Sumber : Google |
Mahasiswa atau golongan muda adalah
penentu kepada masa depan negara. Madah pujangga : jika mahu melihat masa depan
sesebuah negara, lihat kepada anak mudanya. Jika anak mudanya baik, maka
baiklah negara itu. Jika anak mudanya rosak, maka rosaklah negara itu. Dari
situ kita boleh melihat akan kepentingan anak muda atau mahasiswa ini pada masa
akan datang dalam sesebuah negara.
Namun begitu, sejak akhir akhir ini
anak anak mudah kita mudah terpengaruh dengan aliran pemikiran songsang seperti
pluralisme, liberalisme, LGBT, sosialisme, komunisme dan sebagainya. Mereka
seolah olah tidak kisah apa yang akan berlaku kepada diri mereka dan negara
mereka apabila pemikiran mereka sudah ‘dirasuki’ oleh aliran pemikiran sesat
dan songsang ini.
Bukan itu sahaja, mereka juga tega
untuk menggadaikan agama dan bangsa mereka kerana mereka mentafsirkan agama dan
bangsa itu mengikut logik akal semata mata. Inilah akibatnya apabila aliran
pemikiran songsang sudah menguasai minda anak muda kita. Semakin lama, anak
muda kita semakin jauh dari Islam. Bukan hanya Islam, begitu juga dengan
Melayu.
Oleh sebab itu, kita banyak melihat
anak anak muda kita menjadi rosak hari demi hari. Pelbagai perkara pelik yang
telah mereka lakukan. Pelbagai gejala sosial semakin membarah dalam negara kita
pada masa kini. Tidak ketinggalan mereka sanggup menyokong pemimpin pemimpin
yang jelas menentang Islam kerana pemikiran mereka sudah taksub dengan pemimpin
tersebut dan pemikiran mereka juga sudah dikuasai oleh aliran pemikiran
songsang itu tadi.
Perkara ini semua terjadi kerana
ceteknya pengetahuan agama anak muda kita. Mereka hanya belajar agama setakat
darjah enam sahaja selebihnya secara tidak mendalam di sekolah menengah.
Apabila tamat sekolah menengah, mereka tidak lagi mempelajari tentang Islam
secara mendalam. Jika belajar pun hanya di universiti dan itu pun tanpa memberi
penekanan yang lebih dan sekadar mahu lulus dalam peperiksaan sahaja. Hanya
pelajar yang mengambil jurusan dalam bidang keagamaan sahaja yang mempelajari
Islam secara berterusan dan mendalam.
Mahasiswa atau anak muda sekarang
juga malas membaca buku. Mereka hanya membaca bahan bahan dari internet sahaja
yang belum tentu kesahihannya. Mahu membuka buku tentang falsafah Islam, budaya
Islam, pemikiran Islam memang tidak ada dalam kamus hidup segelintir dari anak
muda kita. Mereka hanya bergantung kepada internet sahaja untuk mendapatkan
maklumat. Jika membaca buku pun, sekadar buku teks universiti, buku nota yang
diberi oleh pensyarah, majalah hiburan dan novel novel picisan yang berlambak
di pasaran sana.
Selain itu, kebanyakkan anak muda
kita sudah tidak punya rasa cinta yang mendalam terhadap Islam, Melayu dan
Malaysia. Oleh kerana perasaan cinta itu sudah tidak wujud lagi dalam sanubari
mereka, maka mereka sudah tidak kisah lagi apa yang akan berlaku terhadap
ketiga tiga perkara itu. Apa yang penting bagi mereka adalah nafsu dan cita
cita mereka tercapai tanpa mengira apa yang bakal berlaku kepada agama, bangsa
dan tanah air mereka.
Seterusnya, didikan ibu bapa yang
salah juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Kebanyakkan ibu bapa terlalu memberi
penekanan terhadap ilmu dunia tetapi tidak ilmu akhirat. Jika diberi pun,
sekadar untuk mencukupkan syarat sahaja. Oleh sebab itulah, ramai anak muda
kita sudah jauh daripada Islam sedikit demi sedikit dan tidak mustahil akan
meninggalkannya terus suatu hari nanti jika masalah ini tidak di atasi dengan
segera.
Kerajaan juga tidak menerapkan nilai
nilai Islam dan pentadbiran dan dalam kehidupan anak anak muda kita. Ingatlah,
apa yang dilakukan oleh pemimpin pasti akan menjadi ikutan kepada rakyat jelata.
Memandangkan kerajaan kita pun sekadar sambil lewa dalam memperkasakan
kepentingan Islam, maka tidaklah hairan jika anak anak mudanya pun semakin jauh
daripada Islam dan mereka mudah terpengaruh dengan aliran pemikiran songsang
itu.
Selanjutnya, lambakan program hiburan
di televisyen telah melalaikan mahasiswa dan anak muda kita. Mereka lebih suka
menonton rancangan berbentuk nyanyian, lakonan dan tarian berbanding menonton
rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang membicarakan tentang hal ehwal kehidupan
orang Islam di negara ini.
Akhir kata, pelbagai faktor yang menyumbang
kepada masalah pemikiran sesat campur songsang ini. Oleh itu, langkah perubahan
perlu kita lakukan demi untuk menyelamatkan anak anak muda kita yang semakin
jauh terpesong itu. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah. Satu tindakan
susulan yang konkrit perlu diambil secepat mungkin bagi membendung masalah ini.
Moga semua pihak bekerjasama menyelamatkan pewaris negara...
BalasPadamSalam.. Singgah & follow sini. Come to my site.. http://sayeshukepink.blogspot.com/
BalasPadamdarah muda yang bergelora..akhirnya di perguna
BalasPadambila sebut mahasiswa ni , pada CM mrk lebih kepada pengaruh sekeliling bercampur dengan jiwa muda yang penuh semangat bekobar2 dan mudah terpengaruh dan dipengaruhi ...
BalasPadamdiorang ingat diorang bijak, tapi dia lupa, klu dia bijak, ada lagi yang lebih bijak menggunakan kebijaksaan dan kelebihan orang lain. Benda ni kalau nak cerita, panjang sangat... sangat-sangat panjang
BalasPadamBegitulah besarnya dugaan dan godaan di zaman ini hatta yang sudah mampu berfikir matang juga adakalanya tewas..
BalasPadamkadang tabiat malas mencari kebenaran tu yg menjadi punca mudah terikut dengan ajaran2 yang kdg xmasuk dek akal...mgkin mencari populariti tanpa memikirkan akidah...terlalu taksub dgn dunia kan...semoga mereka diberi hidayah
BalasPadam