Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor |
Melihat kepada keadaan yang melanda
Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada waktu ini seakan memberi satu persoalan baru,
siapakah yang akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas ini? Adakah Tan Sri
Khalid Ibrahim selaku pemegang jawatan itu mampu untuk mempertahankan jawatan tersebut? Adakah seteru politiknya, Azmin Ali akan mengambil alih jawatan itu? Atau
adakah Presiden PKR sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail akan duduk di
kerusi panas itu? Atau adakah seorang wakil dari PAS akan dilantik untuk
menduduki jawatan itu?
Semua persoalan itu kerap menghantui
rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Penganalisis
penganalisis politik terus mengeluarkan pendapat dan hujah masing masing untuk
menyatakan siapakah yang akan menerajui negeri Selangor itu? Sebuah negeri yang
terkaya memandangkan berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur .
Mengapa persoalan ini tiba tiba muncul?
Semua persoalan ini muncul kerana pemilihan yang berlaku dalam PKR itu sendiri.
PKR yang selama ini melaungkan demokrasi dan mengatakan kerajaan UMNO/BN tidak
telus dalam pilihan raya ternyata parti itu sendiri yang menepuk air ke dulang
terkena muka sendiri. Mereka selalu mengatakan ada penipuan dalam pilihan raya
tetapi bagaimana pula penipuan yang terjadi dalam parti mereka?
Bagaimana mereka mahu mentadbir negara Malaysia
dengan baik sedangkan pari sendiri pun semakin lama semakin mahu runtuh
jadinya? Kalau sebuah parti sebesar PKR itu pun sudah huru hara dan kacau
bilau, bagaimana pula jika mereka mentadbir sebuah negara sebesar Malaysia ?
Bagaimana rakyat mahu memberi kepercayaan kepada mereka untuk mentadbir negara
ini? Tepuk dada dan tanya iman.
Semua masalah ini terjadi hanya kerana
satu perkara. Kegilaan pemimpin pemimpin parti itu untuk menjadi Menteri Besar
Selangor. Oleh itu, dua calon yang sering berkelahi untuk merebut jawatan itu
adalah Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. Azmin merasakan dia lebih layak untuk
menyandang jawatan itu sementelahan dia adalah Pengerusi PKR Selangor manakala
Khalid terus mendapat sokongan dari rakyat dan PAS untuk menduduki jawatan itu.
Oleh itu, kedua dua ‘orang kuat’ Anwar
Ibrahim ini cuba
mencari peluang bagaimana untuk mendapat jawatan MB Selangor itu. Seorang mahu
merampas jawatan itu dan seorang lagi mahu mempertahankan jawatan tersebut.
Jadi, cara terbaik untuk mereka membuktikan siapa yang lebih layak adalah
dengan cara merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
Sekarang PKR telah terbahagi kepada tiga
kumpulan. Satu kumpulan berpihak kepada Azmin Ali yang ingin mempertahankan
jawatan itu. Dua lagi kumpulan adalah kumpulan Khalid Ibrahim dan kumpulan Saifuddin Nasution Ismail yang
‘mengintai’ peluang untuk merebut jawatan itu.
Jawatan Timbalan Presiden PKR itu besar
ertinya kepada Khalid dan Azmin kerana jika salah seorang daripada mereka menang,
sudah tentu jawatan Menteri Besar Selangor itu akan menjadi milik salah seorang
dari mereka. Oleh itu, masing masing perlu bergolok bergadai untuk mendapatkan
jawatan itu walau apa cara sekalipun!
Saya tidak tahu apa agenda Saifuddin
mahu merebut jawatan itu namun apa yang pasti Anwar juga mahukan isterinya yang
juga Presiden PKR mengambil alih jawatan MB itu yang sebelum ini begitu
diminati oleh Anwar. PRK Kajang yang berlaku tidak lama dahulu merupakan satu
agenda Anwar untuk menduduki kerusi MB Selangor itu namun terhalang akibat
beliau mahu dipenjarakan atas kes liwatnya bersama Saiful Bukhari Azlan.
Memandangkan dia tidak mampu
bertanding, dia memerlukan orang yang paling dia percaya untuk bertanding di
situ dan ternyata Wan Azizah berjaya mengekalkan kerusi itu dengan menewaskan
Datin Paduka Chew Mei Fun. Dia berharap Wan Azizah akan dapat menduduki MB
Selangor itu untuk menggantikan Khalid. Mengapa dia mahu menggantikan Wan
Azizah dengan Khalid, itu tidaklah saya ketahui. Saya tidak mahu menyebarkan
fitnah dalam blog saya ini.
Cakap cakap politik mengatakan Khalid
gagal mematuhi arahan Anwar. Apa yang Anwar mahu Khalid buat, Khalid langsung
tidak mengendahkannya. Sebagai contoh, perjanjian MoU berkenaan dengan air
antara kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat yang telah dimetrai tidak lama
dahulu. Oleh sebab itulah, Anwar dikatakan tidak suka kepada Khalid. Tambahan
pula, Khalid mentadbir negeri Selangor bukan sebagai ahli politik sebaliknya
sebagai seorang tokoh korporat. Negeri Selangor ditadbir seperti sebuah
syarikat. Khalid tidak banyak berpolitik sebaliknya lebih banyak berkhidmat
untuk meringankan beban rakyat. Inilah antara cakap cakap politik mengapa Anwar
tidak suka akan Khalid dan mahu menjadi MB Selangor namun tidak berjaya.
Khalid terus didesak agar meletak
jawatan sebagai MB dan serahkannya kepada Wan Azizah atau Azmin Ali namun dia
terus berdegil untuk tidak mahu meletak jawatan itu walaupun dia kalah dalam
perebutan jawatan Timbalan Presiden. Sukar sebenarnya untuk membuat ramalan
apakah nasib Khalid selepas ini. Adakah benar beliau akan terus menduduki
kerusi MB Selangor itu? Semuanya akan terjawab selepas pemilihan PKR selesai
diadakan.
Walaupun desakan dari dalam PKR sendiri
agar Khalid meletak jawatan namun Khalid terus mendapat sokongan dari luar PKR.
Rakyat Selangor dan orang ramai masih lagi menyokongnya kerana mereka
bersimpati terhadapnya. Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk Khalid
mempertahankan jawatan itu. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk beliau meletak
jawatan sama ada baik atau buruk.
Kedudukan Khalid sekarang umpama telur
di hujung tanduk. Bila bila masa sahaja boleh jatuh. Oleh itu, Khalid perlu
membuat persediaan yang rapi untuk terus mempertahankan jawatan MB itu atau dia
juga boleh membuat persediaan yang rapi untuk disingkirkan pada bila bila masa! Ini kerana jika DUN Selangor bersatu untuk membuat undi tidak percaya kepada Khalid, nescaya Khalid perlu meletak jawatan juga.
PAS juga dikatakan (saya tidak tahu betul atau tidak) cuba mengintai peluang untuk merebut jawatan itu kerana mereka mempunyai bilangan kerusi DUN lebih sedikit berbanding PKR iaitu PAS : 15 dan PKR :14. Setakat mana benar akan akan cakap cakap politik ini tidak pula saya ketahui.
Justeru itu, persoalannya sekarang adalah kepada siapa Selangor hendak diserahkan? PAS? Khalid Azmin? Wan Azizah? atau Anwar Ibrahim!
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.