Ahad, 15 Mac 2015

UMAT ISLAM TERUS TERTIPU DAN DITIPU

Sumber : Google

Sebagai seorang penulis blog yang beragama Islam, saya berasa sedih melihat sikap umat Islam pada masa kini. Ini kerana umat Islam sekarang mudah ditipu dan tertipu. Mereka mudah percaya apa yang mereka lihat atau dengar dan tidak cuba untuk memahami hakikat sebenar disebalik apa yang mereka lihat atau dengar itu. Sikap beginilah yang menyebabkan umat Islam menjadi mundur atau lebih parah lagi agama Islam semakin terancam. 

Akibat malas membaca dan mengkaji, serta menjauhkan diri daripada pelbagai disiplin ilmu, menyebabkan umat Islam semakin jauh daripada Islam. Tidak hairanlah mengapa pemikiran umat Islam sekarang mudah dikuasai oleh aliran pemikiran sesat campur songsang. Orang kafir yang cuba menghina agama secara terang terangan pun mereka masih tidak nampak. Mereka hanya nampak kebaikkan daripada tindakan orang kafir itu. Mereka cuba bersangka baik dan akibatnya orang kafir tambah suka menghina Islam pada masa akan datang.

Perkara yang tidak sepatutnya orang kafir buat kita biarkan mereka buat atas alasan 'tak apa' ataupun 'diaorang tu jahil'. Akibatnya, orang orang kafir ini sengaja 'menjahilkan' diri mereka untuk terus menghina Islam pada masa hadapan.


Antara contoh yang saya boleh berikan di sini adalah apabila ada artis Korea yang memakai tulisan jawi di topinya semasa membuat persembahan di Malaysia tidak lama dahulu. Ada juga orang Cina bukan Islam yang memberi ceramah dan membaca ayat ayat suci Al Quran di dalam masjid untuk satu kempen politik. Tidak kurang juga ada sesetengah chauvinis yang menghina hukum Hudud secara terang terangan di dalam media sosial namun kita masih lagi bersangka baik dengan mereka. Kita tertipu dengan sikap mereka terhadap Islam. Kita menganggap mereka jahil dan kita membiarkan sahaja apa yang telah mereka lakukan.

Lebih parah lagi apabila kita mengecam orang Islam yang menentang perlakuan orang orang kafir ini. Kita menganggp orang Islam yang menentang perlakuan orang kafir itu sebagai kolot, berfikiran sempit, jumud dan bodoh! Namun kita lupa, orang Islam yang menentang perlakuan orang kafir inilah seribu kali lebih bijak daripada kita kerana mereka telah lama menyedari tentang agenda jahat orang orang kafir ini berbanding dengan kita yang terus ditipu dan tertipu. 

Berkenaan dengan artis Korea yang memakai tulisan Jawi itu di topinya semasa membuat persembahan di Malaysia, mengapa dia mesti memakai tulisan jawi? Mengapa dia tidak guna tulisan Korea atau tulisan Jepun? Mengapa pula dia tidak memakai tulisan Cina, tulisan India, tulisan Yahudi, tulisan Thailand, atau beratus lagi tulisan yang wujud dalam dunia ini? 

Pernahkah kita menyiasat latar belakang artis tersebut? Ya, sudah tentu tidak bukan? Kerana kita malas membaca dan mengkaji. Kita lebih suka membaca perkara perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada diri kita akibatnya kita terus jahil, ditipu dan tertipu. Mereka yang menghina agama kita terus maju dan maju tetapi kita pula sebaliknya yang berlaku. 

Sudah banyak pendedahan yang dibuat bukan sahaja di lama blog tetapi juga di dalam buku buku ilmiah yang ada di pasaran sana yang menerangkan agenda jahat Yahudi melalui dunia hiburan. Mereka memasukkan jarum jarum mereka ke dalam pemikiran masyarakat Islam melalui dunia hiburan supaya umat Islam terus alpa, leka, tertipu dan ditipu oleh mereka. Umat Islam juga akan terus khayal dan menjauhi agama mereka kerana sudah terpesona dengan hiburan melalaikan yang disediakan khas oleh Yahudi buat kita semua.

