Berita tentang
anak seorang pengusaha hotel terkenal iaitu Sahimi Sahiril ditangkap khalwat
bersama seorang pengemas bilik hotel telah tersebar di seluruh Malaysia. Setiap
akhbar di Malaysia telah memaparkan berita tergempar itu memandangkan Datuk
Hasanah merupakan seorang usahawan wanita yang berjaya di negara ini dan satu
satunya orang terkaya di Malaysia dalam kalangan wanita.
Apa yang lebih mengejutkan Sahimi Sahiril telah ditangkap bersama
dengan pengemas bilik RaHa Hotel iaitu hotel yang dimiliki oleh keluarga Datuk
Hasanah. Datuk Hasanah dan Sahimi Sahiril telah menanggung malu yang amat besar
di atas berita tersebut. “Kamu tengok akhbar ni Sahiril. Semua surat khabar
tulis pasal cerita kamu dengan perempuan kampung tu. Kamu tak malu ke?” Soal
Datuk Hasanah sambil menghempas surat khabar di atas peha Sahiril.
Sahiril yang berada di ruang tamu itu sudah tidak senang duduk.
Dirinya bagai cacing kepanasan pada waktu itu. Dia sendiri tidak menyangka
perkara seperti itu boleh terjadi pada dirinya. Dia hanya berbual bual dengan
Mahani di dalam bilik. Mereka tidak melakukan apa apa pun yang salah. Akibat
berita palsu itu reputasinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif RaHa Hotel telah
tercemar.
Bukan itu sahaja nama baik ibunya turut menjadi busuk. “Siapalah
punya kerja yang sebar fitnah ni?” Bisik hati kecil Sahiril. “Sekarang kita nak
buat apa? Mama malu tahu tak? Mama malu dengan kawan kawan mama. Semua orang
kata mama tak pandai jaga anak. Mana mama nak letak muka mama ni? Cuba kamu
cakap Sahiril?” ujar Datuk Hasanah dengan panjang lebar.
Suaranya menggambarkan dia sedang marah. Berapi rapi matanya
memandang Sahiril. “Saya tahu mama. Saya pun malu juga tapi ini bukan salah
saya. Kami hanya berbual bual sahaja dalam bilik tu.” Kata Sahiril membela
diri. “Bukan salah kamu? Mana kamu letak otak kamu tu Sahiril? Kamu tahu kan
mana boleh lelaki dan perempuan yang tak ada ikatan duduk dalam satu bilik.
Kamu tak belajar agama ke?” tengking Datuk Hasanah.
“Ya saya tahu perbuatan saya tu salah tapi kami tak buat apa apa pun.
Kami hanya berbual kosong saja. Kami bukan buat perkara tak senonoh dalam bilik
tu. Lagipun Ramli yang hantar Mahani sebab meja solek tu berhabuk itu saja.”
Balas Sahiril membela diri. “Kamu ingat orang kat luar tu nak percaya? Mereka
takkan percaya cakap kamu. Mereka lebih percaya cakap wartawan. Mereka pasti
akan anggap yang kamu buat maksiat dalam bilik tu. Kamu faham tak?” Jerit Datuk
Hasanah.
Dia benar benar marah. Berita itu bukan sahaja akan merosak nama
baiknya malahan akan menjejaskan prestasi RaHa Hotel. Dia amat takut jika
perniagaan perhotelan yang dia usahakan selama ini bersama arwah suaminya
hancur begitu sahaja gara gara berita sensasi itu. Sahiril hanya bungkam di
sofa pada waktu itu. Dia tidak tahu apakah tindakan yang harus dia ambil.
Dia benar benar buntu. “Jangan jangan ini rancangan perempuan
kampung tu kot. Dia nak kahwin dengan kamu kemudian dia berpakat dengan orang
di pejabat agama tu nak kenakan kamu.” Ujar Datuk Hasanah tiba tiba. “Ishh,
mama ni. Takkan Mahani nak buat macam tu. Dia tu baik mama. Lagipun kalau dia buat macam tu nama dia
pun boleh rosak.” Sahiril membela Mahani.
