Mahani bangun seawal pukul 5.30 pagi lalu membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu Subuh. Seusai solat, dia terus mengejutkan Irfan. Sementara menunggu Irfan mandi Mahani turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Semalam Sahiril telah menyuruhnya untuk membuat sarapan pagi itu. Dia membakar roti dengan menggunakan toaster.
Dia malas mahu membuat sarapan yang berat berat buat Sahiril kerana
khuatir kejadian semalam akan berulang lagi. Setelah siap, dia dan Irfan
bersarapan dengan memakan roti bakar dan disapu dengan kaya. Setelah itu, dia
dan Irfan berjalan ke perhentian bas bagi menghantar Irfan ke sekolah. Dia
tidak mengejutkan Sahiril untuk bersarapan. Dia tidak mahu dimarahi oleh lelaki
itu seperti semalam ketika mengejutkan Sahiril bangun untuk makan tengah hari.
Biarlah apa yang Sahiril mahu lakukan yang penting tidak menyakitkan
hatinya. Setelah menghantar Irfan ke sekolah dia menaiki bas untuk ka RaHa
Hotel. Tujuannya ke hotel tersebut bukan untuk bertugas seperti biasa tetapi
untuk berhenti. Dia fikir lebih baik dia berhenti setelah apa yang berlaku.
Dalam perjanjian itu Sahiril akan memberinya RM2000 setiap bulan sebagai upah
perkahwinan itu sehingga perjanjian itu tamat.
Dia fikir wang itu sudah cukup untuknya hidup dengan Irfan. Setelah
perjanjian itu tamat nanti barulah dia akan berusaha untuk mencari pekerjaan
yang lain. Setelah sampai di RaHa Hotel dia terus bergerak ke bilik dobi bagi
menemui Nadia. Sepanjang perjalannya ke bilik dobi, banyak sungguh mata yang memandangnya
pada waktu itu. Ini mungkin kerana gambarnya telah keluar di akhbar ketika dia ditangkap khalwat
bersama Sahiril kelmarin.
Dia terus masuk ke bilik dobi tersebut. Nadia yang sedang mengemas
bilik tersebut terkejut melihat kehadirannya. “Apa yang kau buat kat sini?
Bukan ke kau sedang bercuti sekarang ni?” Soal Nadia sedikit kaget. “Aku datang
ni nak jumpa Ramli. Dia ada tak kat bilik?” Soal Mahani pula. “Ada. Tadi aku nampak
dia masuk bilik dia tadi. Kenapa kau nak jumpa dia?” Nadia bertanya.
“Aku nak hantar surat peletakkan jawatan aku.” Jawab Mahani
bersahaja. “Apa? Kau nak berhenti kerja? Kenapa pula kau nak berhenti kerja?” Soal
Nadia bertubi tubi. Mungkin kerana dia terlalu terkejut mendengar berita itu.
“Kau nak aku kerja kat sini setelah apa yang berlaku? Cukup cukuplah aku dihina
di rumah. Aku tak nak dihina kat sini.” Jawab Mahani jujur.
“Siapa yang nak hina kau kat sini?” soal Nadia lagi. “Nadia, kawan
kawan dan pekerja pekerja kat sini mesti pandang serong kat aku. Mesti diaorang
cakap yang aku ni janda jahat. Mesti diaorang cakap aku ni cuba nak goda
Sahiril. Dari aku kena tomahan macam tu lebih baik aku berhenti kerja. Aku nak
cari kerja lain. Lagipun Sahiril ada bagi aku duit tiap tiap bulan. Cukuplah
untuk aku hidup dengan Irfan dengan duit tu.” Mahani memberi penjelasan..
“Betul juga apa yang kau cakap tu Mahani. Bila kau tak ada bermakna
aku tak ada kawan baik lepas ni. Mesti aku kena makan seorang diri.” Ujar
Nadia. “Janganlah cakap macam tu. Banyak lagi orang kat sini yang kau boleh kawan. Kalau kau rindu
aku kau boleh datang jumpa aku kat rumah. Nanti aku mesej kau kat mana rumah
aku sekarang.” Ujar Mahani.
“Okey. Aku minta maaf Mahani jika aku ada sakitkan hati kau
sepanjang kita berkawan.” Pinta Nadia. “Aku pun sama juga. Aku minta maaf jika
aku ada sakitkan hati kau.” Ujar Mahani. Mereka berdua berpelukkan. “Aku pergi
dulu ye. Lain kali kita jumpa.” Ujar Mahani. “Baiklah.” Balas Nadia sambil
tersenyum. Mahani meninggalkan Nadia di bilik dobi itu dan menuju ke bilik
Ramli.
