Khamis, 5 Januari 2017

DARIHAL MAKNA DAN HAKIKAT KEBENARAN


Image result for kebenaran
Sumber : Google


Tiba tiba sahaja orang mula berpolemik tentang makna dan hakikat kebenaran. Makna dan hakikat kebenaran itu tiba tiba sahaja ditafsirkan dengan pelbagai cara. Ada yang kata makna dan hakikat kebenaran itu berubah mengikut keadaan, tempat, serta masa dan ada yang kata makna dan hakikat kebenaran itu tidak berubah – kebenaran tetap kebenaran sampai bila bila.

Tidak pula saya tahu mengapa makna dan hakikat kebenaran itu boleh dipolemikkan sebegitu rupa. Tetapi boleh dikata ia ada kaitan dengan situasi politik negara. Begitulah masyarakat Malaysia. Apa sahaja isu yang timbul sebahagian besarnya mesti dikaitkan dengan politik negara.

Apa makna kebenaran yang sebenarnya? Kebenaran seperti yang ramai orang percaya adalah sesuatu perkara yang benar atau sungguh sungguh ada atau betul betul demikian halnya. Itulah makna kebenaran yang saya dan ramai orang percaya.

Tetapi kebenaran di Malaysia atau lain lain tempat di dunia kadang kala boleh berbeza. Ia mengikut cara seseorang itu berfikir atau mengikut ideologinya. Kebenaran bagi orang berfahaman liberal begitu berbeza dengan kebenaran bagi orang yang berfahaman Islam fundamental. Kebenaran bagi orang berfahaman sekular begitu berbeza dengan kebenaran bagi orang yang berfahaman Islam moderat. Kebenaran bagi orang yang berfahaman Islam fundamental pun belum tentu sama dengan kebenaran bagi orang yang berfahaman Islam moderat. Ironinya, orang yang berfahaman liberal boleh pula berkongsi makna dan hakikat kebenaran dengan orang yang berfahaman sekular!

Saya mentafsirkan kebenaran itu bukan seperti orang lain punya  cara yakni menggunakan pendekatan falsafah atau teori anjakan makna misalnya, tetapi saya mentafsirkan kebenaran itu mengikut apa yang Allah dan Rasulullah kata. Saya percaya kebenaran yang Allah dan Rasulullah kata itu adalah kebenaran yang sebenarnya. Pendek kata, kebenaran tetap kebenaran. Walaupun keadaan, tempat, atau masa berubah, kebenaran tetap tidak akan berubah. Ia akan tetap sama sampai ke sudah.

Saya tidak tahu mengapa orang kata kebenaran itu boleh berubah atau beranjak (mengikut teori anjakan makna) mengikut keadaan, tempat dan masa. Kebenaran bagi saya adalah mutlak sampai bila bila. Jika kebenaran itu boleh berubah maka kebenaran itu bukan kebenaran lagi. Kebenaran itu sudah jadi kebenaran yang tidak suci.

Kebenaran bagi saya boleh berubah jika ada kebenaran yang lebih tinggi datang sebagai pengganti. Jika sesuatu kebenaran itu tiada galang ganti, maka kebenaran yang asal mestilah dijunjung tinggi. Tidak boleh kita mengubah makna dan hakikat kebenaran sesuka hati. Ia boleh mengelirukan dan membawa banyak kemusnahan nanti.

Oleh kerana ada manusia yang suka mengubah makna dan hakikat kebenaran dengan sesuka hati, maka kebenaran itu terus diragui. Tambah memeritkan apabila ada manusia yang mentafsirkan kebenaran mengikut ideologi atau fahaman dan bukannya seperti yang Allah dan Rasulullah persetujui.

Semua orang di dunia tahu kegiatan Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) adalah suatu kegiatan yang salah. Ia adalah kebenaran yang orang percaya sampai ke sudah. Tetapi apabila ada manusia yang mentafsirkan kebenaran itu mengikut fahaman atau ideologi, maka kegiatan LGBT itu sudah tidak dianggap salah lagi. Ini semua gara gara menjunjung hak asasi.

Lihatlah bagaimana kesudahannya jika kebenaran itu ditafsirkan mengikut ideologi atau dengan sesuka hati. Kebenaran yang asal terus berubah atau beranjak dengan serta merta. Kebenaran itu telah bercanggah dengan apa yang Allah dan Rasulullah kata.

Jika kebenaran itu ditafsirkan mengikut ideologi atau dengan sesuka hati, maka kebenaran itu sudah dilacuri. Dalam kes LGBT, pastilah orang yang melakukan kegiatan tersebut akan senang hati. Dan mereka akan terus melakukan perbuatan terkutuk itu lagi dan lagi. Maka ia membawa banyak masalah kepada umat manusia suatu hati nanti.

Kebenaran itu adalah mengikut apa yang Allah dan Rasulullah kata. Kebenaran tidak akan pernah berubah sampai bila bila. Kebenaran yang ditafsirkan mengikut ideologi atau dengan sesuka hati adalah kebenaran yang tidak hakiki. Kebenaran yang bukan kebenaran sebeginilah yang menyebabkan umat manusia rosak suatu hari nanti.

2 ulasan:

  1. Hakikat dan kebenaran, sukar ditafsirkan..

    BalasPadam
  2. Ya memang. Tapi Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,

    Katakanlah kebenaran walaupun ianya pahit.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.