Selasa, 9 Februari 2016

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 3



I

Walaupun badannya masih letih namun dia tetap mahu turun ke Cofee House yang terletak di tingkat bawah RaHa Hotel itu. Kalau diikutkan kehendak hatinya, mahu sahaja dia tidur di bilik. Seharian dia bekerja pada hari ini. Berjumpa dengan para pelabur, pengarah pengarah syarikat dan seterusnya melunaskan tugasan yang ada di pejabat. Sungguh penat dirasakan pada hari itu namun untuk tidak mahu menghampakan buah hatinya, Sahiril tetap turun untuk menikmati makan malam bersama dengan Melisa.

“Hai! Dah lama tunggu?” soal Sahiril setelah duduk berhadapan dengan Melisa. 

“Baru je. you apa khabar? Sihat? I rindu sangat dengan you. Dah lama kita tak jumpa kan?” soal Melisa bertalu talu dengan nada manja. 

I sihat cuma sekarang ni I sibuk sikit. Maklumlah orang berniaga. You sibuk dengan modelling you dan I pula sibuk dengan hotel I.” Ujar Sahiril.

Perbualan mereka terganggu seketika apabila ada pelayan datang untuk mengambil pesanan. Setelah memesan makanan yang diingini, mereka mula menyambung perbualan.

 “I ingat lepas kita kahwin I nak berhenti jadi model. I nak buka perniagaan sendiri.” Ujar Melisa. 

Really? Bagus la kalau macam tu. You nak berniaga apa?” soal Sahiril pula.  

“I ingat nak jual alat alat kosmetik. I kan suka bersolek.” Ujar Melisa.


“Bagus cadangan you tu. I akan sokong you seratus peratus.” Kata Sahiril. Tiba tiba pelayan menghantar makanan yang mereka pesan tadi. Mereka berdua makan dengan penuh berselera sekali. 

“Bila kita nak berkahwin Ril? I dah tak sabar nak jadi isteri you. You tahukan yang you tu jejaka idaman Malaya. Bila bila masa saja perempuan cantik kat luar sana tu boleh sambar you. Nanti I juga yang melopong.” Ujar Melisa.

Berderai tawa Sahiril pada waktu itu. Nasib baik dia tidak minum air pada waktu itu jika tidak tentu tersembur air itu di muka Melisa. Pasti malu jika dilihat orang.  

“I tak sangka you ni kuat cemburu juga kan. I janji yang kita pasti akan berkahwin cuma buat masa sekarang ni tak bolehlah sebab ada banyak perkara yang perlu I uruskan. You pun takkan nak kahwin sekarang. You baru saja naik jadi top model kat Malaysia ni.” Kata Sahiril dengan panjang lebar.

“Mestilah I cemburu. You tu dahlah handsome, kaya pula tu. Risau I you tahu tak?” ujar Melisa.

 “You jangan risaulah. I janji dengan you yang I takkan cari lain.” Kata Sahiril. Mereka berdua tersenyum bersama.

II

Sahiril bersiap untuk ke pejabat pagi itu. Dia memakai baju kemeja berwarna hitam dan berseluar slack. Dia turut mengenakan tali leher berwarna unggu. Setelah memastikan dirinya benar benar kemas dan smart, dia menyemburkan wangian pada tubuh tegapnya itu. Kemudian dia bergerak ke almari untuk mengambil coat yang sudah sedia tergantung.

Dia mengambil briefcase miliknya dan bergerak keluar. Setelah mengunci pintu suite itu dia terus menuju ke dalam lif. Dia menunggu seketika sebelum lif itu sampai. Lagu ‘Tiara’ dendangan kumpulan KRIS dinyanyikannya secara perlahan. Apabila lif sampai pada tingkat 16 dia terus masuk dan menekan butang ‘G’. Dia berseorangan pada waktu itu.

Dia melihat jam di tangannya namun tiada. “Eh, mana pergi jam aku?” desis hatinya. Dia teringat yang dia terlupa untuk memakai jam pada pagi ini. Apabila sampai sahaja di tingkat ‘G’ beberapa orang mula masuk. Dia menekan tingkat 16 semula dan lif itu naik dari satu tingkat ke satu tingkat dan satu persatu orang yang menaiki lif itu mula keluar. Hanya dia sahaja yang tinggal sebaik sahaja sampai di tingkat 16 iaitu tingkat yang paling atas sekali bangunan hotel itu.

Dia berjalan menuju ke biliknya dan mendapati ada sebuah troli yang besar dan padat dengan cadar serta sarung bantal. Dia terus memasukkan kunci ke dalam tombol dan memulas pintu kayu yang diukir cantik itu. Dia melihat ada seorang perempuan di dalam bilik itu sedang mengemas katil dan menukar sarung cadar dan bantal. Dia terus menuju ke meja solek dan mendapati jam tanggannya ada di situ.

Dia terus memakainya dan mahu bergerak keluar. Tiba tiba perempuan itu memanggil namanya. 

“Encik Sahiril! Briefcase encik tertinggal.” Kata wanita itu. 

“Oh! Terima kasih. Saya ni memang cuai. Terima kasih banyak banyak.” Kata Sahiril sambil mengambil briefcase miliknya dari tangan wanita itu.

