Sumber : Google |
Semalam, semasa saya melakukan blogwalking,
saya terbaca tentang satu entri blog yang sangat menarik iaitu berkenaan dengan
isu kalimah Allah. Penulis blog itu mengatakan bahawa kita tidak mungkin dapat
mengekang atau menghalang selama lamanya penggunaan kalimah Allah dalam kitab
Bible Bahasa Melayu kerana kemajuan internet pada hari ini.
Menurut penulis blog itu, kalimah
Allah memang tidak boleh digunakan di dalam kitab Bible Bahasa Melayu versi
cetakan tetapi tidak mustahil untuk kalimah tauhid itu digunakan dalam kitab
Bible Bahasa Melayu versi atas talian (online) gara gara kemajuan
internet pada masa kini. Sudah pastilah anak anak muda Melayu/Islam yang akan
menerima bahananya kerana golongan inilah yang kerap melayari internet.
Pada saya, memang kerajaan dan umat
Islam bisa menghalang penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu versi
cetakan tetapi tidak dalam versi atas talian (online) tetapi sekurang
kurangnya kerajaan dan umat Islam tetap mempertahankan kesucian kalimah itu dan
tetap mempertahankan akidah generasi akan datang walaupun tidak secara
keseluruhannya.
Memang sukar untuk kita menghalang
kemajuan internet pada masa kini. Pelbagai maklumat sama ada yang baik mahupun
yang tidak baik terkandung dalam internet tetapi sebagai orang Islam, kita
perlu mempertahankan kalimah suci itu dengan segala daya upaya yang ada. Kita
tidak boleh menyerah dan mengalah begitu sahaja sambil memerhatikan kalimah
Allah itu ‘dilacurkan’ di dalam Bible Bahasa Melayu itu.
Allah telah memberi kita akal dan
tenaga untuk berusaha bagi mempertahankan kesucian agamanya. Oleh itu, sebagai
orang Islam kita perlu menggunakan pemberian Allah itu dengan sebaik mungkin
untuk mempertahankan agama Allah daripada diperlecehkan begitu sahaja oleh puak
puak chauvinis ini.
Walaupun kita tidak mampu menghalang
semua sekali, sekurang kurangnya sedikit pun perlu juga. Kita tidak boleh
menjadi ‘syaitan bisu’ melihat kesucian nama Allah dan agama Islam diganggu
gugat begitu sahaja oleh mana mana pihak sekalipun. Jika kita membiarkannya,
nescaya berdosa besarlah kita. Tunggulah azab dari Allah Yang Maha Esa.
Kita perlu menggunakan segala
kenikmatan yang telah Allah berikan kepada kita untuk mempertahankan agamanya.
Jika kita tidak menggunakannya, alamat sia sialah pemberian Allah itu kepada
kita. Tidak mustahil Allah akan menarik semula segala kenikmatan itu kerana kealpaan kita dalam mempertahankan
agama Islam yang suci ini.
Kesimpulannya, sama ada kita dapat
mengekang semua atau tidak penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu
itu bukan menjadi soal. Apa yang penting adalah kita perlu berusaha sedaya
upaya kita untuk mempertahankan kalimah Allah itu agar tidak dirosakkan oleh
mana mana pihak sekaligus menjaga kesucian Islam agar tidak dicemari oleh
sesiapa pun.
Moga anak-anak muda Islam ini teguh pegangan agama dan tahu apa yang benar apa yang tak benar...
BalasPadamIsu ini bukan satu masalah sbnrnya. SP ramai rakan bukan Islam sejak lahir malah dikalangan keluarga sendiri pun ada yg beragama kristian. Tak pernah pula rasa terpesong atau diajak kearah yg bertentangan. Cuma, bagi mereka yg tinggal disemenanjung, suasana begini rasanya cukup asing dan tidak menyelesakan.
BalasPadamsalam . betul , jangan jadi syaitan bisu
BalasPadamsekurang kurangnya ada usaha menyekat.. Untuk menghalang 100% memang susah.. cukup sekadar apa yang boleh di sekat penggunaannya, kerajaan main peranan untuk menghalang
BalasPadamhmmm...kami yang hidup di Sarawak...dari kecik mmg dah jupe benda2 cenggini..tapi akidah masih tetap kukuh...yang penting amal ibadat kita...
BalasPadam