Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel |
Amerika seperti biasa sudah pasti akan
menyembah sokongan mereka kepada Israel sementelahan negara mereka
sendiri dikuasai oleh bangsa laknat itu. Amerika sebagai sebuah kuasa besar
dunia sepatutnya menggunakan kuasa veto mereka untuk menghalang Israel dari
terus menyerang rakyat Palestin yang tidak berdosa itu sebaliknya mereka turut
terlibat sama dalam menghancurkan tanah suci umat Islam itu. Apabila mendapat
‘lampu hijau’ dari Amerika, menyebabkan Israel tanpa gentar dan takut terus
melakukan kemusnahan.
Apabila ada negara Islam lain yang cuba berbuat onar, Amerikalah negara pertama
yang akan campur tangan tetapi apabila Israel bermaharajalela, Amerikalah
negara paling pengecut dan bacul dalam dunia! Mereka hanya membutakan mata dan
memekakkan telinga. Mereka langsung tidak mengambil apa apa tindakan. Jika ada
pun, hanyalah perjanjian damai yang berterusan.
Negara negara Islam seperti Arab Saudi,
Jordan, UAE dan banyak lagi negara Arab yang mewah dan berada di sekeliling
Israel hanya berpeluk tubuh sahaja melihat kemusnahan negara Palestin itu.
Mereka langsung tidak berbuat apa apa untuk membantu orang yang sebangsa malah
seagama dengan mereka yang teraniaya. Ini kerana mereka adalah sekutu kuat
kepada Amerika. Mereka khuatir jika mereka bertindak, maka musnahlah segala
kekayaan dan kemewahan yang mereka kecapi hari pada ini.
Apakah negara Islam seperti Arab Saudi
terlalu lemah sehinggakan mereka tidak mampu untuk melakukan apa apa? Tidak!
Arab Saudi sebuah negara yang kaya. Pendapatan mereka dari hasil minyak dan
Haji mencecah billion dollar. Tetapi mereka berhati tikus kerana mereka
berkiblatkan Amerika dan menyembah Yahudi. Jika mereka melawan, nescaya tidak
mustahil negara mereka juga akan jadi seperti negara Palestin!
Penyelesaian kepada masalah ini adalah
perpaduan dan penyatuan. Jika semua umat Islam bersatu di bawah payung yang
sama, nescaya Amerika dan Israel
tidak akan berani untuk bertindak di luar batasan manusia. Saya yakin jika
semua umat Islam bersatu, masalah yang melanda Palestin dan seluruh umat Islam
di dunia ini akan dapat diselesaikan. Namun, jika semua umat Islam masih kekal
dengan ego masing masing, sampai kiamatlah masalah ini akan berlarutan.
Saya mencadangkan agar semua negara
Islam bersatu melawan Israel .
Semua negara Islam boleh menggunakan senjata masing masing yang canggih dan
moden itu untuk menghancurkan Israel .
Semua negara Islam dalam OIC juga jangan menjual petroleum kepada dunia
sementelah kebanyakkan negara negara OPEC terdiri daripada negara negara Islam.
Kuasa pengeluar adalah kuasa kita. Saya yakin jika sekatan pengeluaran
petroleum dilakukan, nescaya Israel
dan Amerika pasti akan lumpuh dengan serta merta.
Namun begitu, beranikah semua negara
Islam untuk melaksanakan rancangan saya itu? Saya fikir tidak. Jika banyak
negara negara Islam yang lebih mementingkan tembolok masing masing melebihi
kepentingan agama dan umat, maka rancangan itu tidak akan berjaya dan masalah
yang membelenggu Palestin akan berterusan sampai bila bila.
Apa yang menyedihkan, orang bukan Islam
seperti Christiano Ronaldo yang turut sama berjuang membela rakyat Palestin
atas dasar kemanusiaan walaupun mereka bukan sebangsa dan seagama dengan rakyat
Palestin. Sikap pemain bola sepak popular ini sepatutnya dicontohi oleh seluruh
umat Islam. Malu benar rasanya orang bukan Islam bertindak melebihi orang
Islam. Moga moga Allah memberi hidayah kepada Christiano Ronaldo supaya melihat cahaya kebenaran – Islam.
Walaupun Ronaldo itu terkenal dengan
sifat buaya daratnya dengan mendampingi ramai perempuan, namun atas dasar
kemanusiaan dia sanggup menggadai kasut emasnya untuk membantu rakyat Palestin.
Dia juga menunjukkan protes kepada Israel
dengan tidak memberikan jersinya kepada pemain Israel . Tindakan seperti inilah
yang sepatutnya dicontohi oleh pemimpin pemimpin negara Islam termasuk Malaysia
tetapi sayangnya, sebuah negara Islam seperti Arab Saudi yang mempunyai Mekah
dan Madinah di dalamnya tidak dapat berbuat demikian.
Walaubagaimanapun, kita harus terima
hakikat bahawa ini adalah takdir yang Allah tetapkan. Di akhir zaman nanti,
akan berlaku penyembelihan bangsa Yahudi beramai ramai di tanah Israel
itu. Oleh sebab itu, kita melihat sekian banyak orang Yahudi yang mendiami
tanah itu. Mungkin pada hari ini mereka seronok melihat darah dan air mata umat
Palestin, di suatu hari nanti apa yang mereka buat kepada umat Palestin hari
ini dan datang semula kepada mereka. Sama samalah kita nantikannya.
Bagi umat Islam di Malaysia, saya
menyeru agar kalian sama samalah membantu nasib rakyat Palestin itu. Marilah
kita menghulurkan sumbangan dan doa kepada mereka. Kita tidak ada kudrat untuk membantu mereka dari
segi fizikal namun kita mampu membantu mereka dari segi makanan, pakaian, ubat
ubatan dan doa. Sama samalah kita berdoa agar Allah sentiasa melindungi rakyat
Palestin dari terus dianiaya. Bukankah doa itu senjata orang Mukmin?
Ya Allah, Tuhan semester alam.
Sesungguhnya engkaulah Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.. Bantulah
dan selamatkanlah rakyat Palestin yang dianiaya dengan kejam dari bangsa Yahudi
yang dilaknat oleh Mu. Jauhkan mereka dari segala bancana dan malapetaka. Amin…
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.