Sejak pukul
tujuh pagi lagi teksi Hamad sudah menunggu pelajar pelajar asrama Kolej Putri
dihadapan pintu pagar asrama tersebut. Pelajar pelajar yang mahu segera sampai
ke kolej akan menaiki teksi Hamad dan teksi teksi yang lain yang sudah sedia
menunggu. Sejak sepuluh tahun yang lalu, itulah yang dilakukan oleh Hamad untuk
mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarganya. Dia akan menunggu pelajar
pelajar Kolej Putri sama ada lelaki ataupun perempuan menaiki teksinya untuk ke
kolej.
Namun
begitu, untuk ‘mencari makan’ di tempat itu bukan mudah. Hamad perlu berdaftar
dengan persatuan teksi di situ dan membayar yuran keahlian bagi membolehkannya
menjaja perkhidmatan teksi di tempat itu. Jika dia tidak berdaftar sebagai ahli
ataupun tidak membayar uran keahlian, susah untuk dia cari makan di situ. Silap
silap hari bulan, boleh dibelasah separuh mati oleh gangster gangster keparat
yang diupah oleh ahli jawatankuasa teksi di tempat itu yang dipengerusikan oleh
Bakar, salah seorang pemandu teksi senior di tempat tersebut.
Ketika Hamad sedang menunggu
pelanggannya yang terdiri daripada penghuni asrama Kolej Putri, tingkat teksi
miliknya diketuk oleh seseorang. Dia melihat Pak Bakar sedang menunggunya di
luar teksi. Segera dia keluar dari teksi untuk bertemu dengan Pak Bakar.
“Kenapa Pak Bakar?” Hamad bertanya
dalam keadaan bingung. Jarang sekali Bakar mahu memanggilnya keluar pada waktu
pagi sebegitu. Jika Pak Bakar sudah memanggil itu, maknanya adalah perkara
penting yang hendak dirundingkan.
“Aku nak tanya, hutang aku bila kau
nak bayar? Kau cakap minggu ni kau bayar, tapi senyap je sampai sekarang.” Ujar
Pak Bakar yang berusia pertengahan 50an itu.
“Sorrylah Pak Bakar. Duit tengah takde
ni. Ada duit nanti saya bayar la.” Kata Hamad separuh merayu.
“Bawa teksi sampai pukul sebelas malam. Duit takde juga. Hutangnya selalu
tapi bayarnya kadang kadang. Macam mana kau ni Mad?”
“Saya betul betul minta maaf Pak
Bakar. Saya betul betul takde duit ni. Duit saya habis untuk beli barang dapur,
pastu nak bayar maintenance teksi lagi, bayar sewa permit lagi, macam
macam saya nak bayar Pak Bakar. Hutang Abang Din dengan Abang Dollah pun saya
tak bayar lagi. Sorry sangat sangat Pak Bakar.”
“Habis tu bila lagi yang kau nak bayar
ni? Aku bukan apa Mad. Aku bukan tak kesian kat kau tapi kau kena faham, aku
pun orang berniaga juga. Aku pun ada keluarga juga yang aku kena bagi makan.
Kalau kau asyik hutang aku je tak bayar bayar, kopak la aku macam ni.”
“Saya ada duit nanti, saya akan terus
bayar hutang Pak Bakar. Saya janji.”
“Bilanya kau nak ada duit tu? Asyik
cakap bila ada duit je, tapi duitnya tetap takde juga.”
“Mmm...” Hamad menggaru garu
kepalanya. “Insha Allah Pak Bakar, bulan depan kalau saya ada duit, saya bayar.
Saya janji.”
“Kau jangan janji je Mad. Aku tuntut
janji kau nanti baru padan dengan muka kau. Ingat Mad, aku bagi kau hutang ni
sebab aku kenang anak bini kau tu je kat rumah. Kalau tak...jangan haraplah aku
nak kesiankan kau. Dan kau pun jangan nak ambil kesempatan atas kebaikan aku.
Buruk padahnya nanti.” Pak Bakar memberi amaran.
“Ya saya faham Pak Bakar. Terima kasih
atas keprihatinan Pak Bakar terhadap saya dengan keluarga. Saya sangat hargai
jasa Pak Bakar tu.” Hamad menelan air liur pahitnya mendengar amaran Pak Bakar
tadi.
“Hmmm...okaylah. ada duit nanti bayar
tau. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.” Ucap Pak Bakar.
“Waalaikumussalam.” Balas Hamad sambil
memerhatikan Pak Bakar yang menuju ke teksinya.
......................................................................................................................
Farah menyusun satu demi satu patung
Mickey Mouse yang disepah sepahkan oleh anak pelanggan yang datang ke bahagian
Toys itu di tempat yang disediakan. Begitulah rutinnya setiap pagi apabila dia
masuk kerja. Mengemaskan patung patung dan mainan mainan yang disepahkan oleh
anak anak pelanggan pada hari semalam supaya kelihatan kemas dan cantik. Jika
tidak dilakukannya, sudah pasti dia akan dimarahi oleh Manan, ekeskutif di tingkat
empat yakni tempat di mana bahagian Toys berada.
Farah melihat jam yang berada di
pergelangan tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan pada pukul 9.45 pagi. Ini
bermakna, ada 15 minit lagi untuk Paradigma Mall, pusat membeli belah untuk
golongan elit itu akan dibuka. Farah mempercepatkan kerjanya menyusun patung
patung dan barang mainan yang banyak di bahagian Toys itu supaya dia tidak
dimarahi oleh Manan atau sesiapa sahaja staff tertinggi di Paradigma Mall itu.
“Rajinnya dia. Hehehe.” Tegur Suraya
yang entah muncul dari mana. Satu senyuman nakal tersungging di bibirnya.
