Norin memerhatikan jalan raya yang sesak dengan kenderaan bertali arus dari
tingkap pejabatnya yang terletak di tingkat lapan Wisma Nilam itu. Sesekali
kedengaran bunyi hon dari pemandu kenderaan yang tidak berpuas hati dengan
pemandu kenderaan lain yang mengganggu kelancaran pemanduannya atau melanggar
undang undang jalan raya. Melihat keadaan jalan raya yang sesak itu, fikiran
Norin turut menjadi sesak. Sesak dengan kenangan kenangan lama ketika dia masih
kecil dan ketika dia sedang membesar di bawah jagaan Fauziah dan Razali.
Mengenang semua itu, dia menghempaskan satu keluhan berat tanda dia sudah letih
mengenangkan semua kenangan pahit itu.
Dia tidak tahu siapa yang
bersalah sekarang, dia ataupun kedua ibu bapanya? Dia sebenarnya masih tidak
berpuas hati akan segala yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapanya terhadap
dirinya suatu ketika dahulu. Sehingga kini dia masih tidak dapat memaafkan
kedua ibu bapanya. Namun begitu, dia sedar bahawa perbuatannya selama ini terhadap
kedua dua mereka mengundang dosa dan bala terhadap dirinya tetapi pada
hakikatnya orang tua dua orang itu yang bersalah, bukan dirinya. Sepatutnya
kedua dua mereka perlu meminta maaf dan menebus kesalahan mereka terhadap
dirinya tetapi dia pula yang perlu beralah dengan cara melayan mereka dengan
sebaik mungkin dan perlu menghormati mereka padahal kedua dua mereka yang telah
menyakiti hati dan mentalnya selama ini.
Kenangan ketika dia membesar
masih segar lagi di ingatannya. Dia yang tidak pandai memasak dan agak malas
suatu ketika dahulu sering kali diperlekehkan atau diejek oleh ibu bapanya
sendiri. Bukan itu sahaja, kelemahan dirinya itu dicanang oleh kedua dua mereka
kepada sahabat handai, saudara mara, dan seluruh penduduk kampung yang mengenalinya.
Natijahnya, dia sering kali diejek oleh masyarakat kerana kelemahannya yang
dipukul canang oleh kedua ibu bapanya sendiri.
Tidak cukup dengan itu, dia
sering kali dimarah, dijerkah, dan ditengking jika gagal menyiapkan sesuatu
arahan yang diberikan dengan sempurna. Sebagai contoh, jika dia menanak nasi
dan nasi itu menjadi lembik atau terlalu keras, dia akan dimarah dan ditengking
kerana gagal melakukan itu semua. Jika dia tidak menyapu sampah kerana dia
terlupa, perkara yang sama akan dilakukan terhadap dirinya seolah olah dia
melakukan kesalahan membunuh di dalam rumah itu.
Bagi dirinya, Hafizah, dan Hamad,
mereka bukanlah manusia yang tidak boleh dimarah langsung atau terlalu manja
tetapi setiap kali mereka melakukan kesalahan, mereka akan dilayan sebegitu
rupa. Mereka tertanya tanya, mengapa ibu bapa mereka tidak menggunakan pendekatan nasihat untuk
menegur mereka? Mengapa jerkahan, kemarahan, dan tengkingan mesti digunakan
untuk mendidik mereka sedangkan anak orang lain ditegur dengan cara berbentuk nasihat
dan penuh kasih sayang oleh ibu bapa mereka?