Cuba anda tonton klip video artis Korea terbabit. Berapa banyak unsur unsur Freemason dan Illuminati (Yahudi) dalam klip video itu. Jika anda tidak menjumpai unsur unsur tersebut nescaya anda adalah orang yang jahil, taksub pada hiburan, mudah ditipu dan terus tertipu. Lebih baik anda beli sekarang buku buku berkenaan agenda Yahudi dalam dunia hiburan di kedai buku berdekatan dan membacanya daripada anda terus khayal dan leka dengan mendengar lagu Korea atau menonton drama drama Korea itu. 

Prinsip Yahudi adalah mudah. Mereka mahu anda terus khayal dan leka dengan hiburan. Apabila anda leka, anda akan jauh daripada agama dan itulah yang mereka mahu. Mereka mahu anda taksub pada artis dan bersangka baik dengan artis. Lebih parah lagi, mereka mahu anda menganggap artis itu umpama tuhan! Anda mungkin tidak sedar hal ini kerana anda telah lama ditipu dan tertipu dengan agenda Yahudi itu.

Oleh sebab itulah, anda tidak mampu untuk melihat dengan mata kasar atas penghinaan yang mereka lakukan terhadap Islam. Ini bukan soal tulisan jawi atau tulisan Arab. Ini adalah berkenaan dengan Islam dan akidah. Mungkin hari ini mereka menggunakan tulisan jawi itu dengan membawa maksud yang baik. Siapa tahu pada masa akan datang mereka menggunakan tulisan jawi itu dengan maksud yang tidak baik atau lebih tepat lagi untuk menghina Islam apabila melihat umat Islam sentiasa bersangka baik dengan mereka?  Ketika itu kita masih juga tidak sedar kerana kita masih bersangka baik, menganggap mereka jahil, kita mengagung agungkan artis, kita tidak ada ilmu, kita tertipu dan  kita terus ditipu! 

Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati mereka dan kita juga tidak tahu apa agenda mereka. Sebagai umat Islam, kita perlu ada rasa curiga dengan orang kafir. Tidak ada orang kafir di dunia ini suka akan Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj yang dilalui oleh Rasulullah telah membuktikannya. Rasulullah sendiri pernah bersabda akan perkara ini tetapi oleh kerana kita ini jahil, mudah bersangka baik, suka tertipu dan ditipu, kita tidak sedar akan hal itu. Inilah yang menyebabkan umat Islam lemah dan agama Islam semakin terancam hari demi hari. 

Kesimpulannya, umat Islam perlu banyak membaca, mengkaji dan memenuhkan dalam dada mereka ilmu pengetahuan yang banyak dan luas agar anda tidak mudah ditipu dan tertipu lagi pada masa akan datang. Jangan pernah bersangka baik dengan orang kafir kerana mereka semua sedang mencari jalan bagaimana untuk menghancurkan Islam. 

11 ulasan:

  1. Kalau orang kafir itu terang-terang menghina Islam, saya pun tak setuju.

    Contoh orang kafir masuk islam ialah Dr. Murice Bucaille, seorang doktor bedah dari Perancis. Ada satu lagi iaitu Dr. Tijtet Tijson, seorang profesor perubatan dari Chiang Mai University, Thailand juga telah masuk Islam selepas membaca dan mengkaji kebenaran Quran.

    Ada banyak lagi orang kafir masuk Islam lepas mengkaji Quran. Macamana cara dorang kaji Quran? Mestilah dimulakan dengan membaca Quran. Kalau orang kafir dihalang membaca Quran, macamana diorang nak kaji kebenaran Quran?

    Wallahua'lam

    BalasPadam
  2. Maafkan saya, ada sesetengah entri anda saya setuju, tapi ada juga yang saya agak kurang bersetuju.

    1. Dari gaya anda, anda seolah-olah mengatakan bahawa SEMUA orang kafir jahat dan cuba untuk menarik kita untuk mengikuti agama mereka. Baiklah, mari saya berikan dua situasi. Seorang Islam yang taat, dan seorang lagi (isi tempat kosong) yang taat. Kita sebagai orang Islam mestilah ada semangat cintakan Islam, dan semestinya mereka juga ada. Maka logiklah sekiranya kita ada rasa mahu tarik kengkawan yang bukan Islam masuk Islam, sebagaimana itu jugalah mereka ada rasa mahu tarik kita yang Islam ini mengikut agama mereka. Namun apa yang penting ialah kena perkuatkan akidah.