“Memang la rajin. Tak rajin nanti kena
marah pula dengan si Manan tu. Semalam saya dah kena warning dah dengan
dia sebab main henfon masa tengah kerja. Budak lelaki yang jaga luggage
tu pun semalam kena marah sebab duduk padahal customer takde pun time
tu. Haihh...entahlah.” Farah merungut sambil tangannya lincah menyusun patung
Thomas dan Friends di rak yang setinggi empat tingkat itu sambil dibantu oleh
Suraya.
“Mmm...Manan tu memang macam tu. Macam
bagus je. Dah la semalam dia marah budak cashier baru tu. Biasalah orang
baru buat silap. Tak pasal pasal kena marah semalam. Kesian budak tu. Habis
kena marah dengan customer, kena marah pula dengan si Manan.” Ujar
Suraya.
“Manan tu memang tak reti timbang
rasa. Kerja nak perfect je. Sikit sikit nak marah. Benci pula aku tengok
muka dia. Semalam kalau Kak Su nak tahu, lepas je dia warning saya, dia
suruh saya pergi buat price tag. Itu kerja dia tapi dia suruh saya. Saya
cakap itu bukan kerja saya dia dah membebel panjang. Gaji banyak tapi kerja kau
suruh aku juga.”
“Samalah dengan aku. Kau tahu sepatutnya
dia yang kena jaga pameran kat luar tu tapi dia suruh aku. Sakit hati aku. Dia
suka suruh orang buat kerja dia. Kerja kita kat sini takde siapa nak buat.”
“Mengumpat siapa tu? Hehehe.” Terkejut
Suraya dan Farah apabila terdengar suara Seetha yang muncul secara tiba tiba
itu.
“Kau ni kan Seetha, aku pelangkung
kepala kau tu baru kau tahu. Kau tak boleh ke bagi ucap selama pagi dulu
sebelum tegur aku.” Marah Suraya. Dia lantas berdiri apabila setelah selesai
membantu Farah menyusn patung Thomas and Friends itu di rak yang paling bawah.
Begitu juga dengan Farah yang melakukan perkara yang sama.
“Hai Seetha, semalam asal kau balik
awal semalam? Pastu moody je. Kau gaduh dengan boyfriend kau ke?”
Soal Farah.
“Bukan gaduh dengan boyfriend
la tapi semalam ada customer marah saya sebab saya suruh dia bayar dulu sebelum
test itu kereta control. Kan polisi di Paradigma Mall macam tu
kan? Customer kena bayar dulu sebelum test.” Jawab Seetha.
“Betul tu tapi kalau customer
nak test juga sebelum bayar kita buat je la. Customer kat sini
semuanya sombong sombong belaka. Mentang mentang masuk Paradigma Mall dah nak
berlagak dengan kita.” Kata Farah.
“Itu saya tahu sebab tu saya suruh dia
bayar dulu. Tapi kalau dia nak test juga sebelum bayar saya boleh je
tolong buatkan. Saya tak habis cakap lagi dia dah nak marah marah saya depan
ramai customer.” Balas Seetha.
“Hmm...aku dah biasa dah kena dengan customer
kerek nak mati ni. Hari tu ada customer nak beli mainan masak masak tu.
Aku dah cakap barang dalam tu ada yang hilang sebab kena curi means tak
boleh dijual la tapi dia nak juga beli. Pastu minta bateri free sebagai
ganti barang yang hilang tu. Minta kalau satu dua takpe juga, ni minta sampai
sepuluh. Aku cakap tak boleh dia mula nak bising bising. Aku malas dengar dia
membebel, aku bagi je. Yang rugi Paradigma Mall, bukan aku. Hahaha.” Suraya
ketawa dan diikuti oleh Seetha. Farah sekadar tersenyum sahaja.
“Aduhh sakitnya kaki aku ni.” Farah
mengurut betisnya yang lenguh sejak semalam.
“Kenapa dengan kaki kau tu?” Suraya
bertanya.
“Semalam berdiri lama sangat sebab customer
ramai. Tu yang sakit tu.” Jawab Farah.
“Biasalah tu. kerja kat sini mana
boleh duduk. Duduk nanti kena marah.” Kata Seetha. Farah dan Suraya mengangguk
setuju.
“Weyyhh korang. Ahad ni jangan lupa
tau datang rumah aku. Anak aku nombor dua tu bersanding.” Suraya memberitahu.
“Okay kak Suraya. Saya pasti datang
dengan boyfriend saya. Dah lama tak makan nasi minyak. Hehe.” Seetha
tersengih sengih sambil memandang muka Suraya.
“Makan la Seetha berapa banyak kau nak
makan. Jangan nanti tak boleh balik sebab kekenyangan sudah la. Kau Farah,
datang tak? Dah la masa anak sulung aku bersanding kau tak datang. Yang nombor
dua sanding ni pun kau tak datang juga?” Suraya menujukan soalan kepada Farah.
“Insha Allah Kak Su. Saya pasti
datang. Nanti saya ajak abang Hamad pergi sekali.” Farah menjawab.
“Haaa...baguslah kalau macam tu. Eh,
jom buat kerjalah. Mall ni pun dah buka. Asyik sembang je nanti si Manan
tu marah pula. Dia tu dah la tak reti nak bertolak ansur.” Kata Suraya lalu
meninggalkan bahagian Toys itu untuk pergi ke bahagiannya. Begitu juga dengan
Seetha yang turut menuju ke bahagian branded pen. Hanya Farah yang
berada di bahagian Toys itu untuk melayan pelanggan yang singgah di bahagian
tersebut.
Nanti ada masa saya baca ye.
BalasPadamp/s template bahagian footer nampaknya ada masalah. meleret terlalu panjang ke bawah.