 “Encik tak ingat saya?” Soal wanita itu. Sahiril memandang wanita itu.

Dia memandang raut wajah wanita itu sedalam dalamnya. Setahunya dia pernah melihat wanita dalam usia 20an itu namun dia tidak ingat siapa wanita itu dan apa namanya. 

“Mungkin encik sudah lupa. Saya Mahani. Kita pernah bersekolah dahulu di Sekolah Menengah Pantai Dahan.” Terang Mahani untuk mematikan kebuntuan Sahiril. 

“Oh! Mahani... Awaklah yang kahwin lepas SPM dengan Bakri tu kan? Awak apa khabar sekarang? Berapa orang anak awak? Mana Bakri? Dia sihat?” soal Sahiril bertalu talu.

“Alhamdulillah, saya sihat. Anak saya baru seorang. Saya dan suami sudah bercerai.” Jawab Mahani malu. 

“Oh begitu. Maafkan saya. Saya tak tahu.” Ujar Sahiril. 

“Oh! Tidak mengapa. Saya tak ambil hati pun.” Kata Mahani. 

“Kalau begitu saya pergi dulu ya. Saya dah lambat ni. Kalau ada masa kita jumpa lagi ya.” Kata Sahiril lalu terus beredar dari situ. Mahani sekadar memandang gerak langkah Sahiril meninggalkan bilik itu.

III

Mahmudah memberhentikan kereta Myvinya di hadapan Pasar raya Cemerlang Impian itu. Dia mahu membeli barang barang dapur kerana semua barang barang seperti bawang, minyak masak, beras dan sebagainya sudah habis. Setelah memastikan keretanya berkunci dengan rapi, dia terus melangkah masuk ke pasar raya itu. Tidak ramai orang yang membeli belah pada hari ini.

Jadi dia tidak perlu beratur panjang untuk membuat pembayaran di kaunter nanti. Dia mula mengambil troli dan terus ke bahagian barang barang basah. Sungguh banyak makanan laut yang diletakkan di atas sebuah meja aluminium itu. Mahmudah ingin membeli ikan Bawal, ikan Keli, Ikan Kerisi dan seekor ayam. Mahmudah sebenarnya tidak beberapa gemar makan ikan.

Hanya ikan ikan tertentu sahaja yang dia makan. Sesudah memastikan semua barang yang ingin dibelinya sudah ada, dia mula bergerak ke bahagian lain. Dia meletakkan sekilo beras ke dalam troli tersebut dan terus ke rak yang menjual kicap dan sos. Ketika sedang asyik memilih kicap dan sos itu, dia mendengar ada orang menyapanya dari belakang.

“Assalamualaikum kak Mudah.” Mahmudah terus berpaling. Dia melihat seorang lelaki yang berbadan gemuk sedang tersengih sengih dihadapannya. 

“Waalaikumsalam. Oh... Farid rupanya. Kau apa khabar? Mak kau apa khabar?”  soal Mahmudah.

 “Alhamdulillah kak. Saya sihat. Mak pun sihat. Dah lama kakak tak balik ke kampung sejak arwah Makcik Salmah meninggal.” Ujar Farid.

 “Aku bukan tak nak balik tapi kalau aku balik mesti aku sedih. Banyak kenangan arwah dalam rumah tu. Kau kerja kat mana sekarang?” soal Mahmudah pula. 

“Saya masih lagi bekerja di akhbar Harian Malaysia. Kakak kerja apa ye?” soal Farid pula. 

“Oh! Aku lupa yang kau ni wartawan Harian Malaysia. Dulu aku pun ada cita cita nak jadi wartawan tapi tak berjaya. Sekarang ni aku jadi kerani bahagian sumber manusia kat syarikat jual komputer tu.” Jawab Mahmudah dengan panjang lebar.

 “Mahani mana kak? Saya dengar dia bercerai dengan Bakri. Betul ke?” soal Farid lagi. 

“Entahlah Farid. Susah aku nak cakap. Dah tak ada jodoh nak buat macam mana.” Jawab Mahmudah sambil mengeluh. 

“Saya kesian dengan Mahani. Dia kahwin awal lepas tu bercerai pun awal. Kenapa dia bercerai kak?” soal Farid lagi tidak berpuas hati. Dia mahu mengorek cerita daripada Mahmudah. Dia mahu tahu apa yang sudah berlaku antara Mahani dan Bakri. 

'Banyak pula tanya dia ni. Tahulah wartawan tapi tak payah nak melampau sangat sampai cerita rumahtangga orang pun kau nak tahu.' Bisik hati kecil Mahmudah. 

“Aku sendiri pun tak tahu Farid. Mahani tak pernah nak cerita dengan aku. Dia kata biarlah dia tanggung seorang diri. Aku dah lambat ni Farid. Aku pergi dulu ye. Kalau ada masa kita berbual lagi. Assalamualaikum.” Ujar Mahmudah lalu beredar dari situ. Dia tidak suka dengan manusia yang suka mencampuri urusan orang lain seperti Farid. 

Dan Farid memandang gerak langkah Mahmudah itu dengan senyuman sinis. 

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.