Ahad, 19 Jun 2016

PERKARA MUDAH YANG RAMAI UMAT ISLAM LUPA LAKUKAN KETIKA BULAN RAMADAN

Sumber : Google

Bulan Ramadan adalah untuk kita semua menahan diri dari lapar dan dahaga. Inilah bulan yang selalu ditunggu tunggu oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Pada bulan inilah bulan yang terbaik untuk kita bersihkan hati supaya keberkatan bulan ini dapat kita semua perolehi. Dalam entri kali ini, saya mahu kongsi beberapa perkara yang boleh kita semua praktikkan untuk menjadikan hari-hari kita lebih produktif dan juga untuk melatih diri kita bagi menjadi lebih baik dari yang sebelum ini.

Perkara perkara yang saya kongsikan ini adalah perkara perkara yang ramai umat Islam lupa lakukan ketika mereka berada di bulan Ramadan. Apakah perkara perkara itu? Mari baca entri ini sehingga habis. 

1. Selalulah senyum kerana senyum itu sedekah

Antara cara mudah untuk mendapat pahala adalah dengan memberi senyuman kepada sesiapa sahaja yang kita temui. Semua orang tahu bahawa senyum itu sedekah namun ramai di antara kita waima di bulan puasa, tidak mahu mempamerkan senyuman. Saya tahu kita semua penat, lapar, dan dahaga, tetapi janganlah kita pamerkan wajah yang masam mencuka itu. Selalulah tersenyum kerana senyuman boleh mengeratkan perhubungan. 


2. Manjadi orang yang pemaaf.

Memaafkan kesalahan orang lain itu adalah satu amalan yang mulia. Ya, saya tahu bukan mudah untuk kita memaafkan orang yang telah melakukan kesalahan yang besar terhadap kita tetapi kita harus ingat, jika Allah Yang Maha Hebat itu selalu mengampunkan dosa hamba hamba-Nya yang seluas tujuh lautan, mengapa kita yang hina dina ini tidak mahu mengampunkan atau memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita? Maka, nasihat saya, maafkanlah kesalahan orang lain terhadap kita nescaya hati kita akan sentiasa tenang. 

3. Selalulah mengunjungi ahli keluarga, sanak saudara, dan sahabat lama.

Saya tahu ramai antara kita sibuk dengan kerja dan belajar tetapi ini bukan alasan untuk kita tidak mengunjungi ahli keluarga, sanak saudara, dan sahabat lama kita. Mengunjungi orang orang ini bukan pada hari raya sahaja. Pada hari biasa pun boleh. Kunjung mengunjungi ini boleh mengeratkan semula hubungan silaturrahim yang terpisah lama.

Itulah tiga perkara yang acapkali dilupakan oleh umat Islam ketika berada di bulan Ramadan. Diharapkan entri kali ini dapat membuka mata kita bahawa perkara yang kita pandang remeh selama ini sebenarnya memberi kesan yang besar kepada hidup kita dan hidup orang lain. Mahu tahu lagi perkara perkara yang ramai umat Islam lupa lakukan ketika bulan Ramadan? Anda boleh ke blog ini ---> SUMBER untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Selamat membaca...

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.