Jika ibu bapanya mendidik mereka
dengan betul, mengapa ibu bapa mereka sendiri yang melanggar apa yang mereka
didiki selama ini seperti kata pepatah : ketam yang mengajar anaknya berjalan
lurus? Sebagai contoh, mereka memarahi dirinya yang suka membuang sampah di
atas penutup tong sampah (kerana malas mahu membuka penutup sampah itu) dan
bukannya di dalam tong sampah tetapi hakikatnya mereka juga melakukan perkara
yang sama. Kemudian jika sampah sudah banyak di atas penutup tong sampah itu,
mereka akan memarahi dirinya kerana membiarkan sampah di atas penutup tong
sampah itu. Mereka mempersoalkan mengapa dia tidak buang sampah yang memenuhi atas
penutup tong sampah itu ke dalam tong sampah padahal kadang kala bukan dia yang
membuang sampah di situ. Jika dia menjawab untuk mempertahankan diri, ibu
bapanya akan mengeluarkan kenyataan : tak boleh tolong? Kalau rasa
tak boleh tolong, berambus dari rumah ni! Kalau nak duduk rumah ni, kau jangan
nak melawan ye. Aku humban kain baju kau keluar nanti!
Hakikatnya, ibu bapanya sendiri
yang bercakap tidak serupa bikin. Mereka menegah dia melakukan itu dan ini
tetapi jika mereka melakukan perkara yang sama dibolehkan atas alasan mereka
adalah ibu bapa. Dia tidak tahu undang undang apa yang ibu bapanya pakai.
Setahunya undang undang Islam tidaklah begitu.
Bila
difikirkan semula, manusia mana yang tidak geram dengan ibu bapa sendiri
apabila perkara itu terjadi? Manusia mana yang tidak marah kepada ibu bapa
sendiri atas keadaan yang berlaku itu? Jadi, wajarlah dia berasa marah dan
benci kepada kedua dua orang tua itu atas segala perbuatan mereka selama ini
tetapi dalam apa apa hal sekalipun, ibu bapanya yang sering dimenangkan, bukan
dia, atas alasan Islam sangat menjaga kedudukan ibu bapa kerana ibu bapa adalah
insan yang mulia memandangkan mereka telah mengandung dan membesarkannya selama
ini.
Adakah betul Islam begitu? Jika
betul, Islam adalah agama yang tidak adil. Islam adalah suatu agama yang mendeskriminasi
hak hak seorang anak. Islam membenarkan apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapa
kepada anak anak walaupun perkara tersebut boleh mendera mental dan emosi anak
anak.
Sesungguhnya sehingga ke hari
ini, dia memang tidak dapat menerima bagaimana ibu bapanya menggunakan kuasa
mereka sebagai ibu bapa untuk membuat sesuka hati mereka. Mereka menggunakan
kuasa sebagai ibu bapa itu untuk memudahkan segala kerja mereka di rumah
seperti menyapu sampah, menanak nasi, serta membuang sampah dan pada masa yang
sama juga mereka menggunakan kuasa ibu bapa itu untuk menutup kesalahan yang
mereka lakukan.
Namun, semua itu dihalalkan oleh
agama Islam semata mata kerana mereka ibu bapa. Ibu bapa berhak mendera mental
dan emosi anak anak atas alasan mendidik seperti mana yang Islam benarkan
selagi perkara itu tidak bertentangan dengan agama Islam. Dia sendiri berasa
bingung, bukankah Islam itu agama yang adil? Jika Islam agama yang adil, maka
mengapa dia tidak mendapat keadilan sebagai seorang anak? Mengapa dia tidak
boleh membalas segala perbuatan ibu bapanya setelah apa yang telah mereka
lakukan kepada dirinya selama ini? Dia menjadi bingung berkenaan dengan soal
itu.
Ya, Islam itu perlu diubah
mengikut kesesuaian zaman. Islam tidak boleh dipraktikkan seperti dahulu lagi.
Jika Islam itu dipraktikkan mengikut acuan ulamak ulamak dahulu, penderaan
mental dan emosi anak anak akan terus berlaku. Begitu juga dengan penderaan
fizikal. Hak seorang anak akan dinafikan. Hak manusia lain seperti golongan
gay, lesbian, biseksual, dan transeksual juga akan dinafikan. Ya, Islam perlu
diubah mengikut kesesuaian zaman supaya hak seorang manusia tidak kira apa
status pun dapat dikembalikan. Barulah Islam itu adalah sebuah agama yang
praktikal dan sesuai diamalkan sepanjang zaman. Tidak tertutup, jumud, atau
konservatif! Islam yang lebih bebas perlu diperjuangkan di negara ini dan
seluruh pelusuk dunia Islam supaya hak hak seorang manusia itu dapat dikembalikan.
