Selasa, 9 Februari 2016

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 7



Seawal pukul 6.30 pagi Mahani dan Mahmudah telah bangun dari tidur. Mereka membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh. Ibu mereka sering berpesan agar jangan sesekali meninggalkan solat kerana solat itu tiang agama. Solat dapat memberi pendinding kepada diri kita dari bala dan kita akan sentiasa mendapat perlindungan Allah. Puan Salmah juga sering berpesan supaya mereka bangun pada waktu pagi kerana rezeki akan mudah datang kepada mereka.

Itulah pesanan yang masih segar di ingatan Mahani dan Mahmudah sampai sekarang. Setelah menunaikan solat Subuh Mahani mengejutkan Irfan dan mereka bertiga berjalan jalan di pantai. Mereka mahu menikmati pemandangan di tepi laut buat kali terakhir. Sesungguhnya percutian mereka pada kali ini amat menyeronokkan dan meninggalkan seribu satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Setelah puas berjalan jalan, mereka bertiga pulang ke bilik untuk mengemas barang kerana mereka harus mendaftar keluar pada pukul sembilan pagi. Jam menunjukkan pada pukul lapan pagi bermakna mereka masih ada masa untuk bersarapan. Tiba tiba mereka terdengar ada orang memberi salam di luar bilik mereka. Mahmudah bergegas ke pintu untuk melihat siapakah yang datang pada awal pagi itu.


“Waalaikumsalam.” Jawab Mahmudah. Dia melihat Sahiril, Melisa dan Datuk Hasanah sedang berdiri di hadapan bilik mereka. Sahiril dan Melisa menghiasi bibir mereka dengan senyuman tetapi Datuk Hasanah menayangkan muka masamnya bak cuka. “Jom kita sarapan sama sama.” Pelawa Sahiril. “Sekejap ye. Mahani tengah kemas barang.” Pinta Mahmudah.

“Cepatlah sikit. Kami ni bukan khadam nak tunggu kamu bertiga.” Ujar Datuk Hasanah dalam nada sindiran. Berdesing telinga Mahmudah mendengar kata kata Datuk Hasanah. Mahu sahaja dia membalas kata kata wanita kaya itu namun disabarkan hatinya. Dia tidak mahu dianggap kurang ajar. Arwah ibunya sering berpesan supaya dia menghormati orang yang lebih tua.

Sahiril dan Melisa turut terkejut mendengar kata kata Datuk Hasanah. Sahiril tidak tahu mengapa angin ibunya tidak baik sejak dua tiga hari ini. Ibunya juga tidak mahu bersarapan pada pagi itu. Setelah dipujuk berkali kali baru orang tua itu mahu. Biasanya ibunya tidak begitu kecuali dengan orang yang tidak disukainya. Tetapi mengapa pula dia tidak menyukai Mahani dan Mahmudah.

Apa salah mereka berdua pada ibunya. Dia sendiri tidak tahu jawapnnya. “Maaf lambat. Jom kita pergi sarapan sekarang.” Kata Mahani bersama Irfan dari muka pintu. Setelah mengunci pintu bilik, mereka berjalan bersama sama menuju ke cafe yang berada di chalet itu. Mereka mengambil makanan di tempat yang disediakan. Cafe itu menyediakan makanan secara buffet.

Ada pelbagai jenis makanan yang dihidangkan seperti nasi lemak, nasi goreng, mi goreng dan sebagainya. Setelah mengambil makanan mereka memesan minuman dan duduk di salah sebuah meja yang kosong. “Lepas ni awak nak pergi mana Mahani?” soal Melisa kepada Mahani. “Saya nak terus balik. Esok saya kerja lagipun Irfan kena sekolah. Saya nak basuh baju dan mengemas rumah yang dah tinggal tiga hari tu.” Jawab Mahani.

