Sumber : Google |
Sudah agak lama juga saya tidak
menulis tentang isu politik negara. Isunya banyak dan panas panas pula tetapi
kemampuan saya untuk mengulas segala isu yang melanda agak terbatas sebenarnya.
Saya bukan sahaja menghadapi kekangan masa malah menghadapi kekangan diri
sebahagai mahasiswa juga. Tidak banyak yang saya boleh ulas mengenai semua isu
politik yang melanda.
Saya amat tertarik untuk mengulas tentang
politik PAS. PAS sekarang sedang diperhatikan oleh sekalian penganalisis
politik yang ada dalam negara. Semua mahu melihat apa yang akan terjadi kepada
PAS dalam pilihanraya yang akan diadakan pada bila bila masa. Adakah PAS boleh
bertahan sebagai sebuah parti politik Islam dalam negara atau adakah PAS bakal
hilang dalam peta politik Malaysia. PAS sekarang dilihat sedang mengamalkan
politik bunuh diri. Ia bukan sahaja tidak bersama pakatan pembangkang lagi
malah ramai ahlinya yang melompat parti.
Dahulu apa sahaja tuduhan yang
dilemparkan kepada PAS, sekalian orang yang sokong pembangkang akan
mempertahankannya. Baik isu hudud yang disalahfaham mahupun isu negeri Kelantan
yang dikatakan miskin, sekalian orang berusaha untuk mempertahankan PAS. Baik
ahli PAS mahupun yang bukan ahli PAS akan berusaha untuk mempertahankan PAS.
Semuanya kerana PAS berada dalam pakatan pembangkang dan banyak laba politik
yang pembangkang boleh dapat daripada PAS. Tetapi sekarang perkara semacam itu
tidak berlaku lagi. Bukan sahaja musuh PAS serang PAS, orang yang dahulunya
berada di bawah payung PAS turut sama serang PAS.
Dahulu semua orang sayang PAS. PAS
dipuji dan dipertahankan daripada segenap penjuru. Tetapi apabila PAS
memutuskan tahaluf siyasinya dengan pakatan pembangkang, semua itu tidak lagi
berlaku. Hudud yang hendak dibawa PAS bukan sahaja dihalang malah Kelantan pun
sekarang dicerca selalu. Yang cerca Hudud dan Kelantan itu bukan sahaja musuh
PAS, malah orang yang dahulunya berada dalam PAS turut sama cerca PAS. Yang
anti Hudud itu lagilah suka cerca PAS.
PAS dahulunya kurang dicerca kerana
dia bersama dalam pakatan politik. Tetapi apabila PAS ambil jalan pecah
daripada pakatan politik, bukan sahaja politik gabungan itu pecah, yang lain
lain turut sama pecah. Segala aib yang ada dalam PAS mula pecah. Hudud yang
baik itu mula pecah apabila diberikan persepsi yang salah. Kelantan yang
dipertahankan dahulu turut sama pecah apabila banyak masalah di negeri itu
terbuka dan terdedah.
Boleh dikata semua yang sokong dan
pertahan PAS dahulu adalah kerana politik. Apabila pecah politik, PAS bukan
sahaja tidak disayangi malah dibenci. PAS mula dilemparkan dengan pelbagai caci
dan maki. Yang sokong dan pertahan PAS dahulu tidak ikhlas. Mereka berbuat
begitu kerana mahu timbal balas. Apabila tiada lagi timbal balas, mereka pun
mula ‘belasah’ PAS.
Untuk bertahan dalam dunia politik,
PAS sekarang hanya bergantung harap kepada Allah dan undi orang Melayu sahaja.
Undi orang bukan Melayu susah PAS mahu dapat seperti sediakala. Ini gara gara
PAS diberikan persepsi yang buruk sentiasa dan PAS dengan pakatan pembangkang
tidak lagi bersama. Tidak tahulah apa akan jadi kepada PAS dalam pilihanraya.
Semua doa agar PAS boleh baik baik sahaja.
PAS walaupun bersendirian boleh
menang dalam piliharaya dan mampu untuk menawan Malaysia jika PAS punya
strategi politik yang boleh berjaya. Strategi politik PAS tidak boleh
bergantung kepada agama semata-mata. PAS walaupun sudah lama dalam politik
Malaysia tetapi strategi politiknya tetap sama. Saya tidak mahu mengulas
strategi politik apa yang PAS patut guna kerana saya pernah tulisnya dahulu
tidak berapa lama. Rujuklah entri itu jika mahu tahu apakah strategi politik
yang PAS patut guna untuk menang dalam pilihanraya.
PAS sekarang sedang dilihat
mengamalkan politik bunuh diri. Harap Allah boleh jaga PAS supaya PAS tidak
menjadi parti politik yang mati.
Insya Allah PAS akan dapat bertahan walaupun mungkin kita sekuat ketika bersama Pakatan Pembangkang
BalasPadamJu xtau cmna nak komen bab politik ni, tp apa pun buruk ssuatu parti kbykn ny di jaja oleh media sosial yg belum tentu sahih sumber ny, skira nya sahih pun mungkin di putar belit utk kpentingan pihak tertentu.. Allahualam =)
BalasPadam#sayataksokongmana2parti