Bertitik tolak daripada itu, dia
mendaftarkan diri dengan sebuah NGO yang bernama CUCI. NGO yang bukan sahaja
memperjuangkan hak asasi manusia tetapi juga memperjuangkan Islam yang lebih
liberal yakni Islam yang lebih sesuai dengan realiti pada zaman ini. Bukan lagi
Islam yang dipraktikkan pada zaman Pak Kaduk atau zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Islam yang lebih terbuka, liberal, dinamik, dan sesuai diamalkan oleh
semua anak bangsa Malaysia yang merentasi garis perkauman.
Tiba tiba dia terdengar pintu
biliknya diketuk. Lamunannya serta merta terpancung. “Masuk!” Dia bersuara.
Kelihatan seorang perempuan muda yang berusia awal 20an yang bernama Husna
masuk ke kamar kerjanya. Husna adalah setiausahanya di firma guaman itu.
“Puan Norin, Puan Mona nak jumpa
puan. Boleh saya benarkan dia masuk?” Soal Husna sambil memandang batang tubuh
Norin yang membelakanginya.
“Oh, okay, suruh dia masuk
sekarang.” Norin berkata sambil berpaling menghadap Husna lalu bergerak ke meja
kerjanya. Dia duduk di atas sebuah kerusi yang ada di situ. Husna sekadar
mengangguk kemudian dia segera keluar dari kamar kerja Norin. Tidak lama
kemudian, muncul Mona di muka pintu.
“Good morning Norin. How
are you today?” Sapa Mona dengan ceria dan senyuman lebar terukir di bibir
mungilnya.
“I am fine. Jemput duduk
Mona. You nak minum apa apa ke? Kalau nak I boleh suruh
setiausaha I buatkan.” Norin mempelawa. Dia membalas senyuman Mona itu.
Mona yang baru masuk ke kamar kerja Norin terus duduk di kerusi yang tersedia
di hadapan meja kerja Norin. Mona adalah Pengerusi CUCI yang aktif dalam memperjuangkan
hak asasi manusia di Malaysia khususnya terhadap golongan LGBT dan kebebasan
beragama. Norin pula adalah Setiausaha Agung CUCI.
“Takpe, I singgah sekejap
je kat sini nak jumpa you.” Balas Mona. Senyuman memang tidak lekang
dari bibirnya.
“Hmm...ada apa ye you nak
jumpa I? Mesti penting sangat ni kan?” Soal Norin.
“Memang penting. Ini berkenaan
dengan perhimpunan aman yang kita nak buat dekat Dataran Merdeka nanti pasal
memperjuangkan hak hak LGBT tu. Kita dah bincang hari tu kan? So lagi
dua minggu rally kita tu akan berlangsung jadi I harap you
dah buat preparation apa yang patut.” Mona menjawab.
“Oh...pasal perhimpunan tu. Hehe.
Itu you jangan risau. I dah minta dah gerak kerja kita di
bahagian media sosial dan di bahagian penerangan untuk mewar-warkan perkara ni.
I juga ada dapat feedback yang ramai nak sertai rally tu
nanti.”
“Really? That’s amazing....bagus
betul you ni. Berapa ramai yang nak datang tu?”
“Ramai Mona... Melayu, Cina,
India, Iban, Kadazan, semua ada. Mat saleh pun ramai yang nak join kita.
Diaorang ni pejuang hak asasi dari luar negara khususnya dari Amerika. For
your information Mona, bukan golongan LGBT je tau yang akan join
kita, golongan straight macam I dengan you pun akan join
sama.” Norin bercerita dengan nada bangga.
