Sabtu, 28 Mei 2016

DRAMA : MAAF MASIH DI HATI BAB 7, 8, DAN 9






BABAK 7 : DI HOSPITAL
Nota : dua bulan kemudian
Waktu : dinihari
Doktor Rohaya : Siapa ahli keluarga Puan Amirah? (bertanya dengan kuat)
Aqilah : Saya doktor. Saya kakak dia.
Doktor Rohaya : Baguslah Puan ada kat sini. Puan Amirah nak sangat jumpa dengan Puan. Keadaan dia agak kritikal sekarang ni sebab dia kehilangan banyak darah semasa melahirkan.
Aqilah : Ya Allah…(menangis). Anak dia macam mana doktor? Boleh ke saya jumpa dia sekarang doktor?
Doktor Rohaya : Anak dia okay puan. Dia dapat anak perempuan. Puan boleh jumpa dia sekarang dalam bilik bersalin. Harap puan boleh bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku.
Aqilah : Baiklah. Terima kasih doktor.
Doktor Rohaya : Sama sama.    

……………………………………………………………………………………………………….
Amirah : Long, aku tahu aku dah tak lama kat dunia ni long. (dalam keadaan nazak)
Aqilah : Jangan cakap macam tu dik. Ingat Allah. Kan jodoh dan maut tu di tangan Allah. (menangis)
Amirah : Long, sebelum aku pergi, aku ada satu permintaan. Boleh tak kau tunaikan permintaan aku?
Aqilah : Boleh dik. Kau cakaplah apa sahaja permintaan kau. Aku pasti akan tunaikan dik.      
Amirah : Long, bila aku dah takde nanti, kau jangalah anak aku baik baik. Kau namakan anak aku tu dengan nama Izzati binti Abdullah. Sampai satu masa yang sesuai nanti, kau bagitahulah siapa diri dia yang sebenar. Kau cakap dengan dia, yang aku benar benar minta maaf sebab dah jadikan dia anak luar nikah. Kau beritahu pada dia yang aku benar benar menyesal atas apa yang berlaku. Cakap kat dia yang aku sangat sayang pada dia.
Aqilah : Baiklah dik. Aku akan ingat pesan kau tu.
Amirah : Long, ajar aku mengucap long.
Aqilah : Laillahaillallah.
Amirah : Lailahalillallah. (tersekat sekat)
Aqilah : Laillahaillallah.
Amirah : … (sudah meninggal dunia) 
Aqilah : Mira….


BABAK 8 : DI SEKOLAH       
Nota : Tujuh belas tahun kemudian
Nabila : Hoi perempuan! Dah berapa kali aku cakap dengan kau, jangan dekat dekat dengan Aiman. Aiman tu aku punya. Yang kau nak menggatal dengan dia tu dah kenapa? (sambil menolak Izzati ke dinding bangunan sekolah)
Izzati : Aku tak menggatal dengan dia la. Dia yang selalu tegur aku dan nak cakap dengan aku. Aku tak tegur dia pun. (dalam keadaan takut takut)
Izzati : Hoi, anak luar nikah! Kalau kau tak menggatal dengan dia, takkan la dia nak tegur kau. Sebab kau tu suka sangat nak goda dia, dia tegur la kau. Dah la anak haram, lepas tu muka pula buruk. Ada hati nak goda Aiman – anak orang kaya Hamid tu. Tak malu!
Nabila : Sumpah Nabila. Aku tak goda dia. Demi Allah. (takut dan tidak melawan)
Aiman : Hoi Nabila! Kau buat apa tu?!
Nabila : Eh Abang Aiman. Hehehe (tergedik gedik) Abang Aiman buat apa kat sini? Abang Aiman tak balik lagi? Kan waktu sekolah dah tamat. (berlagak manja dan tersengih sengih)
Aiman : Eh, suka hatilah apa yang aku nak buat kat sini. Yang kau tak balik lagi tu apasal? Kau buli Izzati ea?
Nabila : Ya Allah abang Aiman, sampai hati abang fitnah saya macam tu. Mana saya ada buli Izzati. Saya cuma gurau gurau dengan Zati je. Kan Zati? (menyepak kaki Izzati)
Izzati : Ya, betul tu abang Aiman.
Aiman : Tak payah la kau nak berlakon Nabila. Aku nampak apa yang kau buat tadi. Kau dengar sini baik baik ye Nabila. Bapak aku kenal baik dengan Pengetua dan Penolong Kanan HEM sekolah ni. Kalau aku guna pengaruh bapak aku untuk suruh Pengetua buang kau sekolah, kau nak?
Izzati : Tak nak…tak nak…tolonglah jangan buat saya macam tu abang Aiman. (separuh merayu dalam keadaan manja)      
Aiman : Kalau kau tak nak aku buat macam tu, baik kau jangan buli Zati lagi. Lagi sekali aku nampak kau buli Zati, aku akan pastikan kau bukan sahaja kena buang sekolah, malah amik SPM pun tak boleh nanti. Kau nak?!
Nabila : Tak nak… tak nak…
Aiman : Kalau tak nak, jangan buli Zati lagi. Sekarang kau boleh balik.
Nabila : Tapi kenapa abang nak bela sangat si Zati ni? Dia ni dah la buruk, anak haram pula tu.
Aiman : Dia anak haram ke, anak halal ke, kau apa peduli? Dia ada minta makan kat kau? Takde kan? Yang kau nak menyibuk tu apahal?
Nabilah : Eiii, benci benci! (sambil menghentak hentakkan kakinya dan berlalu pergi).
Aiman : Zati okay? Zati tak apa apa? Ada cedera kat mana mana tak? (sambil menghampiri Izzati)
Izzati : Takde bang. Saya okay. Terima kasih ye bang sebab tolong saya.
Aiman : Tak ada apalah. Abang tolong ikhlas. Dah pukul dua petang ni. Kenapa tak balik lagi?
Izzati : Tadi ada kelas tambahan dengan Cikgu Kalsom. Sebab tu lambat balik tu.
Aiman : Ohhh macam tu. Okay takpelah. Jom abang hantar balik naik kereta. Jalan nak ke rumah Zati tu pun menghala ke rumah abang juga. Alang alang tu abang hantarlah Zati balik sekali.
Izzati : Eh takpelah bang. Susahkan abang je.
Aiman : Susahkan apa pula. Tak susahlah. Jom la. Dah petang ni. Nanti kalau jalan sorang sorang nanti terserempak pula dengan si Nabila tu kat tengah jalan. Nanti Zati kena buli lagi.
Izzati : Ya tak ya juga kan. Kalau macam tu okaylah.
Aiman : Haaa…macam tu la. Jom ikut abang. Kereta abang kat luar sekolah.
Izzati : Okay.      