“Orang zaman sekarang ni sanggup buat apa sahaja demi duit. Dia
sanggup menggadaikan harga diri dia semata mata kerana wang. Janda tu memang
licik dan jahat.” Ujar Datuk Hasanah. “Mama, apa mama merepek ni? Mahani bukan
orang macam tu. Dia perempuan yang baik. Saya kenal dia sejak sekolah menengah
lagi.” Ujar Sahiril. “Sahiril, orang ni nampak saja baik tapi hati macam iblis.
Depan kita pijak semut pun tak mati tapi belakang kita macam macam kejahatan
yang dia buat. Kamu ingat Mahani yang kamu kenal masa sekolah menengah tu sama
macam Mahani sekarang. Ingat Sahiril, manusia itu boleh berubah.” Balas Datuk
Hasanah.
“Suka hati mama lah nak cakap apa. Saya malas nak layan.” Ujar
Sahiril mengalah. Tidak guna bergaduh dengan mamanya. Dia saja yang mendapat
dosa nanti “Sekarang mama nak tahu macam mana kita nak selesaikan masalah ni?”.Soal
Datuk Hasanah sambil menyandarkan tubuhnya di sofa yang terletak di hadapan
Sahiril. Mukanya benar benar serius pada waktu itu.
“Kita buat tak tahu saja. Lama lama berita ni pasti akan hilang.”
Jawab Sahiril bersahaja. “Senang kamu cakap. Kamu ingat orang boleh lupa macam
tu saja. Macam mana kalau berita ni tak hilang hilang? Macam mana kalau perniagaan
hotel kita tu merosot?” Soal Datuk Hasanah. “Mana saya tahu. Habis tu mama nak
saya buat apa?” Soal Sahiril pula meminta pendapat Datuk Hasanah.
“Mama nak kamu kahwin dengan janda tu.” Ujar Datuk Hasanah tenang
tapi tegas.
“Apa? Habis tu Melisa saya nak letak kat mana? Bawah katil?” Soal
Sahiril yang diserang keanehan. Dia tidak menyangkan ibunya boleh memikirkan
idea gila itu. “Kamu jangan risau pasal Melisa. Mama akan terang perkara ni
pada dia nanti. Apa yang mama nak kamu kahwin dengan Mahani secepat mungkin.”
Jawab Datuk Hasanah. “Tapi mama saya tak cintakan Mahani.” Ujar Sahiril.
“Siapa suruh kamu jatuh cinta dengan dia? Mama suruh kamu kahwin
dengan dia bukan jatuh cinta..” Kata Datuk Hasanah. “Mama ni pelik betul. Macam
mana nak kahwin kalau saya tak cintakan dia dan dia tak cintakan saya?” soal
Sahiril kehairanan. Dia tidak faham bagaimana ibunya berfikir. Mungkin ibunya
telah gila kerana berita tergempar itu. “Kamu kahwin dengan dia buat sementara
waktu. Perkahwinan ini hanya sebagai satu alat untuk menutup perkara bodoh yang
kamu buat ni di samping nak selamatkan perniagaan dan reputasi kita daripada
musnah.” Jawab Datuk Hasanah. “Perkahwinan ini hanya penipuan sahajalah?” Soal
Sahiril. “Ya. Tepat sekali.” Jawab Datuk Hasanah.
“Sudahlah tu Ani, tak guna kau menangis lagi. Kau menangis sampai
keluar air mata darah sekalipun perkara dah jadi. Kau tak boleh nak buat apa
apa. Kau redha saja.” Ujar Mahmudah sambil menggosok gosok belakang Mahani.
Irfan sekadar memerhati ibunya menangis teresak esak di pangkuan mak longnya.
Dia tidak tahu mengapa ibunya menangis sejak semalam mereka datang ke rumah mak
longnya.
Hari ini dia tidak ke sekolah kerana ibunya menghadapi satu masalah
besar. Masalah apa dia tidak tahu. “Tapi kenapa saya kak long? Kenapa saya yang
jadi mangsa? Apa salah saya? Saya tak kacau orang pun. Siapa yang sanggup fitnah saya
sampai macam ni sekali?” Soal Mahani bertalu talu. “Entahlah Mahani. Aku
sendiri pun tak tahu siapa yang rancang semua ni tapi aku yakin orang tu pasti
akan terima balasan di atas perbuatan dia. Kau kena sabar Mahani. Tak guna kau
menangis macam ni. Menangis macam ni tak boleh selesaikan masalah.” Mahmudah menasihati.