“Wow, bagusnya. I tak
sabar nak pergi rally tu. Mesti best kan dapat jumpa dengan ramai
orang yang berlainan bangsa tapi mempunyai pemikiran yang sama dengan kita. By
the way, you ada minta permit dari polis? Polis bagi tak kita buat rally
tu?”
“Polis nak bagi? Kalau Dajjal
muncul kat Malaysia ni pun jangan haraplah polis nak bagi! Kita terpaksa buat rally
tu secara aman tetapi haram. Haha.”
“Takpelah, I memang dah
agak yang polis takkan bagi punya. Polis pun macam kerajaan kita juga. Jumud!
Tapi takpe, I yakin sangat yang perjuangan kita ni akan mendapat sambutan yang
menggalakkan lebih lebih lagi ada pemimpin pembangkang yang akan join kita.
Pasti ramai yang datang. I yakin tak lama lagi LGBT akan diiktiraf di
Malaysia. I tak sanggup la tengok diaorang tu asyik nak sembunyi
sembunyi tentang hubungan diaorang. Diaorang pun manusia juga. Diaorang pun ada
hak juga nak hidup macam kita secara normal. Kenapa kita mesti sisihkan
diaorang atas alasan selera seks diaorang tak sama dengan kita. Betul tak?”
“Betul tu Mona. Semua orang
berhak hidup normal dalam negara ni. Tapi tu la. Oleh sebab ramai sangat orang
jumud dalam negara kita di samping Islam yang diamalkan pada zaman ni sudah tak
praktikal lagi jadi banyak hak hak manusia seperti hak golongan LGBT itu
dinafikan. Kesian diaorang...”
“Tu lah, sebab tu I nak
memperjuangkan supaya Islam yang kita anuti ini lebih sesuai pada zaman
sekarang. Yang lebih liberal, terbuka, dan bebas. Tidak menafikan apa pun hak
asasi manusia. Islam yang kita amalkan sekarang ni sangat jumud, tertutup, dan
tak praktikal. Islam yang kita amalkan sekarang ni dah lapuk dan ketinggalan
zaman. Jadi, sebelum anak cucu kita dinafikan hak hak mereka pada masa akan
datang, lebih baik kita perjuangkan perkara ni. Kalau tak, makin ramailah
manusia yang terseksa dalam agama Islam yang suci ini.” Mona bercakap dengan
penuh bersemangat.
“Itulah. I sangat setuju
dengan you. Hmmm...tapi kan Mona, I harap sangat yang Amerika boleh
campur tangan dalam hal ni. Kalau Amerika campur tangan, lagi senang la cita
cita kita tu. Lagi cepat la golongan LGBT ini diiktiraf kedudukan mereka.”
“Betul juga cakap you tu. I
pun harap macam tu juga.” Ujar Mona sambil memandang jam di tangan kirinya. “Oh
sorry Norin, I kena pergi sekarang. I dah janji dengan
seseorang untuk lunch hari ni, I pergi dulu ye. Nanti kita jumpa
lagi. Apa apa nanti roger roger la ye.”
“Okay. Take care.” Ucap
Norin. Selepas bersalam dan berlaga pipi, Mona meninggalkan kamar kerja Norin
untuk makan tengah hari bersama temannya.
.................................................................................................................
Khairil melihat jam yang berada
tangan kirinya. Sudah pukul 1.10 tengah hari. Ini bermakna sudah sepuluh minit
dia menunggu kedatangan sahabat karibnya, Dino yang mahu bertemu dengannya di
cafe Fakulti Pengurusan Perniagaan itu pada pukul satu tengah hari. Namun,
sampai sekarang, bayang bayang Dino masih juga tidak kelihatan.
