Seusai mandi,
Hamad masuk ke biliknya sambil mengelap rambutnya dengan tuala untuk
dikeringkan. Sebelum masuk ke bilik, dia melihat ruang tamu sudah pun gelap.
Begitu juga dengan bilik Iman dan bilik kedua ibu bapanya menandakan mereka
semua sudah tidur. Dia melihat jam di dinding bilik. Jam sudah menunjukkan pada
pukul dua belas tengah malam.
Ketika masuk ke bilik, dia melihat isterinya, Farah sedang berbaring di
atas katil sambil menelaah telefon pintar. Begitu khusyuk sekali Farah menekan
skrin sesentuh pada telefon pintar itu seolah olah tidak mengendahkan
kehadirannya di bilik itu. Farah mungkin sedang membalas whatsapp dengan rakan
rakannya. Itulah perkara yang menerpa ke dalam fikirannya pada waktu itu.
Setelah menyidaikan tuala di ampaian yang
terletak di sudut bilik, Hamad yang hanya berkain pelikat waktu itu lantas
merebahkan badannya di sebalah Farah. Dia meletakkan tangannya ke dahi sambil
fikirannya menerawang jauh memikirkan sesuatu.
“Abang dah makan?” Farah bertanya apabila
melihat suaminya hanya diam sejak tadi. Dia memandang wajah Hamad yang berada
di sebelahnya waktu itu. Telefon pintar yang dipegangnya tadi diletakkan di
tepi bantal.
“Dah.” Pendek sahaja jawapan yang
diberi oleh Hamad tanpa memandang wajah Farah.
“Abang kenapa ni? Macam ada masalah
je. Kalau ada masalah, ceritalah dengan saya. Mana tahu saya boleh tolong.”
“Abang tengah fikir ni macam mana nak
bayar hutang Abang Dollah tu. Abang tengah takde duit ni. Abang Dollah pula
desak desak abang suruh bayar. Dia kata lusa dia nak. Haishh.” Hamad mengeluh.
“La pasal hutang ke? Tapi kenapa abang
tak bayar lagi hutang dia? Abang dah hutang dia lama kan?”
“Kan abang dah cakap abang takde duit.
Macam mana abang nak bayar kalau abang takde duit.”
“Abang asyik takde duit je. Mana pergi
duit abang? Bawa teksi sampai malam tiap tiap hari tapi duit takde juga. Nak
kata abang tanggung pembelajaan dalam rumah ni sepenuhnya, tak juga. Abang just
beli barang barang dapur dengan bayar sewa rumah je, bil elektrik, bil air, dan
belanja sekolah Iman semua guna duit saya. Jadi mestilah duit abang ada banyak.
Ni asyik takde je. Saya pelik la dengan abang ni.”
“Awak ingat saya bawa teksi tiap tiap
malam tu saya sentiasa dapat pelanggan? Cuba la awak fikir logik sikit. Saya
nampak je bawa teksi tiap tiap malam tapi duit saya takdelah banyak sebab
pelanggan yang nak naik teksi tu pun bukan ramai. Lagipun macam macam saya kena
bayar. Maintenance teksi la, permit teksi la. Awak ingat semua tu
murah?” Suara Hamad agak keras ketika menuturkan kata kata itu kerana tidak
puas hati dengan bebelan isterinya. Dia memandang wajah isterinya dengan
perasaan tidak puas hati.
“Mmm...itu je la alasan awak kalau
saya tanya mana duit awak. Dah bosan saya mendengarnya.” Farah buat muka
menjengkelkan. Kemudian dia menatap semula telefon pintarnya sambil
membelakangi Hamad. Keadaan menjadi sepi beberapa ketika. Masing masing sedang
malayani perasaan dan fikiran masing masing.
“Abang, jangan lupa tau, Sabtu ni,
anak kedua Kak Suraya, kawan saya kat pusat membeli belah tu kahwin. Saya nak
pergi la. Tak pergi nanti merajuk dia nanti. Dah la masa anak sulung dia kahwin
kita tak pergi. Nanti kita sama sama pergi ye.” Farah memusingkan badannya lalu
meletakkan tangannya di dada Hamad yang tidak berbaju itu sambil menggosok
gosok lembut untuk memujuk dan mencairkan hati lelaki itu.
“Yalah, bagus juga la kita pergi
majlis tu. dapat makan free. Hehe.”
“Kan? Jimat duit kita untuk makan
tengah hari. Nanti kita bawa ibu dan ayah abang sekali.”
“Kenapa nak bawa diaorang? Tinggal je
la diaorang kat rumah. Menyusahkanlah bawa diaorang.” Hamad membantah cadangan
isterinya.