“Aku tahu tapi aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Semua orang
dah kenal aku. Aku malu sangat. Aku malu. Apa yang aku nak buat sekarang ni?”
Soal Mahani sambil menangis teresak esak. Dirinya benar benar buntu pada waktu
itu. Dia tidak tahu harus berbuat apa lagi. Semua orang sudah memandang serong
padanya. Mereka menganggap dia seorang perempuan yang tiada harga diri.
Tiba tiba mereka terdengar ada orang memberi salam di luar rumah.
Mahmudah lantas bangun dan melihat siapakah gerangan yang datang ke rumahnya.
“Waalaikummussalam. Oh Encik Ramli rupanya. Masuklah.” Pelawa Mahmudah sambil
membuka pintu pagar rumahnya untuk membenarkan Ramli masuk. “Mahani ada?” Soal
Ramli sambil tersenyum. “Ada. Tengah menangis kat dalam tu sejak semalam.”
Jawab Mahmudah.
Mahmudah dan Ramli masuk ke dalam rumah. “Mahani, Encik Ramli datang
nak jumpa kau. Encik Ramli duduklah. Saya nak sediakan minuman sekejap.” Ujar
Mahmudah. “Baik. terima kasih kak.” Ucap Ramli. Dia memandang Mahmudah berlalu
ke dapur. Mahani sudah mula berhenti menangis. Dia mengesat air matanya dengan
tisu. “Awak apa khabar Mahani? Awak tak apa apa?” Soal Ramli.
“Saya okey. Kenapa awak datang ke sini?” soal Mahani pula. “Saya
datang ni ada perkara yang saya nak bincang dengan awak.” jawab Ramli tenang. “Apa
dia?” Soal Mahani lagi. Ramli menarik nafasnya dalam dalam. Dia sudah nekad.
“Saya nak kahwin dengan awak Mahani.” Ujar Ramli berani. Lapang sungguh dadanya
setelah dia mengeluarkan ayat itu.
Mahani terkesima mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Ramli
itu. Apa yang telah berlaku sebenarnya. Dia benar benar kaget dan tidak faham
atas apa yang berlaku. Apakah benar Ramli yang menuturkan ayat itu. Tapi untuk
apa? “Apa yang awak cakap ni Ramli? Saya tak faham.” Soal Mahani. Dia benar
benar terkejut dengan permintaan Ramli itu.
“Saya tahu saya terburu buru dan saya juga tahu yang awak tak
cintakan saya tapi saya sangat mencintai awak Mahani. Saya dah jatuh cinta
dengan awak sejak kali pertama kita berjumpa. Dalam situasi macam ni lebih baik
saya kahwin dengan awak. Saya nak lindungi diri awak dan saya juga nak lindungi
maruah awak.” Tutur Ramli lancar. “Tapi Ramli saya tak cintakan awak. Kenapa
awak tak cakap dengan saya sebelum ni? kenapa baru sekarang baru awak nak
beritahu setelah semua ini terjadi?” Soal Mahani.
“Cinta boleh dipupuk Mahani. Orang dulu dulu bercinta setelah mereka
berkahwin. Saya rasa inilah masa yang paling tepat untuk kita berkahwin. Saya
boleh lindungi awak Mahani. Percayalah.” Ujar Ramli. “Awak memang tak faham
tentang cinta Ramli. Awak tak tahu macam mana sakitnya berkahwin dengan orang
yang awak tak cintai. Awak tak lalui semua itu. Saya dah ada pengalaman. Saya
tak nak pisang berbuah dua kali.” Ujar Mahani.
“Tapi awak tak boleh hukum semua orang macam tu Mahani. Dalam
setandan kelapa bukannya semua busuk. Awak tak boleh anggap semua orang sama
macam bekas suami awak. Saya akan hargai awak Mahani. Saya akan jaga awak dan
saya akan bahagiakan awak.” kata Ramli.
