudah memandu keretanya dengan berhati hati. Jalan raya agak sesak dengan kenderaan yang keluar dari Kuala Lumpur. Ramai penduduk kota mahu pulang ke kampung. Jika mereka berbangsa India mereka mahu menyambut perayaan Pesta Cahaya itu dan yang selain daripada bangsa India mereka mahu melarikan diri dari kesibukan kota yang seolah olah tidak pernah habis. 

Mahmudah mendengar siaran berita dari saluran radio sambil menumpukan pada pemanduannya. Berita tentang penggunaan kalimah Allah menarik perhatiannya. Ada pihak yang mahu menggunakan kalimah Allah itu di dalam kitab Bible. Pada pendapatnya, kalimah Allah tidaklah sesuai digunakan dalam kitab agama Kristian itu. hal ini kerana nama Allah adalah tuhan yang khusus untuk orang Islam dan jika mahu menggunakan kalimah Allah mereka perlu mengakui keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.

Dirinya khuatir jika kanak kanak seperti Irfan yang sememangnya tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh akan terpengaruh dengan agama tersebut dan dikhuatiri mereka akan murtad kerana beranggapan Kristian juga menyembah Allah yang Maha Esa. Ini bukanlah isu perkauman dan mahu menyentuh isu keagamaan tetapi ini memyentuh isu akidah umat Islam.

Sebagai umat Islam, dia perlu mempertahankan agama Islam ini dari dicemari dari anasir anasir seperti itu. Sejak akhir akhir ini, dasar Kritianisasi semakin berleluasa di Malaysia dan begitu ramai ramaja Islam macapada ini telah murtad gara gara pegangan akidah yang kurang mantap. Lebih menyedihkan apabila ada pihak yang bertaraf ulama turut bersetuju dengan idea tersebut atas kepentingan kepentingan tertentu.

Dia khuatir jika perkara seperti ini tidak dihalang secepat mungkin, suatu hari nanti masalah akan timbul di belakang hari. Perkara seperti ini tidak kelihatan pada masa terdekat tetapi lambat laun natijah yang buruk akan berlaku. Sebelum nasi menjadi bubur lebih baik jika perkara seperti itu dihalang. Sepanjang perjalanan itu mereka melihat pemandangan bukit bukau dan arus pembangunan yang semakin rancak.

Mahani menjadi takut apabila melihat begitu banyak pokok ditebang dan bukit digondolkan untuk membina rumah dan bangunan sepanjang perjalanan mereka. Mahani cukup khuatir jika suatu hari nanti manusia akan mati kerana  kekurangan oksigen kerana begitu banyak sekali flora dan fauna yang dimusnahkan oleh pembangunan. Mahani berdoa kepada Allah supaya apa yang terlintas di fikirannya itu tidak menjadi kenyataan.

 “Apa yang Irfan nak buat kat sana nanti?” soal Mahmudah. “Irfan nak mandi laut, mandi kolam lepas tu nak buat istana pasir dengan maklong dan mama.” jawab Irfan. Mahani hanya tersenyum mendengar jawapan anaknya. Inilah kali pertama dia membawa Irfan ke pantai. Sudah tentu Irfan teruja dan gembira apabila melihat pantai nanti. Setelah menempuh perjalanan selama tiga jam setengah, akhirnya mereka sampai ke Port Dickson.

 Sebenarnya perjalanan dari Kuala Lumpur ke Port Dickson hanya tiga jam sahaja namun apabila mereka terpaksa meredah kesesakan jalan raya masa perjalanan mereka semakin bertambah. Setelah sampai ke chalet yang telah ditempah oleh Mahmudah dua minggu yang lalu mereka terus mengeluarkan barang barang dari kereta. Kemudian mereka bertiga terus ke kaunter pendaftaran untuk membuat pendaftaran masuk ke chalet tersebut. 

Kawasan chalet itu sungguh cantik. Halamannya dihiasi dengan pelbagai jenis bunga dan pokok pokok herba. Chalet yang dibina di situ merupakan sebuah bilik yang besar dan diperbuat dari kayu kayan yang bermutu tinggi seperti cengal dan meranti. Jika dilihat sekali imbas tempat itu tidak ubah seperti sebuah perkampungan kecil. Mereka mendapat bilik bernombor 104.

