Sumber : Google |
Naib Presiden merangkap Setiausaha
Agung Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli telah membuat pengisytiharan hartanya
baru baru ini. Tindakan itu dilakukan bagi menyahut cabaran beberapa pemimpin
UMNO yang memintanya supaya mengisytiharkan harta kerana beliau sering kali
mengkritik kekayaan Najib selaku Perdana Menteri dan beberapa pemimpin Barisan
Nasional yang lain.
Rafizi kemudiannya mencabar Najib
supaya mengisytiharkan harta supaya Najib boleh membersihkan namanya yang
dikaitkan dengan kemewahan yang tidak berpandanan dengan gaji.
Selaku seorang penulis blog, saya melihat
tindakan Rafizi ini sebagai satu tindakan yang wajar dan molek. Sudah sepatutnya
seorang ahli politik yang mahu kelihatan bersih di mata rakyat perlu melakukan
perkara itu. Sudah semestinya juga sebagai seorang yang gemar mengkritik
kekayaan orang lain perlu melakukan tindakan tersebut.
Oleh itu, Najib selaku pemimpin
nombor satu negara perlu membuat pengisytiharan harta beliau untuk membuktikan
bahawa beliau benar benar seorang pemimpin yang bersih. Rakyat marhaen mahu
tahu berapa kekayaan yang dimiliki oleh Najib sebagai seorang ahli politik dan
anak kepada bekas Perdana Menteri – Tun Razak.
Jika Najib mahu kelihatan bersih,
amatlah wajar beliau mengikut tindakan Rafizi. Tetapi jika beliau terus terusan
mahu dicurigai oleh rakyat, beliau boleh terus berdiam diri atau mencipta
seribu alasan untuk melakukan perkara itu tetapi dari segi politik, Najib telah
mencalar imej politiknya sendiri.
Cerita cerita mengenai kekayaan Najib
sudah acapkali kedengaran di sana sini. Di media media sosial sebagai media
yang berpengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia sekarang banyak
mendedahkan tentang kekayaan Najib dan Rosmah. Keborosan Najib dan Rosmah
berbelanja (sama ada khabar angin atau khabar yang benar) acapkali dipaparkan
kepada rakyat.
Pendedahan pendedahan yang semacam
itu telah menyebabkan imej Najib bukan lagi calar teruk tetapi sudah calar
balar! Pendedahan pendedahan yang semacam itu juga telah menyebabkan kebencian
rakyat terhadap kepimpinan Najib semakin meluap-luap dan itu akan memberi kesan
kepada kemenangan Barisan Nasional pada PRU yang akan datang.
Cerita tentang cincin dan beg tangan
Rosmah yang mahal itu boleh menggerhanakan politik Najib. Bukan sahaja politik
Najib tetapi juga politik pemimpin pemimpin kerajaan yang lain. Sehubungan
dengan itu, amatlah wajar dan molek jika Najib boleh mengikut langkah Rafizi –
mengisytiharkan harta dengan berani.
Jika Najib berada dalam kedudukan
yang benar dan mendapat harta kekayaan tersebut dengan cara yang benar, Najib
tidak perlu kecut takut untuk mengsiytiharkan hartanya. Tetapi jika Najib
mendapat semua harta itu dengan cara yang salah – saya tidak tahu apa akan
berlaku pada Najib di masa akan datang.
Kesimpulannya, saya meminta agar
Najib dan semua pemimpin Barisan Nasional agar mengsiytiharkan harta masing masing
secepat mungkin. Tindakan itu boleh menutup mulut pengkritik kerajaan yang
gemar mencari salah pemimpin kerajaan sekaligus membersihkan nama pemimpin
kerajaan yang dikatakan menjadi kaya dengan cara yang salah. Oleh itu, Najib
dan pemimpin kerajaan yang lain wajar ikut tindakan Rafizi.
memang patut sebab jika Najib tak ikut Rafizi ia akan jadi modal PR untuk serang BN nanti...hehehe...lagipun takut kerana salah..berani kerana benar
BalasPadamsusah juga sebab kemungkinan akan pengistiharan yang "diada-adakan" hehehehe....
BalasPadamMesti banyak 'harta' tu yer ^-^
BalasPadamPemimpin BN mana berani tu...Durang tu suka menggertak rakyat..
BalasPadamItu sangat baik sebenarnya tapi kalau nak adil, semua wakil rakyat di Malaysia patut isytihar harta masing-masing, jadi rakyat boleh menilai dengan adil..
BalasPadamSampai ke sudah najib tak berani nak dedahkan harta simpanan dia dapat dari mana.
BalasPadam