Mahani tersenyum sinis mendengar kata kata Ramli. “Itulah kata kata
yang keluar masa bekas suami saya kahwin dengan saya dulu tapi lihatlah
sekarang apa yang berlaku. Saya tak boleh terima awak Ramli. Hubungan kita tak
lebih dari seorang kawan. Saya ucapkan
terima kasih di atas semua pertolongan awak pada saya tapi saya
takkan balas budi awak dengan cara berkahwin dengan awak. Kita tak sepadan
Ramli. Saya janda dan awak teruna. Awak carilah perempuan yang jauh lebih baik
dari saya.” Ujar Mahani.
“Saya tak kisah apa status awak. Apa yang saya tahu saya cintakan
awak. Saya nak awak jadi isteri saya. Itu sahaja. Lagipun semua ini terjadi
adalah salah saya. Saya tak sepatutnya suruh awak bekerja untuk Sahiril. Saya
juga tak sepatutnya biarkan awak berdua duan dengan Sahiril dalam bilik tu.
Semua ni salah saya.” Ujar Ramli. “Cukup! Saya tak nak dengar apa apa lagi. Semua
yang terjadi ini bukan salah awak. Ini suratan takdir. Saya tak nak jumpa awak
lagi mulai hari ini. Saya juga nak berhenti kerja. Nanti saya akan hantar surat
peletakan jawatan saya.” Tutur Mahani.
“Entahlah. Saya tak boleh nak paksa awak. Awak fikirlah masak masak.
Ini demi masa depan awak juga. Kalau awak tukar fikiran, saya ada untuk awak.
Awak tinggal telefon saya saja atau awak cari saya di rumah. Saya balik dulu.
Assalamualaikum.” Ucap Ramli lalu terus keluar dari rumah itu. Hatinya benar
benar remuk. Seperti dijangka, cintanya pasti akan ditolak oleh Mahani.
Dia hanya mampu berdoa agar Allah mengubah pendirian Mahani. Dia
terus menghidupkan enjin keretanya dan beredar dari rumah Mahmudah. Mahani
menghantar pemergian Ramli dengan pandangan kosong. Ramli seorang lelaki yang
baik. Dirinya tidak layak untuk mendampingi lelaki sebaik Ramli. Ramli lebih
sesuai dengan Nadia. Nadia mencintai Ramli dengan sepernuh hati.
Dia mahu Ramli dan Nadia
berbahagia bersama. Dia tahu Ramli boleh mencintai Nadia dan menjaga rakan
baiknya itu. “Mana Ramli? Kak long dah buat air ni.” Soal Mahmudah yang baru
keluar dari dapur bersama sejag air limau nipis dan beberapa biji cawan. “Dia
dah balik.” Jawab Mahani ringkas. “Dah balik? Cepatnya dia balik. Tak beritahu
kak long pun. Buat penat aku bancuh air ni. Jom kita minum air ni Irfan.” Ujar
Mahmudah.
..................................................................................................................................................
Sahiril berjalan di lobi hotel pada pagi itu. Kebanyakkan pengunjung
masih belum bangun lagi. Hanya terdapat kakitangan hotel dan beberapa orang
pengunjung yang sedang berehat selepas puas bersenam di gimnasium. Sesekali
mata mereka mencuri pandang ke arah Sahiril yang mahu ke bilik pengemasan untuk
mencari Mahani. Sahiril cukup terkenal sejak akhir akhir ini.
Berita sensasi yang dipaparkan di akhbar telah menghangatkan namanya
di Malaysia. Semua orang masih sibuk memperkatakan tentang perkara itu
termasuklah kakitangan yang berkerja di hotel miliknya. Apabila sampai di bilik
pengemasan dia mendengar suara Nadia bercakap. Dia cuba menangkap butir butir
bicara Nadia dengan seorang lagi temannya. “Untung Mahani kena tangkap khalwat
dengan Encik Sahiril tu.” Ujar Nadia sambil menyusun barang barang yang
berselerak bilik pengemasan itu.
“Ishh, kau ni. Tak patut kau cakap macam tu kat kawan baik kau tu.
Kalau Mahani dengar mesti dia kecil hati. Kena tangkap khalwat kau boleh cakap
untung? Kau ni gila ke biol?” ujar Wati. “Aku bukan apa. Mahani tu memang ada
hati dengan Encik Sahiril tu. Untuk pengetahuan kau, Encik Sahiril tu kawan
satu sekolah dengan Mahani. Jadi bila kena tangkap khalwat macam tu mestilah
diaorang berdua kena kahwin. Bolehlah Mahani hidup senang dengan harta Encik
Sahiril yang banyak gila tu. Mahani pun akan jadi bos besar kat hotel ni. Nanti
bila Datuk Hasanah meninggal, Mahani akan jadi Datin Mahani la nampaknya.” Ujar
Nadia.