Dia mengetuk terlebih dahulu bilik ketuanya. Walaupun dia sudah lama
kenal dengan Ramli namun dia masih menghormati ketuanya itu. Apabila mendengar
arahan masuk dari Ramli dia terus membuka pintu bilik tersebut. Dia melihat
Ramli sedang menyusun fail yang terletak di atas rak yang berada di tepi
dinding bilik itu. “Assalamualaikum Ramli.” Ucap Mahani.
“Waalaikumussalam. Oh Mahani. Ada apa? Sila duduk.” Pelawa Ramli
mesra. Dia berpura pura seolah olah tidak ada apa apa yang terjadi antara dia dan
Mahani. “Saya datang ni sebab saya nak hantar surat peletakkan jawatan saya.”
Ujar Mahani sambil meletakkan surat yang telah ditaipnya dia hadapan Ramli.
“Mahani, kenapa awak nak letak jawatan? Kalau sebab saya awak nak letak jawatan
lebih baik awak ambil balik surat ni. Saya boleh terima kenyataan yang awak
sudah menjadi isteri orang.” Ujar Ramli.
“Saya letak jawatan bukan sebab itu tapi saya rasa lebih baik saya
berhenti. Sampai bila saya nak kerja kat sini. Saya nak cari kerja yang lebih baik dari
kerja ni.” jawab Mahani. “Mahani, saya betul betul tak faham dengan fikiran
awak. Kenapa awak berkahwin dengan Sahiril sedangkan awak tak bahagia dengan
dia? Kenapa awak tak kahwin dengan orang yang sememangnya mencintai awak
sepenuh hati?” Soal Ramli.
“Macam mana awak tahu saya tak bahagia kahwin dengan Sahiril? Saya
bahagia kahwin dengan dia sebab saya cintakan dia.” Jawab Mahani. “Awak tak
payah tipu saya Mahani. Nadia sudah beritahu saya segala galanya. Mahani, saya
ikhlas mencintai awak. Saya sayangkan awak. Kenapa awak tolak orang yang
mencintai awak? Saya betul betul tak faham.” Ujar Ramli.
“Ramli, awak tak faham keadaan saya. Awak hanya tahu bercakap tapi
kalau awak berada di tempat saya, saya pasti awak akan pilih jalan yang saya
pilih sekarang ni. Sudahlah Ramli. Awak lupakan saja saya. Carilah perempuan
lain yang lebih baik dari saya. Nadia ialah calon yang paling tepat untuk
awak.” ujar Mahani. “Awak ingat hati saya ni bola sepak yang awak boleh tendang
macam tu sahaja? Cinta saya pada awak ikhlas Mahani. Saya jujur mencintai awak.
Kenapa susah sangat awak nak faham.” Ujar Ramli sambil menekan nada suaranya..
“Ramli, saya sudah menjadi isteri Sahiril. Tak payah awak nak ungkit
lagi pasal perkara ni. Selama ini saya hanya anggap awak kawan sahaja. Terima
kasih di atas bantuan awak selama ini. Saya doakan awak mendapat jodoh yang
baik. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Ujar Mahani lalu terus meninggalkan
Ramli. Ramli hanya mampu memandang Mahani pergi meninggalkannya.
Dia tidak menyangka yang Mahani hanya menganggap dia sebagai kawan
sahaja selama ini. Dia begitu ikhlas mencintai Mahani. Ramli bersandar di
kerusinya dan memejamkan mata. Dia amat berharap apa yang terjadi ini hanya
mimpi semata mata.
Setelah mengambil Irfan dari rumah Mahmudah, Mahani terus pulang ke
rumah Sahiril. Begitulah setiap hari rutin hidupnya. Jika dia bekerja dahulu
dia akan mengambil Irfan di rumah Mahmudah pada pukul enam petang memandangkan
Irfan bersekolah agama di waktu petang. Nasib baik ada Mahmudah yang sudi
menjaga Irfan. Mahmudah tidak pernanh meminta sebarang bayaran pun.
Mungkin dia mahu membantu Mahani. Mahmudah memang seorang kakak yang
baik. Jam sudah menunjukkan pada pukul 6.30 petang. Dia khuatir jika Sahiril
marah kerana sudah seharian dia tidak berada di rumah. Apabila dia sampai
sahaja di rumah, Sahiril sedang bercekak pinggang di hadapan pintu rumah
tersebut. Mahani melihat Sahiril masih memakai baju kemeja dan berseluar slack.