“Awak masih kerja kat RaHa Hotel lagi ke? Kenapa awak tak kerja kat tempat lain?” soal Melisa. “Entahlah Lisa. Saya tak jumpa lagi kerja yang sesuai. Lagipun susah nak cari kerja sekarang ni. semua syarikat nak orang yang ada ijazah sedangkan saya ada SPM saja.” Jawab Mahani jujur. “Bukan semua syarikat macam tu. Apa kata awak kerja kat syarikat papa saya. Syarikat kami sekarang nak perlukan ramai pekerja baru sebab cawangan syarikat kami nak buka kat Shah Alam. Lagipun gaji pun tinggi dari awak kerja kat RaHa Hotel tu. Awak nak?” ujar Melisa.

“Betul tu Mahani. Sampai bila awak nak kerja kat situ. Lebih baik awak terima tawaran Melisa tu.” Ujar Sahiril yang hanya mendiamkan diri sejak tadi. “Boleh juga. Terima kasih Melisa. Kita baru kenal awak dah nak tolong saya.” Ujar Mahani terharu. “Apa salahnya. Kawan Sahiril kawan saya juga.” Kata Melisa. Mereka bertiga rancak berbual tetapi Datuk Hasanah dan Mahmudah hanya mendiamkan diri.

Mahmudah sibuk melayan Irfan makan manakala Datuk Hasanah memandang Irfan dengan pandangan benci. Dia tahu Mahani cuba untuk menggoda Sahiril supaya dia dapat mengikis duit Sahiril. Dia pasti akan menghalang niat Mahani itu. Pasti!

“Kenapa kak long macam marah je. kak long pun tak banyak cakap masa sarapan tadi. Kak long sakit ke?’ soal Mahani ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Port Dickson ke Kuala Lumpur. “Aku tak suka betul dengan mama Sahiril tu. Berlagak tak bertempat.” Luah Mahmudah tidak berpuas hati. “Kenapa kak long cakap macam tu? Saya tengok dia baik saja.” Ujar Mahani.

“Baik kau kata. Mata kau tu rabun ke buta? Kau tak nampak ke bukan main benci lagi orang tua tu kat kita. Tengok kita pun macam nak tak nak saja. Mentang mentang kaya nak berlagak pula.” Ujar Mahmudah. “Perasaan kak long je kot. Saya tengok mak dia okey je.” kata Mahani. “Sah memang sah.” Ujar Mahmudah. “Apa yang sah?” Soal Mahani tidak mengerti.

“Kau tu dah buta dengan cinta. Kau cinta sangat kat Sahiril tu sampai kejahatan mak dia pu kau dah tak nampak.” Jawab Mahmudah. “Apa yang kak long merepek ni?” soal Mahani buat buat tidak faham. “Kau tak payah nak berlakon la. Aku kenal kau dari kau kecil lagi.” Jawab Mahmudah sambil tersenyum sinis. “Kak long, Sahiril tu dah ada tunang. Saya dah lupakan dia.” Ujar Mahani.

“Boleh ke aku percaya cakap kau tu?” soal Mahmudah. Mahani mendiamkan diri. Dia tidak tahu hendak berbuat apa apa lagi. Dia hairan mengapa begitu sukar baginya melupakan Sahiril walaupun dia tahu Sahiril tidak akan jadi miliknya. “Ani, aku bukan nak memperlekehkan perasaan kau pada Sahiril tapi aku rasa lebih baik kau lupakan dia. Lebih banyak lelaki lain yang sepuluh kali lebih baik daripada dia. Kau kena lupakan kisah silam kau.” Nasihat Mahmudah.

“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” soal Mahmudah seraya memandang ke arah Mahani yang berada di sebelahnya. “Kau tidur? Punya penat aku membebel kau boleh tidur. Kurang asam punya adik. Sabar jelah...” Sambung Mahmudah dan terus memandu menuju ke Kuala Lumpur. Mahani sebenarnya tidak tidur. Dia sengaja pura pura tidur. Dia malas mahu mendengar nasihat Mahmudah.

 Nasihat itu sekadar menjadi belati yang menghiris jantung hatinya. Dia memanjatkan doa kepada Allah supaya memberikan sinar yang baik padanya pada masa akan datang.

........................................................................................