Mereka berdua tertawa
bersama. “Pandai Mahani tu. Pandai dia cari peluang. Patutlah dia saja yang asyik kena jadi pengemas peribadi Encik Sahiril. rupa
rupanya dia nak jadi wanita kaya.” Ujar Wati. Sahiril yang mendengar di sebalik
pintu itu sudah mula ditiup api kemarahan. Dia tidak menyangka wanita sebaik
Mahani sanggup memerangkap dirinya dengan cara yang begitu keji.
“Nampak saja alim tapi perangai macam hantu.” Bisik hati kecil
Sahiril. Hatinya benar benar sakit. Dia pasti akan mengajar wanita itu.
Benarlah kata ibunya orang sekarang memang tidak boleh dipercayai. Orang
sekarang sanggup buat apa sahaja demi duit. Dia benci dengan Mahani. Gara gara
Mahani maruahnya sudah tercemar. Dia akan membalas dendam di atas semua
perbuatan Mahani.
Dia terus beredar dari situ. “Bukanlah. Aku gurau saja tadi. Mahani
bukan jenis orang yang macam tu. Dia memang cintakan Encik Sahiril tapi bukan
dengan macam tu caranya dia nak pikat Encik Sahiril tu. Dia kena jadi pengemas
bilik untuk Encik Sahiril tu sebab Encik Ramli yang suruh.” Ujar Nadia. “Oh,
macam tu. Aku ingat Mahani tu jahat. Tapi siapa yang telefon orang pejabat
agama tu sampai diaorang berdua boleh kena tangkap khalwat?” soal Wati.
“Entah, aku sendiri pun tak tahu. Pasti orang tu ada niat yang tak
baik pada diaorang berdua. Kesian Mahani. Pasti dia tengah sedih sekarang ni. Nanti
aku nak pergi lawat dia lepas habis kerja.” Ujar Nadia. “Kita ni asyik berborak
saja. Jom kita pergi buat kerja.” Kata Wati. “Betullah. Nanti tak pasal pasal
kena marah dengan Encik Ramli.” Ujar Nadia. Mereka berdua memulakan tugas
masing masing pada hari itu.
Sahiril memandu keretanya membelah jalan raya pada pagi itu. Dia
mahu berjumpa dengan Mahani untuk menyelesaikan kemelut yang melanda. Tidak
banyak kereta yang bertali arus pada waktu itu membuatkan perjalanan Sahiril
untuk bertemu dengan Mahani berjalan lancar. Dia mahu ke rumah Mahani setelah
mendapat alamat yang selengkapnya dari Penyelia Bahagian Housekeeping.
Setelah sampai di rumah Mahani, Sahiril memberi salam dan mengetuk
pintu berkali kali namun tiada sahutan. “Mana pula janda ni? dah la tak datang
kerja lepas tu tak ada kat rumah pula. Mana dia pergi? Perempuan ni memang
menyusahkan.” Ujar Sahiril bersendirian. “Apa aku nak buat sekarang ni?” ujar
Sahiril bermonolog. “Apa kata kalau aku telefon dia saja. Lagi senang.” Bisik
Sahiril di dalam hati.
Dia terus mendail nombor Mahani menggunakan telefon bimbitnya. Dia
menunggu beberapa saat dan kemudian terdengar suara orang menyahut. “Hello,
Sahiril. Ada apa?” soal Mahani di hujung talian. “Aku nak jumpa dengan kau. Kau
kat mana?” soal Sahiril kasar. “Sahiril, kenapa awak cakap macam ni?” Soal
Mahani kehairanan. Tidak pernah Sahiril bercakap dengan nada suara seperti itu
terhadapnya.