BABAK 9 : DI RUMAH AQILAH
Nota : di tangga pada waktu malam
Aqilah : Kenapa termenung ni Zati? Kamu ada masalah ke?
Izzati : (terkejut) Eh, takdelah mak long. Zati okay je.
Aqilah : (tertawa kecil) Zati… Zati… Mak long ni dah makan garam dulu dari kamu. Mak long juga yang besarkan kamu. Mak long tahu la kamu tu ada masalah ke tidak. Kalau kamu ada masalah, janganlah simpan. Ceritalah kat mak long. Kalau mak long boleh selesaikan, mak long pasti akan selesaikan.
Izzati : (serba salah) Sebenarnya…sebenarnya petang tadi Zati kena buli lagi dengan Nabila.
Aqilah : (terkejut) Hah? Kamu kena buli lagi dengan budak tu? Budak Nabila ni memang nak kena tau. Dah diberi amaran masih tak serik serik lagi. Nanti dia kat sekolah esok. Nanti mak long beritahu pada guru disiplin sebab buli kamu. Biar dia dikenakan tindakan. 
Izzati : Eh, tak payahlah mak long cakap dengan guru disiplin. Dia bukan buat apa kat Zati pun. Dia hanya marah marah Zati je.
Aqilah : Itulah kamu baik sangat. Asal mak long nak ambil tindakan kat budak tu je kamu tak bagi. Sebab tu budak tu besar kepala.
Izzati : Zati malas nak kecoh kecoh mak long. Lagipun Zati bukan kena apa pun. Hanya kena tolak kat dinding pastu kena marah je dengan dia. Nasib baik abang Aiman datang tolong selamatkan Zati.
Aqilah : (bingung) Abang Aiman? Abang Aiman mana pula ni?
Izzati : Ala…abang Aiman…anak orang kaya Hamid tu.
Aqilah : Ohh Aiman… Budak lelaki yang hensem dan paling pandai kat sekolah tu?
Izzati : Haah.
Aqilah : Bagus budak tu dan dia memang baik pun. Bukan sahaja pandai, malah tahu pula hormatkan guru. Tahun ni mak long ajar dia Bahasa Melayu di kelas tingkatan enam. Dia memang seorang pelajar yang baik dan bijak.
Izzati : Kan mak long? Sebab tu ramai budak perempuan kat sekolah tu suka dia. Cikgu cikgu pun ramai puji dia.
Aqilah : Betul tu. Tapi mak long peliklah dengan dia tu. Dia tu budak straight A SPM kat sekolah lama dia di Kuala Lumpur. Sepatutnya dia boleh masuk Matrikulasi ataupun Asasi. Tapi dia masuk STPM sebab ikut bapa dia pindah ke kampung ni tahun lepas.
Izzati : Bagi Zati takde yang pelik la mak long. Kan bapa dia ada buka perniagaan kat sini. Sebab tu la dia pindah ke sini.
Aqilah : Tak kisahlah bapa dia pindah mana pun. Tapi dia tu boleh saja masuk Matrikulasi atau Asasi macam yang mak long cakap tu. Tapi dia tetap nak masuk STPM. Sebab tu mak long macam musykil sikit.
Izzati : Mungkin dia lebih selesa kot nak ambil STPM daripada nak ambil Asasi atau Matrikulasi.
Aqilah : Mungkin la kot. Hmmm… Eh dah pukul dua belas ni. Kamu patut masuk tidur sekarang ni. Esok kan sekolah. Jangan tidur lambat sangat. Nanti mengantuk dalam kelas. bila mengantuk dalam kelas, banyak pelajaran yang tinggal. Kamu tu nak SPM tahun ni.
Izzati : Hmmm…hehe. Okaylah mak long. Zati nak masuk tidur sekarang. Assalamualaikum mak long.
Aqilah : Waalaikumussalam.  


 BACA BAB 4, 5, DAN 6 DI SINI ---> DRAMA

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.