Tujuan dia mahu bertemu Dino pada
tengah hari itu adalah untuk berkenalan dengan seorang senior yang dapat
mengajar dirinya mengenai subjek Operation Management yang susah ‘berdentum’
itu. Menurut Dino, senior yang bernama Faiz itu adalah seorang pelajar yang
cemerlang dan sering kali mendapat Anugerah Dekan setiap semester. Dino sangat
yakin yang Faiz pasti dapat membantunya menguasai subjek subjek mengira yang
dia lemah sejak di bangku sekolah lagi.
“Ril, sorry la aku lambat.
Jalan jammed tadi.” Ujar Dino yang muncul secara tiba tiba dan entah dari
mana itu.
“Kau dari mana ni? Tiba tiba
muncul je. Dah la lambat, bagi salam pun tak. Main sergah je.” Marah Khairil.
“Ala...sorry la...aku
bukan sengaja lambat. Aku naik kereta datang Fakulti ni. Abang aku pinjam
motor. Tah apa pasal tah dia nak pinjam motor. Terpaksalah aku datang sini naik
kereta. Tu yang bertembung dengan jammed tu.” Dino menerangkan situasi
yang sebenarnya.
“Hmm...yalah, malas aku nak layan
alasan kau yang panjang berjela tu. Jom la kita gi jumpa senior tu. Nanti marah
pula dia tunggu kita lama lama. Dia tunggu kat mana?”
“Betul juga tu. Dia cakap dia
tunggu kat Perpustakaan yang kat tingkat empat tu. Jomlah kita gerak sana.”
“Jom.”
Dino dan Khairil berjalan
merentasi blok bangunan Fakulti Pengurusan Perniagaan itu untuk ke Perpustakaan
yang berada di tingkat empat. Mereka juga perlu menaiki tangga untuk sampai ke
perpustakaan yang sentiasa menjadi tumpuan pelajar pelajar fakulti tersebut
untuk mengulangkaji pelajaran, bermadu kasih, atau bergosip!
“Dino, senior yang kita nak jumpa
ni macam mana orangnya? Baik ke? Garang ke? Friendly ke tak?” Soal
Khairil ketika mereka mahu menaiki tangga ke tingkat empat.
“Dia okey je. Baik la juga. Aku
yakin kau boleh ngam dengan dia. Kau tak yah risaulah.” Jawab Dino.
“Macam mana kau boleh kenal
dengan dia Dino?” Soal Khairil lagi.
“Dia tu jiran bilik aku masa aku
duduk asrama time sem satu dulu. Sebab tu aku kenal dia sebab dia selalu
lalu lalang depan bilik aku kalau dia pergi mandi ke, pergi kelas ke, pergi
jogging ke. Pastu selalu juga la borak borak dengan dia. Dari situ aku tahu dia
selalu ajar orang sebab ramai kawan kawan dia dan junior junior dia kat sini
selalu datang bilik dia minta dia ajar subjek yang diaorang tak faham.
Tapi sekarang kitaorang dah tak berjiran
dah. Dia sekarang dah pindah gi Blok B dan aku pula masih duduk kat blok C.
Tapi kalau terserempak kat mana mana selalu juga la tegur tegur.” Dino
bercerita dengan panjang lebar.
“Oh macam tu. dia tahu ke yang
dia kena ajar aku ni?”
“Tahu...aku dah cakap dengan dia
hari tu.”
Beberapa minit kemudian, mereka
telah sampai dihadapan pintu masuk perpustakaan. Setelah mendaftar di kaunter,
mereka masuk ke dalam perpustakaan yang banyak menyimpan buku buku rujukan dan
buku buku teks untuk kegunaan pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan tersebut.
“Mana senior tu?” Tanya Khairil.
“Jap. Aku tengah cari ni.
Haa...tu dia. Jom kita gi sana.” Dino berjalan menuju ke bahagian kanan
perpustakaan yang menempatkan buku buku rujukan subjek Marketing, Public Relation,
dan Transport. Khairil yang terpinga pinga sekadar mengikut sahaja gerak
langkah Dino dalam perpustakaan itu.