“Aku tanya kau soalan kau jawab dengan soalan juga. Kau ni pekak ke
bodoh? Aku tanya kau kat mana sekarang?” Jerkah Sahiril. “Saya kat rumah
Mahmudah.” Jawab Mahani perlahan. “Bagi aku alamat dia.” Kata Sahiril. “Nombor
8 Jalan Seri Nilam.” Jawab Mahani pula. “Kau jangan nak pergi mana mana. Tunggu
aku kat sana. Nanti aku datang.” Ujar Sahiril dan terus mematikan telefon
bimbitnya. Kemudian dia memandu keretanya untuk ke rumah Mahmudah bagi berjumpa
dengan Mahani.
Mahani menuggu kedatangan Sahiril dengan penuh debaran. Biasanya dia
pasti gembira jika dapat bertemu dengan Sahiril namun pada hari ini situasi
sudah berlainan sama sekali. Dia tahu mengapa Sahiril mahu berjumpa dengan
dirinya. Sudah tentu mahu membincangkan tentang masalah yang berlaku. Dia
melihat kereta Sahiril berhenti di rumah Mahmudah.
Dia terus membuka pintu pagar untuk membolehkan Sahiril masuk.
“Silakan masuk. Nanti saya buatkan air untuk awak.” pelawa Mahani. “Tak payah.
Kat sini saja dah cukup.” Ujar Sahiril angkuh. “Apa yang awak nak cakap dengan
saya?” Soal Mahani. “Kau tak payah nak berpura pura baik dengan aku Mahani. Aku
tahu niat jahat kau. Nampak saja alim tapi sebenarnya kau ni syaitan
bertopengkan manusia.” Ujar Sahiril kegeraman.
“Apa yang awak cakap ni Sahiril? Saya tak faham.” Soal Mahani. “Kau
tak payah nak berlakon depan aku. Aku dah tahu segala galanya. Kau ni memang
perempuan keji kau tahu tak.” Jerit Sahiril. “Sahiril!” jerit Mahmudah.
Terkejut Mahani dan Sahiril mendengar suara Mahmudah. “Jangan biadab. Tolong cakap
baik baik sikit. Kalau kau marah sekalipun kamu berdua kena bawa berbincang.
Bukan bergaduh macam ni. Tak malu ke jiran tengok.” Ujar Mahmudah.“
Sahiril hanya tersenyum sinis. “Sudahlah. Kau pun sama macam adik
kau. Mata duitan. Kau dengar sini Mahani. Aku datang ni sebab aku nak kau
kahwin dengan aku.” Ujar Sahiril. “Apa? Awak ingat perkahwinan ini perkara main
main ke? Boleh pakai redah saja.” Soal Mahani. “Kau ingat aku nak sangat kahwin
dengan kau? Aku kahwin dengan kau sebab aku nak selamatkan reputasi dan hotel aku. Itu saja.”
Jawab Sahiril.
“Sahiril, ini kerja gila. Ada banyak lagi cara kita boleh selesaikan
masalah ni.” Ujar Mahani. “Aku tak peduli. Kalau kau kahwin dengan aku sekurang
kurangnya orang tak anggap aku merosakkan kau. Kita boleh cakap kat media yang
kita ni suami isteri. Faham!” Ujar Sahiril.
“Saya tak nak Sahiril. Saya tak nak.” Kata Mahani. “Lebih baik kau
terima Mahani. Kalau kau tak nak hidup kau dan hidup anak kau menderita lebih
baik kau terima. Aku akan buat apa saja untuk selamatkan nama baik dan
perniagaan aku.” Ugut Sahiril. “Apa yang kau nak buat?” soal Mahmudah yang
hanya mendiamkan diri sejak tadi. “Aku boleh buat apa saja. Dengan duit dan
pengaruh, aku boleh masukkan kamu berdua ke dalam penjara. Aku juga boleh buat
anak kau tu menderita. Aku tahu kau sayangkan anak kau.” Kata Sahiril dengan
senyuman sinis terhias di bibirnya. Mahani dan Mahmudah hanya mendiamkan diri.
“Kau fikir baik baik. Ini semua demi masa depan kau juga.” Ujar
Sahiril lalu terus beredar ke keretanya. “Baiklah. Aku setuju.” Kata Mahani.
“Bagus, kau ambil cek ni lepas tu kau pergi buat persiapan perkahwinan kita.
Dua minggu lagi kita akan kahwin.” Ujar Sahiril dan mencampakkan cek itu ke
muka Mahani kemudian dia terus beredar.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.