Kes perbicaraan penderaan Irfan oleh Nabila telah berlangsung. Mahkamah memutuskan Nabila telah bersalah mendera Irfan sehingga membawa kecederaan fizikal. Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun ke atas Nabila. Mahani dan Ramli benar benar berpuas hati atas keputusan mahkamah itu. Encik Salleh selaku peguam yang mewakili Mahani telah menjalankan tugas dengan begitu baik sekali.

“Terima kasih Encik Salleh. Terima kasih Encik Ramli sebab dah tolong saya. Jasa kamu anak beranak tak mampu saya balas.” Ucap Mahani ketika mereka bertiga keluar dari bangunan mahkamah. “Oh tak apa. Memang sepatutnya orang macam Nabila tu kena hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.” Ujar Salleh yang merupakan bapa kepada Ramli.

“Betul tu Mahani. Kami berdua tolong awak dengan ikhlas. Saya harap awak boleh jaga anak awak dengan baik.” Ujar Ramli pula. “Insya Allah Encik Ramli. Saya akan ingat pesan encik.” Balas Mahani pula. “Mari saya hantar awak balik. Saya balik dulu ayah. Nanti kita jumpa kat rumah.” Kata Ramli. “Baiklah. Bawa kereta elok elok.” Nasihat Salleh pada anaknya. “Baik ayah.” Jawab Ramli.

“Saya pulang dulu Encik Salleh. Lain kali kalau ada masa kita jumpa lagi.” ujar Mahani sambil bersalam dengan lelaki berusia dalam lingkungan 50an itu. “Baiklah. Hati hati ye.” Pesan Salleh lagi. Mereka berdua mengangguk dan bergerak ke kereta. Ketika mereka hendak masuk ke dalam kereta Mahani terdengar namanya dipanggil. Mahani melihat Bakri berada di belakangnya. “Aku ada perkara nak bincang dengan kau.” Ujar Bakri serius.

Lagaknya seperti orang di dalam kemarahan. “Tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi Bakri. Aku dah malas nak cakap dengan orang yang tak reti bahasa macam kau.” Balas Mahani. “Kau jangan sombong sangat Mahani. Kau jangan nak berpuas hati sangat. Sampai hati kau buat isteri aku sampai masuk penjara. Kau memang kejam Mahani. Rupa bukan main baik tapi perangai macam Iblis.” Hambur Bakri kegeraman..

Ramli hanya memandang. Dia tidak mahu campur dalam perbalahan tersebut. Dia akan bertindak jika Bakri mengapa apakan Mahani. “Jaga mulut kau Bakri. Kau kata aku kejam? Habis isteri kau tu tak kejam?  Kau tu tak kejam? Kau boleh biarkan orang lain dera anak kau sendiri. Bapa jenis apa kau ni?” Bidas Mahasi. “Kenapa kau mesti buat laporan polis? Kenapa kau nak bawa perkara ni sampai masuk mahkamah? Kita boleh bincang perkara ni secara baik.” Ujar Bakri.

“Bincang dengan cara baik? Kau ni dah kenapa Bakri? Kau ni biol ke atau tiga suku? Perkara macam ni kau nak bincang dengan cara baik. Memang sah otak kau tu kena basuh dengan sabun Dettol. Biar bersih sikit otak kau tu.” Balas Mahani geram. “Kau memang sombong Mahani. Kau sombong dan kau ego. Aku tak akan berdiam diri Mahani. Aku pasti akan balas dendam. Kalau aku tak dapat kau, anak kau akan terima pembalasannya. Ingat!” Kata Bakri lalu beredar dari situ.

Mahani memandang Bakri dengan penuh kegeraman. “Kenapalah aku kahwin dengan dia dulu?” bisik Mahani di dalam hati. “Sudahlah Mahani. Jangan dilayan orang macam tu. Mari saya hantar awak balik.” Kata Ramli. Mereka berdua terus masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan Mahani dan Ramli hanya membisu. “Awak masih marah lagi?” soal Ramli memecah kesunyian antara mereka sejak dari tadi.

