Isnin, 30 Mac 2015

TIDAK TAHAN TEKANAN HINGGA BERHENTI MENULIS BLOG?

Sumber : Google

Pernahkan anda terfikir - sebagai seorang blogger untuk berhenti dari menulis blog? Jika ya, mengapa anda mahu berhenti? Sebenarnya sudah ramai blogger di luar sana yang merupakan seorang blogger yang popular tetapi telah berhenti dari menulis blog. Ada pelbagai sebab yang diberikan oleh mereka antaranya kesibukan tugas di pejabat, mahu lebihkan masa bersama keluarga dan ada juga yang tidak tahan tekanan dalam menulis blog!

Saya suka mengupas isu blogger yang tidak tahan dengan tekanan menulis blog itu. Biasanya blogger seperti ini adalah blogger yang gemar melemparkan kritikan dan teguran kepada sesiapa sahaja. Blogger ini juga acapkali mengulas tentang sesuatu isu dengan penuh keberanian dan mengikut pendapatnya mereka sendiri.

Saya adalah blogger yang berada dalam kumpulan itu. Selain saya, blogger lain adalah blogger Suria Lekat Lekit dan blogger Buasir Otak. Kebiasaannya, blogger yang berada dalam kumpulan ini adalah blogger blogger yang mengulas isu politik seperti Papagomo, Double Y, Semut Hitam, Datuk A. Kadir Jasin, Datuk Rocky Bru, Helen Ang, Tan Sri Zainuddin Maidin, Tun Dr. Mahathir dan ramai lagi.  
 
Oleh kerana kelantangan dan keberanian mereka dalam menulis blog, penulisan mereka itu disanggah oleh kebanyakkan orang yang tidak setuju dengan pandangan yang mereka lontarkan. Justeru itu, mereka akan dikecam, dihina, ditekan, dimaki, dicarut dan pelbagai lagi tekanan serta cabaran yang perlu diambil oleh blogger seperti mereka (tidak terkecuali saya).

Inilah asam garam dan pahit maung yang perlu dihadapi oleh blogger seperti kami ini. Bukan semua orang akan bersetuju dengan penulisan kami lebih lebih lagi orang yang terlalu taksub (kepada parti dan pemimpin tertentu) dan sukar menerima kebenaran. Apabila mereka tidak bersetuju, mereka bukan sahaja menyanggah tulisan kami tetapi juga memberi tekanan kepada kami. Tidak mustahil penulis blog seperti kami ini diugut bunuh, dipukul, diancam, dikejar oleh polis, ditahan di bawah akta tertentu dan pelbagai lagi tekanan yang perlu kami terima.

Oleh kerana tidak tahan dengan tekanan tersebut, ada diantara blogger seperti kami ini yang berhenti untuk menulis blog. Mereka tidak sanggup lagi untuk menulis kerana tidak tahan dengan segala cabaran itu. Mungkin juga ada diantara mereka yang selama ini gemar menulis isu panas dan kontroversi telah bertukar kepada menulis isu yang lebih santai dan ‘lembut’.

Walaubagaimanapun, terpulanglah kepada diri masing masing dalam hal ini. Pada saya, dalam menulis ini kita perlu jadi diri kita sendiri. Jika kita selesa untuk menulis tentang isu politik atau isu panas (yang tidak ada kena mengena dengan politik pun) adalah lebih baik kita meneruskan kecenderungan kita itu. Kita tidak boleh jadi orang lain kerana perwatakkan seseorang dengan seseorang yang lain adalah berbeza sama sekali.

Setakat hari ini saya tidaklah menghadapi cabaran yang teruk. Paling teruk yang pernah yang kena adalah orang membidas tulisan saya dalam ruangan komen dan orang mengajak saya berhujah untuk menyanggah pendapat saya. Cabaran yang saya hadapi tidaklah seteruk mana jika hendak dibandingkan dengan blogger Suria Lekat Lekit dan ramai lagi blogger yang lain. 

Ingatlah, dalam dunia ini lebih ramai orang yang benci diri kita berbanding dengan orang yang suka akan kita. Kita sebenarnya punya ramai musuh daripada kawan walaupun kita sebaik malaikat! Pendek kata, apa sahaja yang kita lakukan tidak kena pada pandangan mereka. Apa sahaja pendapat kita mahu disanggah oleh mereka kerana rasa benci mereka terhadap kita.

Kesimpulannya, kita perlu kembali semula kepada tujuan kita menulis blog. Adakah kita menulis kerana suka suka, mengisi masa lapang, menjadi hobi, mengikut kawan atau saudara, mahu mencari wang atau mahu melontarkan pendapat? Terpulanglah apa tujuan kita menulis blog tetapi pastikan tujuan menjadi blogger itu membawa kebaikkan kepada orang lain. 


9 ulasan:

  1. apa yang kita buat, walau kita tak buat apa2.. takkan mampu buat semua orang suka jadi buat apa yang kita suka. setakat ni ugutan.. saman je la paling kelakar pernah kena ugut. yang lain2 takat kena kutuk, kena hina.. takde sampai rasa nak tutup blog. kalau yang datang kutuk tu setakat menyorok belakang nama Anonymous.. takde maknanya nak tacing sampai rasa give up dengan blog. Anonymous ni jenis penakut so buat apa nak takut dengan dorang

    BalasPadam
  2. Moga kita tak tertekan sampai kena berhenti menulis ^^

    BalasPadam
  3. yup,be yourself.kalau selesa dengan penulisan sekarang,teruskan.tak perlu amik port sangat apa yang orang lain nak kata.macam akak,akak tulis jer apa yang akak rasa nak kongsi.kadang luahan perasaan.kalau orang yang terbabit terbaca,nasib dia la kan.hehe..

    BalasPadam
  4. Banyak kajian yang Ajik buat mengenai para blogger.
    Kalau saya, mmg x mampu..

    BalasPadam
  5. Saya pun dah rasa nak berenti.
    Actually saya suka tulis pasal medical.
    Tapi, everytime nak tulis xde masa...sampai beberapa topic lupa mcm tu saja...:(

    BalasPadam
  6. Kalau takut dilanda badai jangan berumah ditepi pantai..:)

    BalasPadam
  7. menulis ni kena ada minat . bila dah minat , badai gelombang besar mcm mana pun , ok je ...

    BalasPadam
  8. entry yang sgt bagus..menulis la untuk kebaikan..insyallah dipermudahkan

    BalasPadam
  9. kalau nk ikutkan kemahuan semua org...mmg xpernah ckup....bir la kita hidup dengan prinsip kita....terpulang pada org lain sama ada boleh menerima atau x

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.