BABAK 10 : DI BILIK TIDUR IZZATI
Nota : Pada waktu malam
Aqilah : Zati tengah study apa tu?
Izzati : Subjek Kimia mak long. (tersenyum sambil
memandang Aqilah)
Aqilah : Ohhh…baguslah Zati study awal awal.
Jangan study last minute. Bahaya. Setakat ni study semua okay
kan?
Izzati : Okay je mak long cuma… (ragu ragu)
Aqilah : Cuma apa Zati? Cakaplah dengan mak long.
Izzati : Cuma… mmm… mak long, sebenarnya ada
perkara yang Zati nak tanya dengan mak long dah Zati harap sangat mak long
dapat jawab dengan jujur.
Aqilah : Macam serius je bunyi pertanyaan tu.
Okay tanyalah. Kalau mak long boleh jawab mak long pasti akan jawab.
Izzati : Mmm… macam mana nak cakap ea? Mmm… mak
long, betul ke Zati ni anak luar nikah? Siapa bapa kandung Zati mak long?
Selama hari ni Zati hanya kenal mak long dan arwah ibu Zati je. Kita takde ahli
keluarga lain ke mak long?
Aqilah : …(diam dan tidak tahu hendak berkata apa
apa)
Izzati : Mak long, tolong beritahu pada Zati
mak long. Zati dah tak sanggup dengar orang kampung dan orang kat sekolah cakap
yang Zati ni anak luar nikah. Betul ke semua tu mak long? Adakah itu hanya
persepsi diaorang je mak long? Tolong mak long cerita kat Zati. (mendesak)
Aqilah : Zati, mak long bukan tak nak beritahu
tapi belum sampai masanya untuk Zati tahu.
Izzati : Tolonglah mak long. Beritahu pada Zati
siapa diri Zati yang sebenarnya. Zati janji dengan mak long yang Zati akan
kuat. Zati janji dengan mak long yang Zati akan terima hakikat tentang semua
diri Zati yang mak long ceritakan. Tolonglah. (merayu)
Aqilah : Baiklah kalau Zati dah cakap macam tu.
Mak long harap Zati dapat terima kebenaran ini dengan sabar dan redha ye nak.
Izzati : Baiklah mak long. Zati janji.
Aqilah : Ya, memang betul Zati anak luar nikah.
Zati sebenarnya anak saudara mak long. Ibu Zati yang bernama Amirah binti Saufi
tu adalah adik mak long. Sebenarnya mak long sendiri tak tahu siapa bapa
sebenar Zati sebab mak long tak pernah jumpa tapi yang mak long tahu, bapa Zati
tu adalah anak murid ibu Zati sendiri. Ibu Zati macam mak long juga, dia
seorang guru. Mak long mengajar subjek bahasa Melayu tapi dia mengajar subjek
Matematik Tambahan. Seorang anak murid dia yang bernama Danish selalu datang
rumah dia untuk belajar subjek Matematik Tambahan tu. Entah syaitan mana yang
merasuk mereka berdua, mereka akhirnya berzina dan hasil benih Danish tu, maka
lahirlah Zati ke dunia ini.
Izzati : Mana orang bernama Danish tu sekarang mak
long?
Aqilah : Dia kemalangan semasa ibu Zati
mengandungkan Zati tujuh bulan. Dia mati dalam kemalangan yang amat mengerikan.
Wajahnya hancur semasa pengebumiannya.
Izzati : Mak long cakap dulu yang Zati ada abang.
Mana abang Zati tu mak long?
Aqilah : Ya, Zati memang ada abang. Sebenarnya
ibu Zati ada berkahwin dengan seorang lelaki bernama Haziq. Dia seorang lelaki
yang baik. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki
yang mak long dah lupa namanya. Sebab dah lama sangat mak long tak jumpa dia.
Tetapi, oleh sebab ibu Zati curang dengan suami dia, suami ibu Zati tu ceraikan
ibu Zati dengan talak tiga. Masa tu usia kandungan ibu dah Zati tujuh bulan. Sejak tu ibu Zati
tinggal dengan mak long sampailah dia melahirkan Zati. Dia menghembuskan
nafasnya yang terakhir setelah setengah jam dia melahirkan Zati.
Izzati : Ya Allah…kesiannya. Tapi kenapa ibu
Zati sanggup berzina dengan anak murid dia sendiri? Dan mak long tahu tak kat
mana bekas suami ibu Zati tu?
Aqilah : Mak long pun tak tahu Zati kenapa ibu
Zati boleh buat perbuatan terkutuk tu. Dan mak long juga tak tahu kat mana
bekas suami ibu Zati tu. Tapi mak long ingat wajahnya. Orangnya sangat kacak.
Kalau mak long bertemu dengannya mesti mak long akan ingat.
Izzati : Mak long, Zati betul betul tak sangka
yang Zati boleh lahir dalam keadaan macam ni. (air matanya sudah mula
bergenang)
Aqilah : Sabarlah Zati. Mak long tahu semua
benda ni berat untuk Zati dan sebab tu la mak long tak nak cerita sampailah
satu masa yang sesuai. Zati kena kuat okay. Zati tak salah. Yang salah adalah
ibu Zati. Zati jangan dengar apa yang orang cakap. Zati buat tak tahu saja ye. Dan
Zati tak boleh sesekali benci ibu Zati sebab dia tetap ibu Zati. Zati kena
banyak berdoa pada Allah supaya ampunkan semua dosa dosa dia. Dia manusia Zati.