 “Tak cuma saya masih tak percaya ada juga orang macam Bakri kat dunia ni.” Luah Mahani. “Tak payah la awak fikir pasal dia. Sekarang dia dah terima balasan atas semua perbuatan dia. Biar dia sedar bahawa dia tidak boleh sesekali mempermainkan awak Mahani.” Ujar Ramli. “Walau apa pun saya nak ucap terima kasih pada Encik Ramli sebab sudi tolong saya. Kalau tak ada Encik Ramli tentu perkara tak akan selesai. Saya tak tahu macam mana nak balas budi baik Encik Ramli.” Ujar Mahani.

 “Awak nak balas budi saya?” soal Ramli sambil tersenyum. “Nak! macam mana?” Mahani begitu teruja mahu mendengarnya. “Jangan panggil saya Encik Ramli lagi mulai hari ini. Panggil saya Ramli sahaja. Boleh?” Ujar Ramli. “Tapi….” Balas Mahani ragu ragu namun pantas dicantas oleh Ramli. “Tak ada tapi tapi lagi. Itu saja saya minta kalau awak nak balas budi saya. Setuju?” Ramli memandang kea rah Mahani.

“Baiklah Ramli.” Jawab Mahani sambil tersenyum. “Bagus. Macam tulah pekerja yang cemerlang. Sentiasa dengar arahan majikannya.” Ujar Ramli dan mereka berdua tertawa bersama.

“Bakri, saya tahu awak hidup dalam kesusahan sekarang ni. Awak kena cari perempuan yang benar benar cintakan awak dan pada masa yang sama boleh memberi kebahagiaan pad awak.” Ujar Nabila sambil memegang tangan Bakri. Bakri benar benar terkesima dengan ucapan dan tindakan Nabila. Belum pernah lagi seumur hidupnya ada seorang perempuan yang berani memegang tangannya selain Mahani.

“Apa maksud Puan Nabila?” soal Bakri tidak mengerti. “Untuk pengetahuan awak Bakri, saya sudah jatuh hati pada awak sejak kali pertama melihat awak. Saya mahu memiliki suami seperti awak. Saya nak kahwin dengan awak. Saya tahu awak tak bahagia dengan isteri awak sekarang. Itu pun kalau awak sudi terima balu seperti saya.” Nabila masih memandang tepat ke arah anak mata Bakri.

Bakri menjadi gelisah dan serba salah. Lidahnya kelu untuk menuturkan kata kata. “Kenapa Puan Nabila cakap saya tak bahagia? Saya sangat bahagia dengan isteri saya.” Ujar Bakri tergagap gagap. “Saya lebih tua dari awak Bakri. Saya dah kahwin lebih lama dari awak. Saya tengok muka awak pun saya dah tahu. Asyik sugul saja bila datang kerja.” Terang Nabila.

“Memang benar kata puan. Saya memang tak berapa bahagia dengan isteri saya. Saya tahu dia tak mencintai saya. Dia mencintai lelaki lain. Rumah tangga kami sering bermasalah. Kami selalu kekurangan wang sebab gaji kami berdua kecil. Saya hanya despatch dan dia pula kerja sebagai pengemas bilik hotel.” Ujar Bakri. Dia tidak tahu mengapa begitu mudah dia menceritakan kebobrokkan rumah tangganya kepada wanita itu.

“Ambil sampul ni. Dalam tu ada lima ratus ringgit. Saya tahu awak ada anak. Gunakan duit tu untuk beli susu dan barang keperluan rumah.” Nabila menyerahkan sampul berwarna coklat itu kepada Bakri. “Banyak sangat ni puan.” Ujar Bakri. “Tak apa. Awak ada anak. Awak nak anak awak mati kelaparan dalam rumah itu.” Ujar Nabila. “Terima kasih puan. Jasa puan tak dapat saya balas.” Bakri benar benar malu dengan wanita itu.

 “Saya tak pernah minta balasan apa pun. Apa yang saya nak awak boleh bahagia dengan kehidupan awak.” ujar Nabila sambil tersenyum. Kenangan tiga tahun lalu kembali menerjah ke kotak fikiran Bakri. Sejak itu, dia sudah mula jatuh hati dengan wanita itu. Sejak hari itu juga dia tidak pernah kesempitan wang. Nabila akan memberi apa sahaja yang dipintanya.

