Sumber : Google |
Riuh seluruh negara apabila kerajaan
berhasrat untuk ‘menjemput’ 1.5 juta rakyat Bangladesh untuk bekerja di negara
ini.
Ramai yang membantah kerana
kedatangan warga Bangladesh itu bukan sahaja boleh menutup periuk nasi rakyat
Malaysia malah akan meningkatkan kadar jenayah di negara ini yang sudah sedia
meningkat.
Anak perempuan Timbalan Perdana
Menteri telah membuat tuduhan dengan mengatakan bahawa rakyat Malaysia pemalas!
Oleh sebab itu, (menurut anak TPM) bapanya perlu memanggil warga Bangladesh untuk
bekerja di negara ini bagi mengisi kekosongan kerja yang ditinggalkan oleh
rakyat Malaysia yang didakwa malas tadi.
Sejujurnya rakyat Malaysia bukanlah
malas tetapi tidak ada kerja yang cocok dengan mereka.
Cocok di sini bukan bermaksud rakyat
Malaysia ini memilih kerja. Tidak sama sekali! Cocok di sini adalah dari segi
bayaran gaji dan faedah faedah yang boleh didapati daripada pekerjaan tersebut.
Pada hemat saya, rakyat Malaysia
boleh sahaja bekerja sebagai pengawal keselamatan, tukang cuci, buruh kasar,
dan banyak lagi kerja kerja yang biasa dibuat oleh warga Bangladesh yang datang
bekerja di negara ini. Tetapi, akan timbul masalah, bolehkah mereka membina
hidup mereka dengan hanya bergaji seperti mana yang diberi kepada warga
Bangladesh itu?
Warga Bangladesh mungkin boleh hidup
dengan gaji sebanyak RM400-RM500 sebulan tetapi tidak rakyat Malaysia yang
menjadi warga bagi negara ini. Perlu diingatkan bahawa seluruh rakyat wajib
menerima hidup yang sempurna di negara mereka sendiri. Bagaimana mereka mahu
hidup dengan bekerja sebagai buruh kasar, tukang cuci, dan pengawal keselamatan
dengan gaji yang rendah sebegitu lebih lebih lagi dengan peningkatan kos sara
hidup yang tinggi sejak akhir akhir ini?
Jika kerajaan mahu rakyat Malaysia
bekerja sebagai pengawal keselamatan, buruh kasar, tukang cuci dan pelbagai
lagi kerja yang biasa dibuat oleh warga Bangladesh yang datang ke negara ini,
kerajaan perlu memastikan gaji yang diterima oleh rakyat Malaysia hasil
daripada melakukan kerja kerja tersebut membolehkan mereka hidup dengan selesa
di negara ini.
Maksud hidup dengan selesa di sini
adalah boleh membeli rumah mampu milik, mampu membeli kenderaan sendiri, mampu
menyara keluarga sendiri dan mampu memberi barang barang keperluan harian.
Mengambil 1.5 juta warga Bangladesh
untuk bekerja di negara ini bukanlah satu langkah yang bijak tetapi menyediakan
pekerjaan dengan tawaran gaji yang baik di samping mengurangkan kos sara hidup
adalah sebaik baik perkara yang kerajaan perlu buat pada masa kini.
Memang ramai yang malas kalau gaji murah tapi kerja berat kan cikgu etuza.
BalasPadamKalau dorang kerja seperti yang dinyatakan tu tak apa juga tapi tengok ada yang berniaga sana sini
BalasPadam