Isnin, 9 Mac 2015

MELAYU MUDAH DIHINA

Sumber : Google

Melayu mudah dihina,
Bukan oleh chauvinis sahaja,
Tetapi oleh anak bangsanya juga,
Perasaan cinta akan bangsa,
Sudah lenyap dalam sanubari mereka.

Apabila mereka sudah berjaya,
Pergi ke menara gading sana,
Apabila mereka sudah berjaya,
Menjawat jawatan tinggi dalam kerjaya,
Mereka terus alpa dan leka,
Akan nasib bangsanya yang terus dihina,
Mereka juga sama,
Mengiakan kata kata tersebut,
Kerana rasa sayang akan bangsanya yang kian luput.


Mereka pun berkata,
Melayu pun pendatang juga,
Bukan hanya chauvinis sahaja,
Tanah ini milik bersama,
Mereka juga berkata,
Lupakan sahaja menjadi Melayu,
Kerana Melayu sudah pun layu.

Mereka benci menjadi Melayu,
Tetapi suka menjadi Malaysia,
Akibatnya Melayu terus disitu,
Dihina dengan sewenang wenangnya.

Apa akan jadi padamu wahai Melayu,
Jika anak bangsamu terus begitu. 

  

9 ulasan:

  1. ada pula yang kuat semangat Melayu akan di cop perkauman

    BalasPadam
  2. yap.

    sebab itu kena lebih usaha agar tidak lagi kena hina

    BalasPadam
  3. hmmm.. kena balance la. hehe. perlu bangga tp jgn over sampai menghina2

    BalasPadam
  4. Adakah kerana nama bangsa kita me-layu?

    BalasPadam
  5. kadang org melayu sndiri pon menghina bangsa sendiri tanpa sedar

    BalasPadam
  6. melayu ohh melayu . sesama bangsa pon selalu mengutuk

    BalasPadam
  7. sebb tu lah DR M cakap melayu mudah lupa dulu....

    BalasPadam
  8. Betul tu MNH memang kebykan begitu la..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.