Isnin, 23 Januari 2017

MENGAPA PAS SERING DIHINA?


Image result for pas
Sumber : Google


Sudah agak lama juga saya tidak menulis tentang isu politik negara. Isunya banyak dan panas panas pula tetapi kemampuan saya untuk mengulas segala isu yang melanda agak terbatas sebenarnya. Saya bukan sahaja menghadapi kekangan masa malah menghadapi kekangan diri sebahagai mahasiswa juga. Tidak banyak yang saya boleh ulas mengenai semua isu politik yang melanda. 

Saya amat tertarik untuk mengulas tentang politik PAS. PAS sekarang sedang diperhatikan oleh sekalian penganalisis politik yang ada dalam negara. Semua mahu melihat apa yang akan terjadi kepada PAS dalam pilihanraya yang akan diadakan pada bila bila masa. Adakah PAS boleh bertahan sebagai sebuah parti politik Islam dalam negara atau adakah PAS bakal hilang dalam peta politik Malaysia. PAS sekarang dilihat sedang mengamalkan politik bunuh diri. Ia bukan sahaja tidak bersama pakatan pembangkang lagi malah ramai ahlinya yang melompat parti.

Dahulu apa sahaja tuduhan yang dilemparkan kepada PAS, sekalian orang yang sokong pembangkang akan mempertahankannya. Baik isu hudud yang disalahfaham mahupun isu negeri Kelantan yang dikatakan miskin, sekalian orang berusaha untuk mempertahankan PAS. Baik ahli PAS mahupun yang bukan ahli PAS akan berusaha untuk mempertahankan PAS. Semuanya kerana PAS berada dalam pakatan pembangkang dan banyak laba politik yang pembangkang boleh dapat daripada PAS. Tetapi sekarang perkara semacam itu tidak berlaku lagi. Bukan sahaja musuh PAS serang PAS, orang yang dahulunya berada di bawah payung PAS turut sama serang PAS. 

Dahulu semua orang sayang PAS. PAS dipuji dan dipertahankan daripada segenap penjuru. Tetapi apabila PAS memutuskan tahaluf siyasinya dengan pakatan pembangkang, semua itu tidak lagi berlaku. Hudud yang hendak dibawa PAS bukan sahaja dihalang malah Kelantan pun sekarang dicerca selalu. Yang cerca Hudud dan Kelantan itu bukan sahaja musuh PAS, malah orang yang dahulunya berada dalam PAS turut sama cerca PAS. Yang anti Hudud itu lagilah suka cerca PAS. 

PAS dahulunya kurang dicerca kerana dia bersama dalam pakatan politik. Tetapi apabila PAS ambil jalan pecah daripada pakatan politik, bukan sahaja politik gabungan itu pecah, yang lain lain turut sama pecah. Segala aib yang ada dalam PAS mula pecah. Hudud yang baik itu mula pecah apabila diberikan persepsi yang salah. Kelantan yang dipertahankan dahulu turut sama pecah apabila banyak masalah di negeri itu terbuka dan terdedah.   

Boleh dikata semua yang sokong dan pertahan PAS dahulu adalah kerana politik. Apabila pecah politik, PAS bukan sahaja tidak disayangi malah dibenci. PAS mula dilemparkan dengan pelbagai caci dan maki. Yang sokong dan pertahan PAS dahulu tidak ikhlas. Mereka berbuat begitu kerana mahu timbal balas. Apabila tiada lagi timbal balas, mereka pun mula ‘belasah’ PAS. 

Untuk bertahan dalam dunia politik, PAS sekarang hanya bergantung harap kepada Allah dan undi orang Melayu sahaja. Undi orang bukan Melayu susah PAS mahu dapat seperti sediakala. Ini gara gara PAS diberikan persepsi yang buruk sentiasa dan PAS dengan pakatan pembangkang tidak lagi bersama. Tidak tahulah apa akan jadi kepada PAS dalam pilihanraya. Semua doa agar PAS boleh baik baik sahaja.

PAS walaupun bersendirian boleh menang dalam piliharaya dan mampu untuk menawan Malaysia jika PAS punya strategi politik yang boleh berjaya. Strategi politik PAS tidak boleh bergantung kepada agama semata-mata. PAS walaupun sudah lama dalam politik Malaysia tetapi strategi politiknya tetap sama. Saya tidak mahu mengulas strategi politik apa yang PAS patut guna kerana saya pernah tulisnya dahulu tidak berapa lama. Rujuklah entri itu jika mahu tahu apakah strategi politik yang PAS patut guna untuk menang dalam pilihanraya.

PAS sekarang sedang dilihat mengamalkan politik bunuh diri. Harap Allah boleh jaga PAS supaya PAS tidak menjadi parti politik yang mati.

2 ulasan:

  1. Insya Allah PAS akan dapat bertahan walaupun mungkin kita sekuat ketika bersama Pakatan Pembangkang

    BalasPadam
  2. Ju xtau cmna nak komen bab politik ni, tp apa pun buruk ssuatu parti kbykn ny di jaja oleh media sosial yg belum tentu sahih sumber ny, skira nya sahih pun mungkin di putar belit utk kpentingan pihak tertentu.. Allahualam =)
    #sayataksokongmana2parti

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.