    2.Saya setuju sekiranya kita berhati-hati, tapi itu tidak bermaksud kita kena memulaukan mereka secara total.

    3.Anda seolah-olah menganggap orang Islam memuja orang kafir secara membabi buta. Walaupun bagi saya dari segi ajaran akhlak Islam sudah sempurna, namun tidak salah sekiranya kita mengambil contoh yang baik dari orang agama lain. Secara amnya, kalau orang putih, ikutilah budaya mereka yang menepati waktu. Jangan ikut budaya minum arak dan seks bebas mereka. Kalau orang Korea, mereka bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu. Jangan ikut budaya yang suka mengubah ciptaan Tuhan iaitu pembedahan plastic. Kalau orang Cina, secara amnya mereka bangsa yang rajin. Tapi jangan ikut budaya yang secara amnya suka dapatkan duit dengan cara yang kotor. Orang Islam juga begitu, ada yang baik dan ada yang buruk perangainya.. Kesimpulannya, yang buruk kita buang, yang jernih kita ambil.

    4. Saya memang dengar lagu Korea dan tengok drama Korea, tapi saya tahu masih ada limit dalam segalanya. Jujurnya, bagi saya tak salah tengok drama korea atau lagu korea, tapi jangan sampai lupa Tuhan. Sebab itu dulu saya delete semua drama Korea. Tapi kalau pandai kawal diri dari terpengaruh, it's alright.

    BalasPadam
  3. Orang kita mudah lalai dalam hidup terlalu menginginkan kemodenan...

    BalasPadam
  4. Banyak perkara benar dlm entri ni. Orang kita kbyknnya lalai kerana hiburan.

    Tapi saya kurang paham kenapa penggunaan bahasa jawi tu menjadi masalah. first of all, itu bahasa arab, bukan jawi. Dan bagi sy bahasa arab ke jawi ke, takde masalah pon untuk orang bkn islam belajar atau guna. Lagipon topi tu cuma kata 'Sun rises' = maksud nama penyanyi serta tajuk lagunya.

    bagi saya tak wujud langsung isu penghinaan bahasa jawi/arab. tak logik nk rasa panas hanya kerana anda pikir mereka boleh menghina islam dgn guna prkataan arab.nah kalau mereka guna tulisan cina pon adakah pd anda itu penghinaan bgi warga cina ?

    BalasPadam
  5. mudah tertip , dituipu dan terpengaruh

    BalasPadam
  6. bahasa jawi bukanlah milik org islam.. bahasa arab pun.. kalau diorang guna bahasa jawi atau arab tapi bukan ayat ayat suci al quran, saya rasa ok je.. lain lah jika mereka menggunakan kalimah suci Allah atau Muhammad, atau mana2 petikan ayat atau surah dari alquran, itu mmg provokasi namanya...

    BalasPadam
  7. akak lupa nak bgitau, yg tertulis kat cap Taeyang tu maknanya Sun Rising, sama dengan maksud nama penyanyi tu sendiri.. Tae Yang dlm bahasa korea yang bermaksud matahari...

    BalasPadam
  8. masa zmn remaja saya x de lagi internet . jadin masalah sosialnya hanya yg biasa2 sahaja . tapi dek kerana dah world wide selaras dgn perkembangan zmn , masalah sosial di kalangan masyarakat dah jadi luar biasa ... didikan ibu bapa dan agama sekadar jadi satu keperluan sahaja tapi bkn utk panduan hidup ...

    BalasPadam
  9. Orang kita kalau dah suka, sanggup serah segala-galanya hatta termasuk maruah..

    BalasPadam
  10. Lepas tu bila orang tegur, kata nak tunjuk baiklah, nak tunjuk baguslah, padahal kita nak memperbetulkan benda yang salah, bila dia dah terbukti salah, senyap pulak, mintak maaf jauh sekali....

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.