 Bilik mereka sungguh luas dan mempunyai sebuah katil yang besar dan sebuah katil bujang. Bilik itu juga dilengkapi dengan pendingin hawa dan sebuah tandas serta sebuah bilik mandi. Di hadapan chalet mereka juga mempunyai sebuah kolam renang yang besar. Pendek kata, chalet yang mereka duduki itu memang cantik dan selesa. Jika mereka mahu bermandi manda di laut mereka juga boleh ke pantai yang terletak di belakang kawasan chalet itu.

Setelah menyimpan barang di dalam bilik, mereka bertiga berehat sebentar. Keletihan kerana berada di dalam kereta terlalu lama menuntut mereka untuk menghilangkan penat di badan. Setelah penat mereka hilang, mereka terus ke gerai berdekatan untuk mengisi perut. Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Setelah mengisi perut mereka terus pulang ke bilik untuk membersihkan diri.

Pada waktu malam pula mereka bertiga ke pekan untuk membeli sedikit makanan untuk mengalas perut jika mereka berasa lapar pada waktu malam nanti. Mereka tidak menjamah makanan pada malam itu kerana mereka sudah kenyang memandangkan mereka telah makan petang tadi. Mereka turut membeli ole ole sebagai kenangan. Setelah puas membeli belah di pekan mereka terus ke berjalan di pantai.

 “Ibu, Irfan nak mandi.” Ujar Irfan. Hatinya begitu teruja untuk mandi laut pada malam itu. “Irfan, dah malam sekarang ni. Esok pagi kita mandi.” Jawab Mahani. Irfan mula menarik muncung sedepa kerana permintaanya ditolak. Mahmudah hanya mendiamkan diri.

Dia sekadar memandang ombak yang sedang menghempas pantai. Ketika mereka bertiga leka menyusuri gigi pantai itu mereka telah disapa oleh seseorang. “Mahani, awak pun bercuti kat sini juga?” Soal Sahiril. Mahani memandang Sahiril bersama dengan seorang gadis. Gadis itu sedang berpaut pada lengan jejaka itu. Ada perasaan cemburu yang timbul di hati Mahani.

“Ya. Saya datang dengan anak dan kakak saya. Ini anak saya Irfan. Irfan, salam dengan abang Sahiril dan kakak tu.” Ujar Mahani. Irfan terus menuju ke arah Sahiril dan mencium tangan Sahiril dan gadis di sebelahnya. “Comelnya budak ni.” Kata Melisa sambil mencubit lembut pipi Irfan. “Perkenalkan ini bakal tunang saya, Melisa.” Ujar Sahiril. “Saya Mahani.”

Mereka berdua bersalaman “Melisa”. Balas Melisa pendek. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Mahani. “Sahiril! Melisa! Ini kakak saya. Mahmudah.” Giliran Mahani pula memperkenalkan Mahmudah kepada mereka berdua. “Panggil saja kak Mudah.” Ujar Mahmudah sambil menyalami Melisa. “Inilah Kak Mudah tu. Sudah lama saya tak jumpa Mahmudah. Kali terakhir kita jumpa masa perkahwinan Mahani tu.” Ujar Sahiril.

“Betul tu. Maknanya dah lapan tahun kita tak jumpa.” Balas Mahmudah pula. “Kamu semua ni sekampung ke?” soal Melisa meminta kepastian. “Tak. Masa saya duduk kat Kampung Pantai Dahan dulu, saya bersekolah dengan Mahani. Jadi sudah tentu saya kenal dengan kak Mahmudah.” Jawab Sahiril. “Oh begitu. Mana suami awak Mahani?” soal Melisa.

 Semua yang berada di situ tergamam kecuali Irfan yang sedang leka bermain air laut di gigi pantai itu. “Err, sebenarnya saya dah lama berpisah dengan bekas suami saya.” Terang Mahani. “Oh! Maafkan saya. Saya tak tahu. Sahiril tak pernah cerita pasal awak pada saya.” Ujar Melisa. Kata kata Melisa itu umpama belati tajam yang sedang menghiris hiris hati Mahani.

Sudah terang lagi bersuluh yang Sahiril langsung tidak pernah mengingati dirinya. Dia sahaja yang asyik teringatkan Sahiril hampir setiap hari. “Kamu datang berdua sahaja ke?” soal Mahmudah pula. “Tak. Saya datang dengan mama saya. Kebetulan kami nak pergi ke sini, jadi kami pun bawa Melisa sekali.” Jawab Sahiril. “Oh begitu. Mana mama kamu? Dia tak ikut jalan jalan di sini sekali?” soal Mahmudah lagi.