Setiap manusia pasti akan melakukan khilaf dan dosa. Sebelum ibu Zati meninggal
pun, dia ada pesan pada mak long supaya sampaikan permohonan maaf dia pada Zati
kerana melahirkan Zati dalam keadaan tidak sah taraf.
Izzati : Insha Allah mak long. Zati akan ingat
pesan mak long. Zati dah bersedia untuk dengar semua ni dan Zati yakin yang
Zati dapat maafkan arwah ibu sebab walau seburuk mana pun dia, dia tetap ibu
kandung Zati. Tapi mak long, Zati
musykil la. Macam mana orang kampung boleh tahu pasal semua ni?
Aqilah : Orang kampung tak tahu sebenarnya tapi
mereka hanya buat andaian. Dan kebetulan andaian tu tepat. Tapi itu tetap
andaian selagi mereka tak tahu perkara yang sebenar.
Izzati : Ohhh macam tu. Satu lagi mak long,
macam mana bekas suami arwah ibu Zati tu boleh tahu yang ibu Zati tu curang dan
mengandungkan Zati?
Aqilah : Sebab ibu Zati yang beritahu.
Sepanjang dia mengandungkan Zati, dia sering bermimpi benda yang bukan bukan
dan semua mimpi tu suruh dia mengaku dosa yang dia dah buat. Oleh sebab terlalu
takut dengan mimpi tu dan takut pula dengan azab yang menimpa arwah Danish,
maka ibu Zati pun mengaku dan akhirnya dia diceraikan.
Izzati : … (hanya diam sambil merenung buku
dihadapannya)
Aqilah : Sebab tu mak long nak pesan pada Zati.
Jangan sesekali melakukan zina dan jangan sesekali berlaku curang dengan
pasangan. Lihat apa yang telah berlaku pada arwah ibu Zati dan pada arwah
Danish. Di atas muka bumi lagi Allah dah balas semua perbuatan terkutuk tu.
Harap mereka sempat bertaubat sebelum tiba ajal mereka.
Izzati : Baiklah mak long. Zati akan selalu ingat
pesan mak long.
BAB 11 : DI HALAMAN RUMAH AQILAH
Nota : Izzati sedang menyiapkan kerja
sekolahnya manakala Aqilah sedang menyiram pokok bunga.
Waktu : pagi
Aiman : Assalammualaikum. (Ucap Aiman. Di
belakangnya ada seorang lelaki tua)
Izzati : Waalakumussalam. Eh Abang Aiman. (tersenyum)
Mak long, abang Aiman dengan orang kaya Hamid datang!
Aqilah : Waalaikumussalam. Oh Aiman datang
rupanya. (tersenyum) Eh? (bingung
dan tergamam)
Izzati : Kenapa mak long? (bingung)
Aqilah : Ha…Ha…Haziq!
Haziq : Apa khabar kak long? (tersenyum)
Izzati : Mak long, tu bukan orang kaya Hamid
ke? Kenapa mak long panggil dia Haziq? (bingung)
Haziq : Nama sebenar saya Muhammad Haziq@Hamid
bin Hamdan Zati. Di Kuala Lumpur orang kenal saya sebagai Tuan Haziq. Di
kampung ni orang kenal saya sebagai Tuan Hamid. Sebenarnya dua dua tu nama
saya.
Aqilah : Zati, untuk pengetahuan Zati, inilah
bekas suami kepada arwah ibu Zati. Ya, Allah…tak sangka betul. Haziq bekas adik
ipar kak long dengan orang kaya Hamid tu rupa rupanya orang yang sama.
Izzati : Apa? (seakan-akan tidak percaya)
Aiman : Apa khabar mak long? Hehe. Saya Aiman
mak long. Saya bukan sahaja anak murid mak long. Saya juga anak saudara mak
long. (bersalam dengan Aqilah)
Aqilah : Ya Allah…tak sangka betul mak long.
Rupanya jejaka paling kacak dan pandai kat sekolah tu adalah anak saudara mak
long sendiri. Maafkan mak long sebab tak cam muka kamu. Yalah, kali terakhir
mak long jumpa kamu ketika kamu masih lagi berumur dua tahun. Manalah mak long
nak cam. Kamu apa khabar Haziq?
Haziq : Macam ni sajalah kak long. Kadang
kadang sakit, kadang kadang sihat. Biasalah. Hidup manusia.
Aqilah : Hehe. Sama jugalah dengan kak long.
Tapi hidup ini mesti diteruskan juga ye tak? Oh ya, ada apa kamu datang ke
mari?
Haziq : Saya datang ni sebab nak jumpa kak
long dan Zati. Dah lama saya tak jumpa kak long. Dan saya betul betul tak
sangka, arwah Amirah dah lahirkan seorang anak perempuan yang cantik bernama
Izzati ni.