Dia tentu baru pulang dari kerja. Fikir Mahani. “Kau pergi mana? Dah
petang macam ni baru kau balik.” Soal Sahiril. Mencerlang matanya memandang
Mahani seperti harimau yang mahu menerkam mangsanya. “Pagi tadi saya pergi RaHa
Hotel lepas tu saya duduk kat rumah Mahmudah.” Jawab Mahani berani. Dia sudah
tahu sudah tentu dia akan dimarahi oleh lelaki itu.
“Kau pergi rumah Mahmudah? Kau buat apa pergi sana? Kau dah tak ada
rumah ke?” Soal Sahiril. Wajahnya jelas menunjukkan dia sedang marah. “Saja
saya nak duduk kat sana. Tak boleh ke saya nak pergi rumah kakak saya sendiri?”
Sindir Mahani. “Pandai kau bercakap. Memang tak salah kau pergi rumah kakak kau
habis tu siapa nak masak kat rumah ni? Ada orang gaji baru ke yang masak dan
kemas rumah ni tolol?” Sindir Sahiril.
“Kalau saya masak pun awak bukan nak makan. Awak tu tahu membazir
sahaja. Awak tak ingat yang awak pergi buang kuah asam pedas kat lantai
semalam?” Marah Mahanti. Pantang datuk neneknya jika ada orang memanggilnya
bodoh atau tolol. “Aku makan atau tak itu bukan urusan kau. Kau punya kerja
masak, kemas rumah dan cuci baju aku. Siapa nak cuci baju dan kemas rumah ni. Aku
bagi kau RM2000 setiap bulan bukan suruh kau pergi goyang kak kat rumah
Mahmudah tapi kerja kat rumah aku ni faham.” Ujar Sahiril.
Mahani hanya mendiamkan diri. Dia malas mahu bertegang leher dengan
lelaki itu kerana sudah pasti Sahiril mahu menang dan mengatakan dia yang
salah. “Apa kau tunggu lagi? Pergi buat kerja. Dasar pemalas. Masak sedap sedap
sikit.” Ujar Sahiril. Mahani terus ke bilik bersama Irfan. Setelah mandi dan
menukar pakaian dia terus ke dapur untuk menyiapkan makan malam buat Sahiril.
...............................................................................................
“Jauh kamu mengelamun Ramli? Kamu ada masalah ke? Kalau ada masalah
cerita dengan ayah. Mana tahu kalau ayah boleh bantu.” Ujar Salleh ketika
mereka sedang menikmati makan malam. “Entahlah ayah. Susah saya nak cakap.”
Balas Sahiril. “Kenapa ni? cakap macam orang putus cinta saja.” Ujar Salleh.
Sejak akhir akhir ini dia sering melihat Ramli termenung.
Dia khuatir jika anak tunggalnya itu sakit. “Ayah, saya betul betul
tak faham kenapa Mahani pilih untuk berkahwin dengan orang yang tak mencintai
dia sedangkan ada orang yang lebih mencintai dia?” Soal Ramli. Terpancar riak
kesedihan di wajahnya pada waktu itu. “Apa? Mahani dah kahwin? Bila? Ayah tak
tahu pun.” Soal Salleh yang kelihatan agak terkejut.
“Tiga hari lepas.” Jawab Ramli pendek. “Yakah? Patutlah kamu sedih
sangat. Sabarlah Ramli. Mungkin tiada jodoh kamu dengan dia.” Jawab Salleh. “Selama
ni saya takut nak buka hati saya untuk perempuan tapi bila hati saya dah sayang
pada seorang perempuan ni begini pula jadinya.” Ujar Ramli. Dia memicit micit
nasi di pinggannya.
“Kamu kena banyak bersabar Ramli. Mungkin dia ada sebab buat macam
tu. Kita kena ingat, setiap ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya.” Nasihat
Salleh. “Susah saya nak terima semua ni ayah. Hati saya sedih sangat. Baru saya
nak menikmati kebahagian dah begini jadinya.” Ujar Ramli lagi. “Sudahlah tu.
Lupakan dia. Cari saja perempuan lain. Banyak lagi perempuan lain yang lebih
baik daripada dia. Kalau kamu nak ayah boleh tolong carikan. Banyak kawan kawan
ayah yang anak mereka tak kahwin lagi. Semuanya cantik cantik belaka.” Ujar Salleh.