Mahmudah memang gemar bercakap dan bertanya soalan. Mahmudah memang seorang yang peramah dan suka berkawan. Jika orang yang tidak biasa dengannya, sudah tentu orang akan menyangka bahawa Mahmudah ini seorang kaki sibuk dan suka menjaga tepi kain orang lain. “Mama ada di bilik. Dia tengah berehat. Tadi saya ada ajak dia tapi dia tak mahu. Penat katanya.” Jawab Sahiril sambil tersenyum.

“Kenapa awak memilih untuk menginap di chalet yang murah macam ni? Kenapa tak duduk kat hotel yang mahal?” soal Mahani pula. “Sebab mama saya suka tempat ni. Dia kata kat sinilah dia jumpa arwah papa saya. Lagipun tempat ni cantik. Pantainya pun bersih.” Jawab Sahiril. “Kamu semua duduk kat bilik nombor berapa?” soal Melisa. “Bilik 104.” Jawab Mahmudah pendek.

“Oh! Kami duduk di bilik 120. Malam esok kami merancang nak buat BBQ. Kalau kamu semua tak keberatan marilah join sekali. Lagipun kami bertiga sahaja. Makanan pun banyak. Ada udang, sotong, ketam, ayam dan banyak lagi. Marilah.” Pelawa Melisa. “Betul tu. Lagipun makanan banyak. Kami takut tak habis nanti.” Ujar Sahiril. “Bagus juga cadangan tu. Dengar pun macam seronok je.” jawab Mahmudah.

Mahani pula mengangguk setuju. “Kalau macam tu kita jumpa malam esok kat tepi pokok besar tu pukul lapan.” Kata Sahiril. “Baiklah.” Jawab Mahani dan Mahmudah hampir serentak. “Kalau macam tu kita jumpa esok. Kami nak balik bilik sekarang ni. mata saya dah mengantuk. Kami balik dulu ye.” Ujar Sahiril. “Baiklah.” Jawab Mahani. Mahani dan Mahmudah memandang Sahiril dan Melisa meninggalkan mereka.

.............................................................................................................................................

Di Kuala Lumpur hujan renyai renyai sedang turun membasahi bumi. Nabila dan Bakri sedang leka menonton televisyen pada waktu itu. Mereka sedang menonton drama Saiful Nita yang ditayangkan di TV3. Sesekali Bakri menghirup kopinya yang dibancuh oleh Nabila. Nabila pula leka menonton televisyen. Dia suka melihat wajah kacak Aidil Azmi yang memegang watak sebagai Saiful dalam drama tersebut.

Ketika mereka sedang leka bersantai pada malam itu, tiba tiba mereka terdengar ada orang memberi salam di luar. “Siapa yang datang malam malam ni bang? Ni tentu orang tabligh datang nak berdakwah ni. Kalau nak berdakwah pun datang la esok pagi. Malam malam macam ni pun nak kacau hidup orang.” Omel Nabila seorang diri. Bakri tidak berkata apa apa. Dia terus keluar untuk melihat siapakah yang datang pada waktu malam begini.

Dia melihat sebuah kereta berwarna putih biru dan beberapa orang anggota polis yang lengkap berpakaian seragam polis. “Assalamualaikum.” Ucap salah seorang dari mereka. “Waalaikumsalam.” Jawab Bakri sambil membuka pintu pagar rumah teresnya. “Saya Inspektor Rahmat. Ini rakas setugas saya.” Kata pegawai polis itu memperkenalkan diri dan dan rakan rakan setugasnya.

Ada apa ye encik?” soal Bakri sedikit gementar. Dia agak cuak melihat lima orang anggota polis yang datang ke rumahnya pada malam malam begini. Setahunya, dia tidak pernah melakukan jenayah atau melanggar undang undang. “Betul ke ini rumah Puan Nabila?” soal Inpektor Rahmat. “Ya encik. Dia isteri saya. Kenapa dengan dia?” soal Bakri. “Ya encik. Saya Nabila. Kenapa?” soal Nabila pula yang entah muncul dari mana.

