Sumber : Google |
Ramai sudah rakan rakan saya
mengetahui yang saya adalah seorang penulis blog. Tidak kurang juga yang
membaca tulisan tulisan saya di dalam blog ini. Memandangkan saya acapkali
menulis isu yang gempar dan sensitif – politik - berlakulah perbezaan pendapat
dalam kalangan kami. Kebanyakkan rakan rakan saya adalah penyokong Pakatan
Rakyat. Dan sudah pastilah mereka prejudis terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
Mereka beranggapan saya adalah
penyokong UMNO tulen walhal hakikatnya tidaklah begitu. Insha Allah…saya akan
terus menjadi penulis blog yang non-partisan sampai bila bila. Saya
tidak mahu terperangkap dalam mana mana fahaman politik dalam menulis. Saya
mahukan kebebasan untuk menulis dan menyatakan pandangan saya tanpa terkongkong
dalam mana mana ideologi politik kepartian.
Sebagai seorang yang mengambil jalan non-partisan
dalam politik, sudah pastilah saya akan mengkritik mana mana ahli atau parti
politik dalam mana mana tulisan saya di blog ini. Saya menulis berdasarkan
fakta dan hujah yang diambil daripada sumber yang boleh dipercayai sahaja
seperti buku, akhbar dan blog blog (yang boleh dipercayai). Saya juga hanya
akan menulis apa yang saya tahu sahaja. Apa yang saya tidak tahu saya tidak
akan tulis.
Apabila saya mengkritik parti politik
atau pemimpin parti politik, sudah pastilah ada dalam kalangan rakan rakan saya
yang tidak bersetuju dengan apa yang saya tulis. Ya, sudah pastilah mereka akan
menyanggah tulisan saya kerana dia punya pendapat yang berbeza dengan saya.
Sebagai penulis blog, saya memang meraikan perbezaan pendapat itu. Pada saya,
dia punya pendapat dia sendiri dan saya punya pendapat saya sendiri.
Saya tidak punya masalah untuk
menerima pendapat dia walaupun saya tidak bersetuju. Pada saya, wajarlah kita
menerima pendapat orang lain kerana kita ini pun bukannya pandai semua. Mungkin
ada perkara yang dia tahu tetapi saya tidak tahu atau mungkin juga ada perkara
yang saya tahu tetapi dia tidak tahu. Ilmu kita ini sebenarnya hanya setitis
daripada ilmu Allah. Jadi wajarlah kita berkongsi bersama sama.
Apa yang tidak enak adalah dia sukar
untuk menerima pendapat saya. Dia merasakan semua pendapat yang saya kemukakan
adalah salah semata mata. Dia merasakan semua pendapatnya adalah betul belaka atas alasan dia lebih banyak membaca daripada saya, dia lebih banyak membuat
kajian daripada saya, dia punya SPM lebih banyak ‘A’ daripada saya, dia berada
dalam kuliah yang terdiri daripada pelajar pelajar yang pandai semua dan dia
bersekolah di sebuah sekolah yang berprestasi tinggi dan ternama.
Saya bukanlah seorang yang petah
berhujah seperti seorang peguam. Oleh itu, tidak banyak yang boleh saya bidas
hujah hujahnya. Jadi saya mengendurkan sedikit pendirian saya dan cuba terima
pendapat dia dengan hati dan pemikiran terbuka. Walaubagaimanapun, perkara itu
tidak terjadi pada dirinya. Dia sukar menerima pendapat saya. Dia langsung
tidak mahu bertolak ansur dan cuba menerima pendapat saya atas alasan dia lebih
pandai daripada saya.
Bukan hanya isu politik, isu isu lain
pun dia bersikap begitu dengan saya. Sampai satu tahap saya sudah tidak mahu
lagi berbincang apa apa dengan dia kerana sikapnya itu. Saya tidak cuba
menjarakkan diri daripadanya tetapi saya cuba untuk tidak menimbulkan sebarang isu
yang boleh menyebabkan kami berbeza pendapat dan berbalah antara satu sama
lain.
Berbeza pendapat adalah perlu sebenarnya
kerana itulah yang mencipta kepelbagaian. Kepelbagaian itulah yang menghasilkan
ilmu pengetahuan yang lebih besar dan luas. Dengan kepelbagaian, kita dapat
belajar dan meneroka ilmu ilmu baru dalam dunia ini. Bagaimana jika semua
manusia senada, sekepala, dan sependapat? Sudah pastilah tidak ada ilmu baru
yang mampu diterokai.
Sebagai contoh dalam kita menanak
nasi. Cuba bayangkan jika semua orang menanak nasi dengan menggunakan buluh
seperti orang Asli. Sudah pastilah nasi menjadi lambat dimasak. Oleh kerana
wujud perbezaan pendapat, maka orang mencari jalan bagaiman untuk menanak nasi
dengan lebih cepat. Maka terciptalah rice cooker seperti yang kita lihat
pada hari ini. Rice cooker adalah hasil perbezaan pendapat antara orang
yang menanak nasi menggunakan buluh yang lambat dimasak dengan orang yang mahu
menanak nasi dengan lebih cepat dimasak.
Imam Shafie pernah berkata : “pandangan
ku betul, tetapi aku tidak menolak kemungkinan pandangan orang lain pun betul
juga”. Cuba kita contohi ulamak ulamak muktabar kita dahulu. Oleh kerana
perbezaan pendapat, Imam Shafie mencipta mazhab baru yang berlainan sekali
dengan mazhab Imam Malik (Mazhab Maliki). Begitu juga dengan Imam Ahmad ibnu
Hanbal. Dia juga berbeza pendapat dengan Imam Shafie (gurunya) dan mencipta
mazhab baru pula iaitu Mazhab Hambali. Ironinya, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam
Malik tidak pernah bermusuhan. Mereka menerima perbezaan pendapat itu dengan
hati dan tangan terbuka.
Kesimpulannya, marilah kita meraikan
perbezaan pendapat diantara kita. Jangan sesekali menutup pintu perbezaan itu
kelak kita akan menjadi jumud sejumud jumudnya. Perbezaan pendapat itu perlu
diuruskan dengan baik supaya ia tidak mencetuskan perbalahan dan persengketaan.
Perbezaan pendapat itu perlu untuk mencipta kepelbagaian diantara kita supaya kita boleh saling mengenali dan pelbagai ilmu baru dapat dicipta hasil daripada kepelbagaian itu.
Tulaa..patutny kita saling mghormati pendapat org lain..tp xhairan ada org sggup buang kawan sbb xsependapat...ceteknye pemikran org cenggini...bersikap dominan....
BalasPadamBetul tu.
PadamKalau saya malas nak bertekak..biarkan nanti lama2 dia faham...
BalasPadamPatut la Zumal baca Haziq tak pro ke arah mana2 parti...
BalasPadamAkak rasa blog MNH ni tak lebih kepada mana-mana parti pun.equal je.kenapalah ada yang cakap gitu?perbezaan pendapat ni penting.sebab dari situ boleh dapatkan penyelesaian.
BalasPadamSaya pun rasa Ajik 'di tengah-tengah'...
BalasPadamSelalu memberi pendapat secara adil, tanpa melebihkan mana-mana kumpulan/ parti.