“Tak apalah ayah. Biarlah saya ubat luka kat hati saya ni dulu. Bila
saya dah ada calon saya pasti akan beritahu pada ayah.” Kata Ramli lalu terus
bergerak ke dapur untuk membasuh tangan. Salleh hanya mampu memandang langkah
anak terunanya menaiki tangga untuk menuju ke bilik.
Melisa memakirkan keretanya di hadapan banglo Datuk Hasanah. Setelah
memastikan keretanya berkunci, dia terus mengetuk pintu rumah banglo tersebut.
Mak Temah yang bekerja sebagai pembantu rumah Datuk Hasanah membuka pintu.
“Datuk ada Mak Temah?” Soal Melisa lembut. “Ada Cik Melisa. Silakan masuk.
Nanti saya panggil Datuk turun.” Ujar Mak Temah sambil mempersilakan Melisa
masuk.
Melisa terus bergerak ke ruang tamu rumah banglo tersebut dan duduk
di salah satu sofa yang terdapat di situ. “Apa khabar Lisa? Lisa sihat?” Soal
Datuk Hasanah yang baru turun dari tingkas atas rumah tersebut. “Baik auntie. Auntie apa khabar? Auntie
selalu nampak awet muda.” Ujar Melisa. “Tak adalah. Mana ada Lisa. Auntie macam biasa saja. Mungkin auntie selalu makan jamu kot. Sebab tu
wajah auntie sentiasa segar.” Ujar
Datuk Hasanah.
“Auntie makan jamu? Boleh
percaya ke jamu jamu ni semua. Lisa takut nak makan jamu. Mana tahu kalau ada
bahan bahan yang tak bagus dalam jamu tu. Elok elok boleh cantik nanti dapat
muka macam orang kena simbah asid.” Ujar Melisa. “Itulah yang Lisa tak tahu. Banyak sebenarnya khasiat jamu ni. Auntie makan jamu ni sejak auntie
sekolah menengah lagi. tengok muka auntie.
Sentiasa awet muda.” Ujar Datuk Hasanah sambil menayangkan wajahnya.
“Oh yakah? Lisa takut la makan jamu. Lisa lebih percayakan produk
produk yang moden macam pencuci muka dan krim yang biasa Lisa guna selalu tu.”
Balas Melisa. “Sebab tu Lisa jangan beli jamu di sebarangan tempat. Auntie beli jamu ni kat kawan auntie.
Dia tu pengusaha jamu terkenal kat Malaysia ni tau.” Terang Datuk Melisa
bersemangat. “Kalau macam tu Lisa nak cubalah. Nanti auntie ajarlah Lisa macam mana nak makan jamu ni.” ujar Melisa.
“Boleh. Apa salahnya. Nanti kita pergi jumpa kawan auntie tu. Kita beli produk dia lepas tu
Lisa boleh cuba. Lisa tengok perubahan diri Lisa. Lisa bukan saja nampak cantik
tapi nampak bertenaga juga.” Jelas Datuk Hasanah. Mak Temah membawa seteko teh
panas dan dua biji cawan. “Minum Lisa.” Pelawa Datuk Hasanah sambil menuangkan
teh itu ke dalam cawan Melisa.
“Okey. Sahiril ada datang? Dah beberapa hari dia tak telefon Lisa.”
Ujar Melisa. “Tak ada pula dia datang ke mari. Mungkin dia sibuk agaknya.
Banyak kerja yang dia perlu buat kat hotel tu. Lagipun dia kan baru kahwin
dengan janda jahat tu.” Terang Datuk Hasanah. “Betul juga. Kesian Sahiril.
Terpaksa kahwin dengan orang yang macam tu. Lisa tak percaya yang Mahani boleh
buat macam tu. Tengok dari luar baik saja.” Ujar Melisa.
“Baik apanya. Sejak pertama kali jumpa dia kat Port Dickson hari tu auntie dah boleh tahu yang dia tu bukan perempuan baik. Dia sengaja nak goda Sahiril
supaya kahwin dengan dia. Lepas tu bolehlah dia rampas semua harta yang Sahiril
ada.” Ujar Datuk Hasanah. “Lisa betul betul tak sangka yang dia boleh buat
macam tu kat Sahiril. Mahani tu nampak bodoh saja tapi sebenarnya sangat licik.
Kita kena hati hati dengan janda tu.” Ujar Melisa.
“Bagus juga dia kahwin dengan Sahiril tu. Boleh Sahiril ajar dia
sikit. Pasti dia kena teruk dengan Sahiril dekat rumah tu.” Ujar Datuk Hasanah
sambil tersenyum sinis.. “Biar padan muka dia. Biar dia rasa. Kalau tak cukup
lagi biar Lisa tambah.” Ujar Melisa. Mereka berdua tertawa bersama.