“Puan dikehendaki mengikut kami ke balai sekarang. Ada laporan dibuat mengatakan puan telah memukul untuk tujuan mendera seorang kanak kanak bernama Irfan. Kami juga mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa puan di mahkamah.” Ujar Inspektor Rahmat. Hampir nak tercabut jantung Nabila dan Bakri pada waktu itu. Nabila tidak menyangka bahawa Mahani akan membuat laporan polis di atas  perbuatan yang telah dilakukannya ke atas Irfan.

Dia fikir Mahani sekadar mahu menggertak dirinya sahaja. “Sarjan, gari dia sekarang.” Arah Inpektor Rahmat. Sarjan Ahmad dan seorang lagi anggota polis terus menggari pergelangan tangan Nabila di belakang dan terus membawanya masuk ke dalam kereta berwarna putih biru itu. “Saya tak salah encik. Saya difitnah oleh bekas isteri dia. Saya tak salah encik. Perempuan tu memang suka buat cerita yang bukan bukan. Tolong lepaskan saya encik.” Rayu Mahani sambil meronta ronta.

“Tolong encik, jangan tangkap isteri saya. Dia tak tahu apa yang dia buat tu salah. Tolong jangan tangkap dia encik.” Rayu Bakri pula. “Kami terpaksa menahan dia buat beberapa hari untuk memudahkan kami membuat siasatan lanjut. Dalam tempoh itu encik boleh melawat isteri encik di balai. Kami pergi dulu. Assalamualaikum.” Ucap Inspektor Rahmat lalu terus masuk ke dalam kereta dan kereta itu memecut laju meninggalkan Bakri yang sedang kesedihan di pintu pagar rumahnya.

Angin bayu menderu deru menampar pipi pipi manusia yang dilanggarnya. Cuaca pada malam itu sungguh baik. Setelah puas bermandi manda dan bermain dari pagi hingga ke petang, Mahani, Mahmudah dan Irfan berehat pada malam itu.

Pada malam itu juga, mereka membantu Sahiril, Melisa dan Datuk Hasanah menyediakan bahan bahan untuk dipanggang pada malam itu. Sahiril dan Melisa menghidupkan api menggunakan arang yang dibeli di kedai petang tadi. Datuk Hasanah, Mahani dan Mahmudah bekerjasama memotong dan memeram bahan bahan yang ingin dipanggang menggunakan rempah ratus. “Saya dengar kamu ni kawan sekolah Sahiril ye?” soal Datuk Hasanah ketika mereka sedang memotong ayam untuk diperam dan dipanggang itu.

 “Betul Datuk. Saya kenal dengan Sahiril sejak dari tingkatan empat.” Jawab Mahani. “Jadi kamu ni tinggal di Kampung Pantai Dahan ye?” soal Datuk Hasanah lagi. “Betul tu.” Jawab Mahani pendek. Tangannya lincah memotong ayam tersebut. “Sahiril kata kamu ni kerja kat RaHa Hotel di bahagian housekeeping.”  Soal Datuk Hasanah seolah olah tidak mahu berhenti. Mahmudah sekadar mendengar.

Dia tidak berkata kata. Dia sibuk memotong sotong sambil bermain main dengan Irfan. “Benar Datuk. Kenapa? Datuk ada masalah ke dengan pekerjaan saya?” soal Mahani pula. “Tidak. Saya Cuma bertanya saja.” Jawab Datuk Hasanah. Di sudut hatinya dia tidak suka akan Mahani. Dia dapat merasakan Mahani cuba untuk menggoda Sahiril. Dia tidak suka Sahiril berkawan dengan perempuan itu lebih lebih lagi bila mendapat tahu Mahani berasal dari kampung.

Pada hematnya kebanyakkan perempuan kampung sangat kolot. Mereka tidak tahu bergaya seperti perempuan bandar. Perasaan bencinya semakin bertambah apabila mendapat tahu Mahani telah berkahwin pada usia lapan belas tahun dan perkahwinannya tidak bertahan lama. Sudah tentu perempuan ini tidak ada masa depan dan sudah tentu perempuan ini tidak pandai menjaga suami.

Sebab itu perkahwinannya musnah. Itulah perkara yang menjelma di kotak fikiran Datuk Hasanah. Setelah semuanya sudah selesai mereka mula memangang makanan yang telah disediakan sebentar tadi. Mereka makan dengan berselera sekali kerana masing masing sudah kelaparan. Seusai makan dan membuang sampah di tempat yang disediakan, mereka duduk berbual bual kosong sambil minum air teh tarik yang dibancuh oleh Mahmudah sebentar tadi.