“Apa salahnya bawa diaorang? Kalau
kita tak bawa diaorang, diaorang nak makan tengah hari apa nanti? Janganlah
kejam sangat dengan ibu dan ayah awak tu kot ye pun awak tak suka diaorang. Tak
baik tau buat mak bapak macam tu. Tak cium bau syurga nanti.” Farah memberi
nasihat.
“Yalah...yalah...kita bawa la
diaorang.” Hamad mengalah walaupun hatinya berasa berat untuk membawa kedua dua
mereka ke mana mana. Dia teringat lagi ketika dia masih berada di sekolah
rendah, dia mengajak Fauziah dan Razali untuk menonton filem yang popular suatu
ketika dahulu di sebuah panggung wayang yang terletak di bandar. Langsung dia
dijerkah oleh Razali tanpa dia ketahui sebab musababnya.
“Daipada kau tengok wayang, baca buku
lagi bagus! Baca buku malas, tengok wayang nak. Asyik nak main je, lepas tu
dapat markah rendah dalam kelas. Selalu sangat dapat nombor corot. Buat malu
aku je hantar kau sekolah.”
Itulah kata kata Razali yang sehingga
sekarang dia tidak boleh terima. Dia sebenarnya tidak kisah jika Razali tidak
mahu membawanya menonton wayang tetapi janganlah menjerkah dan mengungkit
kelemahannya sebegitu. Baginya, Razali boleh sahaja menolak permintaannya
dengan cara baik, tidak perlu marah marah sebegitu. Sejak dari itu, dia mula
jauh hati dengan Razali. Dan sejak dari itu, dia tidak lagi meminta kepada
Razali mahupun Fauziah untuk ke mana mana. Jika dia mahu pergi juga, dia akan
pergi bersama kawan kawannya.
Itulah punca punca dia tidak suka dan
berdendam pada Fauziah dan Razali. Mereka terlalu garang terhadapnya. Mereka
tidak pandai menghargainya sebagai seorang anak. Yang mereka tahu, menyuruhnya
buat itu ini seperti membasuh pinggan dan menyidai pakaian di rumah tanpa
mereka ketahui perasaan dan masalah yang dihadapi olehnya untuk menyudahkan
segala suruhan itu.
“Haaa....macam tu la....sayang abang.”
Ucap Farah sambil menghadiahkan satu ciuman di pipi Hamad.
“Betul awak nak pergi majlis kahwin
kak Suraya tu?”Soal Hamad sambil menangkat keningnya sedikit. Satu senyuman
nakal terpamer di bibirnya.
“Mestilah. Awak nampak saya macam main
main ke?” Farah menjadi bingung dengan soalan yang dikemukakan oleh Hamad.
“Kalau awak nak pergi boleh, tapi
dengan satu syarat.”
“Syarat? Syarat apa pula? Aduhh.” Farah
agak tidak gemar dengan syarat syarat yang diberi oleh Hamad. Syarat syarat itu
pasti akan menyusahkan dirinya.
“Pinjamkan saya duit RM500 esok. Saya
nak bayar hutang abang Dollah tu.”
“Pinjam duit? Saya mana ada duit
bang...RM500 pula tu.” Farah memandang Hamad dengan pandangan tidak puas hati.
“Takde duit tak payah pergi la majlis
anak kak Suraya tu. Awak duduk rumah je.” Hamad memusingkan kepalanya dari menghadap
wajah Farah untuk menunjukkan tanda protes. Dia memejamkan mata tanda pura pura
tidur. Satu senyuman nakal terukir di bibirnya.
“Yalah...yalah...esok saya bagi tapi
RM300 je. Saya dah takde duit dah ni. Tu je simpanan yang saya ada.” Ujar Farah
dengan nada tidak puas hati. Mahu sahaja diketuk kepada suaminya yang manja dan
gemar mengugut itu.
“Macam tu la isteri abang. Hehehe.
Sayang Farah. Muahh!” Hamad mencium pipi isterinya tanda kegembiraan.
“Huh, mengada!” Farah mengesat pipinya
yang baru sahaja dicium oleh Hamad. Dia menjeling suaminya yang sedang
memejamkan mata dan hanya berkain pelikat itu. Terbang lagi duit aku.
Getus hati kecil Farah.
......................................................................................................................
Hamad memerhatikan pelajar pelajar
yang keluar melalui pintu pagar Kolej Putri itu. Matanya meliar mencari kelibat
seseorang. Dia memerhatikan jam yang sedia terpasang di dashbord
teksinya. Jam sudah menunjukkan pada pukul dua petang namun kelibat orang yang
ditunggu tunggu tidak juga muncul. Hamad mula berasa resah di dalam teksinya
sendiri namun matanya tidak lepas lepas dari memandang pintu utama untuk masuk
ke Kolej Putri yang ternganga luas itu.