“Assalamualaikum, abang Faiz.”
Dino memberi salam kepada seorang lelaki yang memakai baju hitam dan sedang
membaca buku di salah sebuah meja yang berada di perpustakaan itu.
“Waalaikumussalam. Oh... dah
sampai dah. Duduk la.” Pelawa lelaki itu. Dia mempersilakan Dino dan Khairil
duduk di dua buah kerusi yang terdapat di hadapannya. Khairil dan Dino
bersalaman dengan lelaki yang berusia dalam awal 20an itu.
“Ni la senior yang aku cakap tu
Ril. Nama dia Abang Faiz. Sekarang ni dia dah sem lima. Lagi satu sem dia habis
la diploma ni. Pastu sambung degree pula.” Ujar Dino. Khairil sekadar
mengangguk sambil tersenyum memandang lelaki itu.
Sangkaan Khairil benar benar jauh
meleset. Dia fikirkan senior yang akan diperkenalkan oleh Dino itu seorang
lelaki yang lembut atau setidak tidaknya seorang pelajar lelaki yang nerd.
Tetapi Abang Faiz yang diperkenalkan oleh Dino ini bukan sahaja kacak, pandai,
dan sado, malah dia juga adalah seorang lelaki maskulin dan pakaiannya
memperlihatkan dirinya seorang yang sangat menitikberatkan soal fesyen dan
penampilan diri. Khairil benar benar terkejut melihat Abang Faiz dihadapannya
itu. Lebih lebih lagi melihat bentuk tubuh Faiz yang sangat cantik dan
lengannya yang berotot menunjukkan lelaki itu gemar ke gimnasium.
“Ni ke budak yang kau cakap nak
belajar dengan aku tu?” Soal Faiz kepada Dino.
“Haah bang. Dia ni la.” Jawab
Dino.
“Kau lemah dalam subjek apa? Kau
nak aku ajar kau dalam subjek apa?” Soal Faiz dengan gaya macho dan cool.
Dia memandang Khairil yang duduk disebelah kanan Dino.
“Saya lemah dalam subjek
Operation Management bang. Harap abang boleh la ajar saya subjek tu sebab saya
tak nak repeat subjek tu sem depan macam saya repeat subjek accounting
dulu.” Khairil menjawab.
“Hmmm....okay macam ni. Hari
Jumaat dan Sabtu malam kau datang asrama. Aku ajar kau kat bilik aku pada pukul
sembilan malam. Boleh?”
“Err... kenapa pukul sembilan
bang? Pastu saya nak tidur mana nanti bang? Rumah saya jauh. Saya duduk luar.
Takut la nak balik jauh jauh malam. Nanti terserempak dengan pontianak susah
pula.” Dino dan Faiz ketawa mendengar kata kata Khairil namun dikawal dengan
sebaik mungkin supaya tidak menganggu pelajar yang lain.
“Aku suruh datang kul sembilan
sebab kul lapan tu aku nak work out. Pasal nak tidur mana tu kau
jangan risau. Aku duduk sorang dalam bilik. Kau boleh tidur kat bilik aku.”
“Waktu siang abang tak boleh ajar
ke bang?”
“Bukan tak boleh tapi biasanya
waktu siang aku ada hal. Ada kelas ganti la, ada aktiviti asrama la, ada gotong
royong la, macam macam la. Biasanya ada je aktiviti hari Sabtu dah Ahad siang
tu. Jumaat pagi pula aku ada kelas. Malam je yang aku free.”
“Oh...okay la kalau macam tu.
Terima kasih la bang sebab sudi nak ajar saya.” Ucap Khairil.
“Sama sama. By the way,
siapa nama kau ea?”
“Khairil.”
“Okay Khairil, Jumaat dan Sabtu
minggu ni kita mula ye.” Ujar Faiz sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada
Khairil. Khairil sekadar mengangguk dengan semangat yang menjulang tinggi.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.