“Apa kata kalau kita semua nyanyi lagu masing masing nak?” soal Sahiril kepada mereka yang berada di situ. Entah dari mana dia mendapat idea gila itu tiada siapa yang tahu. “Tak nak la. Suara saya tak sedap. Nanti semua orang ketawa.” Jawab Melisa. “Kita bukan nyanyi untuk pertandingan. Kita nyanyi untuk suka suka sahaja. Biar saya mula dahulu.” Ujar Sahiril lalu mula menyanyi lagu Pesanan Buat Kekasih dendangan kumpulan Spring sambil memetik gitar yang dibawanya dari rumah.

Sewaktu kau melangkah meninggalkan diriku,
Sebaknya rasa di dalam dadaku menahan titis air mata,
Ingin aku berpesan kepadamu kekasih,
Sekiranya engkau merinduiku hubungilah aku di sini,
Jika ada kesilapanku maafkanlah diriku oh sayang,
 Dan izinkan aku bertanya mengapa kau berubah hati,
Kiranya kau ada penggantiku tetapi hidupmu tak bahagia,
Relaku memaafkanmu dan menerimamu sayang,
Walaupun hati ku kau lukai namun ku masih menyayangi kerna,
Sehingga waktu ini  cintaku masih untukmu,
Oh sayang di mana kau berada janganlah kau lupakan aku,
Ingat aku walau sesaa seorangt insan yang terluka.

Semua yang berada di situ bertepuk tangan menandakan mereka suka dengan nyanyian Sahiril. Mahani tidak menyangka Sahiril mempunyai suara semerdu itu. Untung benar diri Melisa kerana mendapat suami seperti Sahiril nanti. “Sekarang giliran siapa pula?” soal Sahiril sambil memandang setiap wajah di hadapannya. Semua orang tidak berani bersuara dan tiba tiba Mahmudah mengangkat tangannya. “Kakak.” Kata Mahmudah. “Bagus! Kak Mudah nak nyanyi lagu apa?”  soal Sahiril sambil memetik gitarnya secara perlahan lahan. “Kakak nak nyanyi lagu Ziana Zain. Tajuknya Puncak Kasih.” Jawab Mahmudah. “Baiklah.” Jawab Sahiril sambil mula memetik gitarnya dan Mahmudah mula menyanyi.

Dalam air tenang arus menyusur damai,
Sekali embun yang menitis memecah,
Di mana percikannya di mata,
Laluku ku sentuh basahnya kejernihan,
Dalam hati sunyi bagai hening pagi,
Tiada beza lagi kedukaan ini,
Andai nilai setia tiada bagaimana pula nantinya,
 Di dalam istana serikah warnanya,
Retak kasih ini berlimpahan rona luka,
Telah pun kita simpan tak sedikit sejarah percintaan,
Puncak kasih kita rendangnya oh seketika,
Bagai cerita satu mimpi episode cinta,
Terpaksa aku redha walaupun dalam nyata kau merisik Tanya,
Tidak ku percaya.

Walaupun suara Mahmudah seperti mendengar radio rosak namun dia tetap diberi tepukan oleh semua orang kerana keberaniannya menyanyikan lagu bernada tinggi. “Lepas ni giliran saya pula.” Mahani menawarkan diri. “Bagus! Lagu?” soal Sahiril kepada Mahani. “Lagu yang Ramlah Ram nyanyi dengan Sleeq tu. Tajuknya Sesaat Kau Datang.” Jawab Mahani.

Sesaat kau datang sesaat kau hilang,
Kemunculan dirimu penuh misteri,
Kau mendekat kau menjauh tinggalkan diriku,
Sesudahnya kau membuang mencampakkan aku,
Sungguh kejamnya dirimu mengkhianati cinta yang kusemat di jiwa,
Kau hancurkan segala harapan kau remukkan cinta yang telah kita bina,
Jika sudah kau mencintai dia putuskan aku dengan baik caranya,
Walaupun sakit hatiku rasa sesungguhnya aku tak rela,
Kerna hatiku masih mencintai dirimu dengan sepenuh hati, 
Tapi ku ikhlas melepaskan mu kerana aku manusia biasa.

Semua orang memberikan tepukan yang gemuruh buat Mahani. Sahiril benar benar takjub mendengar kelunakkan suara Mahani. “Mama pula.” Ujar Datuk Hasanah. “Lagu?” soal Sahiril pendek. “Lagu Bila Rindu Ku Sebut Namamu. Siti Fairuz.” Jawab Datuk Hasanah dan Sahiril mula memetik gitarnya.