Tidak lama kemudian, kelibat orang
yang dinanti muncul juga. Hamad tersenyum girang dari dalam teksinya. Gadis ayu
yang ditunggunya sejak tadi berjalan ke arah teksinya. Sebuah senyuman paling
manis dihadiahkan oleh gadis itu kepada Hamad. Hati Hamad mula berbunga riang apabila
memandang gadis yang berusia 19 tahun itu masuk ke dalam teksinya.
“Hai abang Hamad.” Sapa Maya sambil
masuk ke dalam teksi Hamad dan duduk disebelahnya.
“Hai Maya, dah habis kelas dah?” Soal
Hamad dan mula menggerakkan teksinya untuk menuju ke satu destinasi yang hanya
mereka berdua sahaja ketahui.
“Dah. Penatnya hari ni tapi Maya happy
sangat sebab dapat jumpa dan dapat bersama dengan abang Hamad hari ni.” Ujar
Maya sambil tersenyum girang mempamerkan giginya yang putih dan lesung pipitnya
yang menawan.
“Jadi hari ni Maya takde masalah la ye
nak layan abang?” Hamad menduga kekasih hatinya yang cun melecun dan salah
seorang penuntut di Kolej Puteri itu.
“Of coarse la tak. Maya kan
sayang abang. Apa sahaja milik Maya, milik abang juga. Hehehe.” Berbunga bunga
hati Hamad mendengar tutur bicara Maya itu. Dia memerhatikan pelakuan Maya yang
cantik dan girang itu. Ya, Maya memang cantik. Baginya Maya adalah seorang
gadis yang sempurna. Dia bukan sahaja dapat menjadikan Maya sebagai teman wanitanya
malah sebagai pemuas nafsu serakahnya yang tidak pernah puas itu.
“Maya, abang nak tanya satu soalan
boleh?” Hamad mula menggosok gosok peha Maya yang berada di sebelahnya. Mujur
Maya memakai baju kurung dan bertudung pada hari itu. Jika tidak, sudah
‘dilapahnya’ Maya di dalam teksi itu juga. Maya memang gadis yang cantik dan
kelihatan seksi walaupun bertudung dan memakai baju kurung.
“Tanyalah. Apa dia?” Maya memandang
wajah Hamad yang sedang memandu itu. Dia menggenggam tangan kiri Hamad yang
galak meraba pehanya itu.
“Kenapa ea Maya sayang sangat dekat
abang? Apa yang istimewanya abang ni di mata Maya?” Hamad menjeling manja Maya
disebelahnya. Dia sengaja bertanya soalan itu kepada Maya untuk menguji gadis
cantik tersebut.
“Hmmm...entahlah! Hahaha.” Maya ketawa
manja.
“Eiii....nakalnya dia...” Hamad turut
ketawa melihat telatah manja Maya sambil mencubit lembut pipi gadis itu.
“Okay, sebenarnya kan, Maya suka abang
sebab abang ni seksi.”
“Seksi? Wow. Tak pernah orang cakap abang
seksi. Hahaha. Orang selalu cakap abang ni botak ada la. Tang mana seksinya tu
Maya? Nak kata abang badan sado, takde pula. Kurus je abang ni.” Hamad memegang
semula tangan Maya yang lembut itu. Tumpuannya masih lagi kepada pemanduan
walaupun sesekali matanya asyik tertancap pada
dada Maya.
“Orang cakap abang botak? Hahaha.
Jahatnya orang tu. Orang tu tak pernah tengok abang tak pakai baju dan bertuala
je kot. Abang kalau half naked macam tu, that means tak pakai
baju dan hanya bertuala je, abang memang seksi gila. Abang memang nampak yummy
masa tu. Hihihi.” Maya tergedik manja.
“Ohhh...jadi Maya suka la tengok abang
tak pakai baju dan pakai tuala je?”
“Suka. Suka sangat.” Maya mempamerkan
senyuman menggoda.
“Sabar ye Maya. Sampai je hotel tu
nanti, Maya bukan hanya tengok abang pakai tuala je, tak pakai apa apa pun Maya
boleh tengok. Hehehe.”
“Maya tak sabar nak tunggu that
moment. Hihi.” Maya terus menggoda Hamad dan teksi Hamad terus membelah
jalan raya menuju ke destinasi yang menjadi tempat penzinaan mereka.
......................................................................................................................