Mahani mengacau mihun goreng yang terdapat di dalam kuali itu. Pagi
tadi apabila dia melihat di dapur dia melihat sebungkus mihun yang belum
dimasak berada dalam kebinet dapur itu. Jadi Mahani mengambil keputusan untuk
memasak mihun goreng pada pagi itu buat Sahiril dan Irfan. Setelah siap
dimasak, Mahani memasukkan mihun itu ke dalam sebuah mengkuk yang besar.
Setelah itu dia menghidangkan mihun itu di atas meja makan. Irfan
yang tidak bersekolah pada hari itu kerana cuti hujung minggu begitu berselera
melihat mihun yang masih panas itu. “Sedapnya mihun yang ibu masak ni.” Kata
Irfan. Dia sudah tidak sabar sabar untuk menikmati keenakan mihun yang dimasak
oleh ibunya itu. “Irfan kena tunggu dulu tau. Kita kena tunggu pakcik Sahiril
dulu. Nanti dia marah.” Kata Mahani memujuk Irfan.
“Okey.” Kata Irfan sambil mengangguk. “Kau masak mihun saja pagi ni?
Nampak macam tak sedap saja.” Ujar Sahiril yang baru turun dari biliknya. “Dah
itu saja yang ada. Nak suruh saya masak chicken
chop saya tak pandai.” Sindir Mahani. “Kau apa yang pandai. Rancang nak
tangkap khalwat dengan aku kau pandailah.” Perli Sahiril pula. Tajam sungguh
lidah Sahiril.
Mahani hanya mampu bersabar dengan kata kata lelaki itu. “Mana
pinggannya? Kau nak suruh aku makan letak atas daun pisang ke?” sindir Sahiril
lagi. Mahani terus ke dapur untuk mengambil pinggan. Dia melihat begitu banyak
pinggan di sinki yang masih belum dibasuh. Dia ingin membasuh pinggan di sinki
itu. Dia tidak mahu dimarah oleh Sahiril kerana malas untuk mencuci pinggan
yang berada di dalam sinki itu.
Dia mengambil pinggan yang terdapat di dalam rak itu dan
memberikannya pada Irfan. “Irfan tolong ibu boleh tak?” Soal Mahani. “Boleh.”
Jawab Irfan pantas. “Irfan letak pinggan ni kat atas meja tu. Tapi baik baik
tau. Jangan sampai jatuh. Nanti pinggan ni pecah. Habis kita kena marah dengan
pakcik Sahiril tu.” Ujar Mahani. “Okey.” Jawab Irfan lalu membawa pinggan itu
ke atas meja makan itu.
Ketika Irfan malu meletakkan pinggan tersebut di atas meja makan
kakinya tersandung pada kerusi menyebabkan pinggan itu terlepas dari tangannya.
Terkejut Mahani pada waktu itu. Sudah tentu Sahiril akan marah padanya. Mahani
terus berlari untuk mendapatkan Irfan. “Kau tengok apa anak kau dah buat? Siapa
yang nak ganti pinggan mangkuk aku yang mahal ni?” Soal Sahiril kemarahan.
“Saya minta maaf. Saya yang salah. Sepatutnya saya tak patut suruh
Irfan bawa pinggan tu pada awak. Saya minta maaf sekali lagi.” Kata Mahani. “Kau memang
bodoh. Sebab kau habis pinggan ni pecah. Aku akan potong bayaran kau pada bulan
ni.” ujar Sahiril. “Baiklah. Awak potonglah berapa banyak yang awak nak.” Akur
Mahani. “Lagi satu, mulai esok aku tak nak tengok muka budak ni kat sini lagi.
Bawa dia berambus dari rumah ni. Budak ni menyusahkan aku saja.” Ujar Sahiril.
“Tolonglah jangan buat macam tu. Dia seorang saja anak saya. Awak
tak bayar saya pada bulan ni pun tak apa tapi tolong jangan halau anak saya
dari sini.” Mohon Mahani sambil memeluk Irfan. “Aku tak kira. Kalau aku nampak
budak ni kat rumah ni lagi aku akan campak dia kat luar. Rumah ni rumah aku.
Aku boleh buat apa saja yang aku suka.” Ujar Sahiril dan terus keluar dari
rumah tersebut. Mahani terus menangis sambil memeluk Irfan.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.