Tanpa ku sedar aku tersebut namamu,
Mengapakah hanya dengan tiba tiba,
Aku pun menjadi rindu dan wajahmu ku terbayang,
Adakah engkau pun begitu merindu,
Bila ku rindu aku tersebut namamu,
Bila ku resah ingin rasa ku bertemu,
Aku jadi tak menentu menunggu kehadiranmu,
Mengapakah lama menghilang tanpa berita,
Apa khabarmu di sana kekasihku,
Semoga engkau tak lupa padaku,
Jangan biarku merindu jangan biarkan tertunggu,
Sepinya di hatiku menunggumu,
Bila ku rindu aku tersebut namanu,
Di dalam mimpi aku dibelai olehmu,
Indah sungguh percintaan indahnya berkasih sayang,
 Betapa aku merindu kepadamu.

“Sekarang giliran Melisa pula. Lisa nak lagu apa?” soal Sahiril. “Lisa tak pandai nyanyi la.” Ujar Melisa dengan nada manja. “Lisa, kakak pun bukannya pandai nyanyi sangat. Suara kakak pun macam suara zirafah tercekik pucuk paku. Kita nyanyi untuk suka suka saja.” Ujar Mahmudah. Semua orang ketawa mendengar kata kata Mahmudah dan mereka menyetujuinya.
“Betul tu Lisa. Apa nak dimalukan. Hanya kita sahaja kat sini.” Datuk Hasanah menambah. “Okeylah. Kalau macam tu I nak nyanyi lagu Kehebatan Cinta. Lagu duet Jamal Abdillah dan Francissca Peter.” Ujar Melisa. “Macam tulah kekasih Sahiril.” Sahiril mula memetik gitarnya dan Melisa mula menyanyi.

Hati ku masih seperti dulu tidak pernah pun berubah cintanya,
Adakah engkau masih seperti ku  yang setia selamanya,
Hati ku masih merindui mu biarpun kau jauh dari ku,
Selagi rindu mengusik kalbu cinta ku masih padamu,
Tahukah engkau betapa hehe

“Lisa lupa la lagu tu macam mana…” ujar Melisa di pertengahan lagu dan lantas Mahani menyambung nyanyian Melisa yang tergendala tadi.

Tahukah engkau betapa hebat cinta ku tanpa mu di sisi aku keresahan.
Tahukah engkau betapa hebat kasih ku tanpa mu di sisi aku kerinduan,
Biarpun ombak merubah pantai kasih ku tak akan hancur berderai,
Biarpun hari berganti hari kau tetap ku nanti

Semua orang memberi tepukan yang gemuruh kepada Mahani dan Sahiril kecuali Datuk Hasanah. “Korang berdua ni macam pasangan kekasih la.” Kata Mahmudah secara tiba tiba. Semua mata tertumpu ke arahnya. Pada pendengaran mereka kata kata Mahmudah itu amat canggung sekali namun Mahmudah membuat muka tidak bersalah. Dia terus melayan Irfan yang hanya bermain pasir sejak dari tadi.

“Mama dah mengantuk. Mama nak masuk tidur.”  Kata Datuk Hasanah memecah kesunyian. Dia terus bangun dan menuju ke biliknya. “Kakak pun dah mengantuk. Jom kita masuk bilik Irfan.” Mahmudah terus mendukung Irfan yang matanya sudah merah menahan rasa mengantuk. “Sedap suara awak Mahani. Awak macam penyanyi professional. Mana awak belajar?” soal Melisa.

“Mana saya mampu nak pergi kelas nyanyian. Saya cuma nyanyi je ikut rasa.” Jawab Mahani. “You tahu Lisa, Mahani pernah jadi juara sebanyak tiga kali dalam pertandingan nyanyian di sekolah menengah dulu.” Ujar Sahiril. “Oh, betul ke? Tak sangka saya Mahani.” Melisa benar benar kagum dengan kehebatan Mahani. “Saya nak balik bilik dulu. Mata saya dah mengantuk.” Kata Mahani.

“Okey. Kita jumpa esok. Esok kita sarapan sama sama.” Ujar Sahiril sambil menarik tangan Melisa untuk pulang ke bilik. Mahani memandang kemesraan mereka berdua dengan perasaan cemburu.


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.