Hamad tersandar kepenatan dalam
kepuasan di kepala katil setelah puas ‘melanyak’ tubuh montok milik Maya itu.
Dia tercungap cungap seketika seolah olah baru sahaja menamatkan larian 100
meter. Dia memerhatikan Maya yang terbaring di sebelahnya. Gadis itu turut
berada dalam keadaan yang sama sepertinya. Peluh kepenatan umpama hujan telah
membasahi tubuh mereka berdua. Sebuah senyuman paling bahagia Hamad hadiahkan
buat Maya di sebelahnya.
“Terima kasih sayang.” Ucap Hamad
sambil mencium lembut dahi Maya.
“Sama sama.” Maya membalas sambil
tersenyum.
Mata Hamad memerhatikan sekeliling
bilik hotel bajet yang sering dikunjunginya. Inilah antara sebab duitnya hasil
memandu teksi selalu habis. Saban minggu, di hotel itulah tempat yang dia
selalu kunjungi untuk menghabiskan masa dengan Maya. Apabila setiap minggu
menyewa bilik di hotel bajet yang agak tinggi bayarannya itu, memang duit dia
akan cepat habis sekaligus tidak dapat membayar hutang piutangnya yang keliling
pinggang itu.
Tiba
tiba matanya tertancap pada baju putih yang sering dipakainya ketika memandu
teksi itu berselerakan di atas lantai. Begitu juga dengan seluar slack dan
seluar dalamnya. Pakaian Maya dia tidak tahu ke mana Maya mencampakkannya
kerana dia sendiri tidak sedar bila gadis itu membuka pakaiannya sendiri kerana
terlalu ghairah bercium dengan Maya tadi.
“Abang...” Panggil Maya dengan lembut
sambil melentukkan kepalanya ke dada Hamad yang terdedah itu.
“Kenapa sayang? Sayang abang ni nak
apa?” Hamad membelai belai lembut rambut Maya yang hitam lebat itu.
“Hari tu abang ada janji kan nak beli
I phone untuk Maya? Bila abang nak belikan?” Maya bertanya dengan lembut. Hamad
meneguk liur pahit tatkala mendengar soalan Maya itu. Mana pula aku nak
cekau duit beli I phone ni? Adoiii. Bisik hati kecil Hamad.
“Err...abang takde duit lagi la
sayang. Takpe takpe. Nanti kalau abang dah ada duit nanti abang beli ye.” Hamad
cuba memujuk. Dia menggosok gosok lengan Maya yang putih gebu dan terdedah itu.
“Asyik takde duit je abang ni. Bila
masanya abang ada duit?” Maya mula menarik wajah masamnya. Hamad mula tidak
keruan apabila melihat keadaan muka Maya seperti itu. Mampus aku nak pujuk
budak ni. Dia ni punya mengada ngada pun boleh tahan juga teruknya.
Getus hati Hamad.
“Abang minta maaf banyak banyak
sayang. Abang betul betul takde duit ni. Kalau abang dah ada duit, abang janji
abang akan terus belikan ye.” Hamad terus memujuk tanpa berputus asa namun Maya
masih merajuk. Gadis itu menjauhkan diri daripada Hamad. Dia memandang ke
tempat lain sambil menyilangkan tangan di dadanya. Wajahnya masih sama. Masam
mencuka!
“Okay okay. Sebagai ganti abang tak
dapat nak beli I phone, abang bagi RM200 kat Maya dulu. Maya guna duit ni untuk
shopping dan makan. Dah habis nanti minta kat abang lagi. Abang bagi.”
Hamad mengeluarkan RM200 dari dompetnya dan menghulurkan kepada Maya. Duit
tersebut adalah duit pemberian Shuib tempoh hari. Maya yang melihat RM200 yang
terhidang di depan matanya dan mendengar pula perkataan ‘shopping’ daripada
Hamad, terus tersenyum bahagia campur gembira.
“Yeayy!!! Thank you abang. Sayang
abang. Hihihi.” Ucap Maya kegembiraan sambil memeluk Hamad yang berada di
sebelahnya dan Hamad membalas pelukan tersebut. Kopak duit aku kalau macam
ni. Rungut Hamad tetapi hanya di dalam hati. Takpelah berhabis sikit,
janji aku puas! Hehehe.” Hati Hamad berkata sambil melihat Maya yang
terus mengira duit hasil pemberiannya dengan muka yang ceria.
“Maya...” Hamad memanggil dengan
lembut sambil menarik Maya dalam pelukkannya.
“Ya sayang...” Norin menyahut sambil
memandang tepat ke dalam anak mata Hamad.
“Second round jom?”
“Jom!”
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.