Selasa, 3 Mac 2015

JANGAN TAKUT MENYINGKIRKAN PUAK LIBERAL DALAM PAS


Sumber : Google


Entah mengapa sejak belakangan ini PAS sudah bertukar wajah daripada sebuah parti yang berteraskan fahaman Islam tulin telah menjadi sebuah parti yang berfahaman Islam liberal. Tidak ada angin mahupun ribut yang melanda PAS seolah olah telah menukar haluan politiknya sejak bersama Pakatan Rakyat.

Dahulu PAS begitu lantang mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam. Tetapi kini, PAS sudah hilang taringnya sejak bersama dengan PKR dan DAP. Saya tidak tahu apakah yang telah dilakukan oleh dua parti itu kepada PAS sehingga Parti Islam Se-Malaysia itu telah bertukar menjadi Parti Angguk Sahaja. PAS dilihat sudah tidak berupaya lagi untuk mempertahankan kepentingan Islam seperti dahulu.

Ini dilihat daripada beberapa isu antaranya isu kalimah Allah, isu LGBT, isu chauvinis memperlekehkan Melayu dan Islam serta pelbagai isu lain lagi. PAS seolah olah menjadi bisu dan dilihat seperti tidak mampu untuk mempertahankan Islam dan Melayu walaupun parti itu dianggotai oleh orang Islam dan Melayu serta dipimpin oleh ulamak yang muktabar.
 
Saya tidak menolak kemungkinan perkara ini berlaku kerana ramainya pemimpin PAS yang sudah ‘dirasuki’ fahaman Islam Liberal. Pemimpin PAS juga telah ‘dirasuki’ kerakusan untuk mengejar pangkat, harta dan kuasa. Oleh itu, PAS terpaksa berdiam diri terhadap sesuatu isu yang berlaku demi menjaga hati rakan sepakatannya dan untuk menjaga survival politik PAS. 

Ini bukanlah satu cetusan fitnah atau tomahan daripada saya. Dr. Hassan Ali yang dipecat sebagai ahli PAS dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang tersingkir sebagai Timbalan Presiden PAS telah memperkatakan hal ini. Jelas ini bukanlah satu fantasi tetapi realiti yang perlu diterima oleh penyokong di peringkat akar umbi PAS.   

Bukan itu sahaja, Ketua Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim juga ada mendedahkan perkara tersebut baru baru ini semasa mereka berhimpun di depan ibu pejabat PAS Pusat. Jelas, ada juga dalam kalangan pemimpin pemimpin PAS yang menyedari hal ini dan saya bersyukur atas hal itu.

Oleh itu, ahli akar umbi PAS perlu sebulat suara menyingkirkan pemimpin pemimpin PAS yang berfahaman liberal ini dari PAS secepat mungkin. Kehadiran pemimpin berfahaman Liberal ini bukan sahaja akan merosakkan PAS tetapi juga merosakkan masa depan Islam, Melayu dan Malaysia.

Pemimpin PAS yang berfahaman Liberal ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan cita cita mereka untuk menguasai Putrajaya akan terhasil. Mereka tega menggadaikan agama, bangsa dan tanah air mereka sendiri asalkan cinta cita mereka akan tercapai. Tindakan mereka itu jelas tidak akan menyelamatkan negara ini sebaliknya tambah menghancurkan.

Saya mengingatkan akar umbi PAS supaya bertindak sesegera mungkin bagi menyingkirkan pemimpin pemimpin Islam liberal demi menyelamatkan PAS. Seandainnya mereka dibiarkan berkuku di dalam PAS, nescaya PAS akan rosak binasa. Begitu juga dengan Islam, Melayu dan Malaysia.

Kesimpulannya, saya meminta kepada semua akar umbi PAS supaya menyingkirkan dengan segera puak puak liberal yang wujud di dalam PAS dengan kadar segera. Jika mereka tidak disingkirkan, mereka akan terus berkuasa di dalam PAS seterusnya akan merosakkan PAS dari dalam. Apabila PAS dirosakkan, Islam, Melayu dan Malaysia akan turut sama tergugat. 


4 ulasan:

  1. SP pun tak faham dengan parti politik Islam ni. Rela diperkuda dan diperbodohkam pihak lain demi nafsu dan kepentingan dunia.

    BalasPadam
  2. teringat Partai Sarekat Islam di Indonesia yang membiarkan fahaman komunis menyusup masuk ke dalamnya tanpa bertindak sesuatu tapi terlalu melebih2kan keahlian yang besar... Partai besar itu terpisah dua dan akhirnya tumbang tanpa dapat bangun lagi... mungkin kah PAS akan jadi seperti itu...

    BalasPadam
  3. Rakan politik PAS tu sebenarnya virus yang sangat bahaya...

    BalasPadam
  4. kita doakan yang terbaik utk mereka

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.