Aqilah : Macam mana kamu tahu yang Amirah sudah
meninggal dunia?
Haziq : Selepas saya ceraikan dia kak long,
saya benar benar menyesal dan rasa bersalah. Memang tak sepatutnya saya menceraikan
dia ketika dia masih mengandung. Saya tak patut buat dia macam tu walaupun saya
sangat marah kat dia atas apa yang dia dah lakukan terhadap saya. Untuk
mengubati rasa bersalah saya tu, saya upah beberapa orang penyiasat untuk
mengekori ke mana sahaja dia pergi supaya saya tahu yang dia sentiasa selamat
dan kalau boleh saya mahu segala keperluan dia mencukupi. Dari hasil kerja
penyiasat tu, saya dapat tahu yang dia balik semula ke rumah kak long. Dari situ
saya tahu dia melahirkan anak perempuan bernama Izzati dan dari situ juga saya
tahu yang dia sudah pun meninggal dunia kerana melahirkan Izzati. Sejak itu,
saya berusaha untuk membuka perniagaan di sini. Setelah Aiman tamat sekolah
menengah, saya suruh dia bersekolah di sini sahaja. Ambil STPM. Saya nak dia
kenal dengan kak long dan Zati. Saya juga nak dia jadi penjaga Izzati masa
Izzati kat sekolah. Saya tak nak tengok Zati kena buli atau dihina oleh orang
lain.
Aqilah : Ohhh macam tu. Patutlah kak long
pelik. Aiman ni pandai budaknya tapi ambil STPM. Walau apa pun Haziq, kita
mesti lupakan kisah lama. Kita tak boleh buat apa apa lagi. Nasi sudah pun
menjadi bubur. Kisah hitam tu pun dah lama terkubur bersama jasad arwah Amirah.
Janganlah dikenang lagi perkara yang pahit itu. Biarlah ia pergi bak angin
lalu.
Haziq : Susah kak long saya nak lupakan dia.
Saya sangat cintakan dia sampai saya tak sanggup berkahwin lain sampai sekarang
kerana kasih dan sayangnya saya pada dia. Tapi tu la. Saya benar benar marah
atas apa yang dia lakukan ke atas saya.
Aqilah : Kak long faham perasaan kamu Haziq.
Kalau kak long berada di tempat kamu pun, barangkali kak long akan melakukan
perkara yang sama.
Haziq : Saya datang ni pun sebenarnya ada
hajat kak long. Saya ingat saya nak ambil Izzati sebagai anak angkat saya. Pada
saya, Zati tak salah kak long. Yang salah adalah arwah ibunya. Saya rasa Zati
wajar menerima perlindungan dan sokongan daripada orang di sekelilingnya
sepanjang dia membesar untuk menjadi seorang wanita sejati. Walaupun dia anak
yang tidak sah taraf, dia tetap seorang manusia yang mempunyai hak haknya yang
tersendiri. Walaupun Zati dengan saya dan Aiman tiada apa apa hubungan darah,
namun dia tetap lahir dari rahim seorang perempuan yang saya cintai. Izinkan
saya kak long untuk mengambil Zati sebagai anak angkat.
Aqilah : Kak long tiada halangan dalam soal
itu. Terpulanglah pada kamu. Tapi kak long tak pasti pula di pihak Zati? Macam
mana Zati? Mahukah kamu menjadi anak angkat kepada pakcik Haziq?
Izzati : Mak long, sepanjang Zati membesar
bersama mak long, Zati tak pernah tahu ahli keluarga Zati yang lain selain mak
long dan arwah ibu. Zati tak pernah rasa kasih sayang seorang bapa dan kasih
sayang seorang abang. Zati cemburu dengan kawan kawan Zati yang ada ayah dan
abang yang sentiasa bersama mereka. Jika pakcik Haziq sudi ambil Zati sebagai
anak angkat, Zati setuju sangat sebab Zati nak sangat ada sebuah keluarga yang
sempurna.
Haziq : Baguslah kalau macam tu. Pakcik sangat
suka mendengarnya. Lepas ni jangan panggil pakcik lagi tau. Panggil ‘ayah’ ye
sayang.
Izzati :
Baik ayah. (tersenyum bahagia)
Aiman : Zati, selamat datang ke dalam keluarga
kami. Abang janji yang abang akan jaga Zati dengan baik. Lepas ni takde siapa
boleh kacau Zati lagi. Siapa kacau Zati, abang belasah dia sampai pengsan.
Haziq : Ayah pun sama juga Zati. Ayah takkan
benarkan sesiapa pun boleh menyakiti Zati. (kesemua mereka tersenyum bahagia)
Aqilah : Baguslah kalau macam tu. Ada juga
orang yang akan selalu lindungi Zati lepas ni. Eh, dah lama sangat kita
berborak kat luar ni. Jom masuk ke rumah. Hari ni kak long ada buat jemput jemput
pisang. Boleh kita bersarapan bersama.
Haziq : Baiklah kak long. Aiman, mari masuk
rumah mak long.
Aiman : Baik ayah.
Mereka
berempat berjalan beriringan sambil masuk ke dalam rumah dengan penuh rasa
bahagia.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.