Balu yang bekerja sebagai pegawai kewangan di syarikat pencetakkan itu sangat baik terhadap dirinya. Sejak hari itu juga dia selalu bertengkar dengan Mahani. Sebaik sahaja pulang ke rumah mereka pasti bertengkar. Irfan yang berusia empat tahun itu hanya memerhati ibu dan ayahnya berkelahi. Sampai satu tahap tangannya pasti akan singgah di pipi Mahani. Dia sudah tidak cinta lagi pada wanita itu.

Cintanya pada wanita itu sejak dari bangku sekolah menengah sudah terpadam sebaik sahaja dia terjumpa diari Mahani. Dalam diari itu tertulis bahawa hanya Sahiril yang Mahani cintai. Dia hanyalah sebagai alat untuk Mahani melepaskan diri dari cemgkaman ibunya yang mahu dia belajar. Hatinya benar benar marah dengan tindakan Mahani dan ibunya, Salmah.

Sejak itu, hatinya mula sakit melihat Mahani. Setelah mereka berpisah dia terus menikahi Nabila. Hidupnya benar benar bahagia dengan wanita itu walaupun Nabila seorang yang tegas dan suka mengongkong. Tetapi panas tidak membawa ke petang, hujan juga di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi bersama Nabila telah diragut oleh Mahani.   Mahani telah menyumbat Nabila ke dalam penjara hanya kerana Nabila mahu mendidik Irfan dengan cara memukul anak kecil itu.

Tindakan Mahani itu amat tidak wajar. Mahu sahaja dia menampar Mahani di kompleks mahkamah tadi tetapi apabila melihat lelaki yang berada di sebelah Mahani itu dia membatalkan niatnya. Dia tidak mahu mencari masalah di situ. Tapi siapa lelaki itu? Apa hubungannya dengan Mahani? Persoalan itu sentiasa berlegar di kotak fikirannya. Sudah tentu lelaki itu kekasih baru Mahani. Masakan tidak, belakangan ini dia melihat Mahani kerap bersama lelaki itu dan dia pasti lelaki itulah yang membiayai wang guaman Mahani.

Dia tidak sangka Mahani mempunyai seorang kekasih yang kaya. Jauh lebih baik dari dirinya. “Tapi kenapa Mahani tak bersama dengan Sahiril? Bukan ke Mahani mencintai anak orang kaya itu separuh mati.” Desis hati kecil Bakri. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Sahiril. Musuh ketatnya semasa mereka masih menuntut di Sekolah Menengah Pantai Dahan.

Sahiril terkenal kerana dia seorang yang tampan. Dia amat digilai oleh gadis gadis di sekolah. Sahiril juga terkenal kerana bapanya sering menderma untuk pembangunan sekolah itu. Sahiril juga seorang ahli kelab muay thai yang aktif di kampung mereka. Dia banyak kali menang dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan di kampung mereka. Bukan itu sahaja Sahiril juga cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Tidak hairanlah dia pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia dan Tokoh Kokurikulum pada tahun 2004.

Pokoknya, Sahiril adalah seorang lelaki yang hebat di kampung mereka. Ramai ibu bapa memuji Sahiril dan mahu anak anak mereka mencontohi Sahiril. Kelebihan yang ada pada Sahiril tidak ada pada dirinya. Dia terkenal sebagai ketua kaki pukul di kampungnya. Bapanya seorang guru silat. Jadi dia sering membuli dan mengganggu ramai anak anak kampung tidak kira lelaki atau perempuan.

Dia digelar kacang hantu. Dirinya akan menjadi baik apabila berhadapan dengan ibu dan bapanya serta Mahani. Selain dari itu, dia langsung tidak peduli. Sebab itu ramai penduduk kampung membenci dirinya. Dia digelar kacang hantu oleh kebanyakkan penduduk kampung. Dia dan Sahiril adalah dua manusia yang berbeza. Di mana Sahiril? Dia tidak tahu.

Namun apa yang pasti dendamnya pada Mahani sudah mula membara. Dia bersumpah akan membalas dendam pada Mahani kerana wanita itu telah memenjarakan isterinya. Wanita itu pasti akan menerima pembalasannya

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.