Sabtu, 28 Mei 2016

DRAMA : MAAF MASIH DI HATI BAB 7, 8, DAN 9






BABAK 7 : DI HOSPITAL
Nota : dua bulan kemudian
Waktu : dinihari
Doktor Rohaya : Siapa ahli keluarga Puan Amirah? (bertanya dengan kuat)
Aqilah : Saya doktor. Saya kakak dia.
Doktor Rohaya : Baguslah Puan ada kat sini. Puan Amirah nak sangat jumpa dengan Puan. Keadaan dia agak kritikal sekarang ni sebab dia kehilangan banyak darah semasa melahirkan.
Aqilah : Ya Allah…(menangis). Anak dia macam mana doktor? Boleh ke saya jumpa dia sekarang doktor?
Doktor Rohaya : Anak dia okay puan. Dia dapat anak perempuan. Puan boleh jumpa dia sekarang dalam bilik bersalin. Harap puan boleh bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku.
Aqilah : Baiklah. Terima kasih doktor.
Doktor Rohaya : Sama sama.    

……………………………………………………………………………………………………….
Amirah : Long, aku tahu aku dah tak lama kat dunia ni long. (dalam keadaan nazak)
Aqilah : Jangan cakap macam tu dik. Ingat Allah. Kan jodoh dan maut tu di tangan Allah. (menangis)
Amirah : Long, sebelum aku pergi, aku ada satu permintaan. Boleh tak kau tunaikan permintaan aku?
Aqilah : Boleh dik. Kau cakaplah apa sahaja permintaan kau. Aku pasti akan tunaikan dik.      
Amirah : Long, bila aku dah takde nanti, kau jangalah anak aku baik baik. Kau namakan anak aku tu dengan nama Izzati binti Abdullah. Sampai satu masa yang sesuai nanti, kau bagitahulah siapa diri dia yang sebenar. Kau cakap dengan dia, yang aku benar benar minta maaf sebab dah jadikan dia anak luar nikah. Kau beritahu pada dia yang aku benar benar menyesal atas apa yang berlaku. Cakap kat dia yang aku sangat sayang pada dia.
Aqilah : Baiklah dik. Aku akan ingat pesan kau tu.
Amirah : Long, ajar aku mengucap long.
Aqilah : Laillahaillallah.
Amirah : Lailahalillallah. (tersekat sekat)
Aqilah : Laillahaillallah.
Amirah : … (sudah meninggal dunia) 
Aqilah : Mira….

Ahad, 22 Mei 2016

DRAMA : MAAF MASIH DI HATI BAB 4, 5, DAN 6



 

BABAK 4 : DI BILIK GURU
Nota : Pada waktu tengah hari
Amirah : Kenapa kau termengah mengah ni Aida? Kau berlari dari mana ni? Ada orang kejar kau ke?
Aida : Bukanlah. Aku ada berita penting ni nak bagitahu kat kau. (tercungap-cungap)  
Amirah : Berita penting? Apa dia? Cakaplah.
Aida : Kau ingat tak Danish? Budak lelaki yang handsome gila tu lepas tu dapat straight A dalam SPM tahun lepas?
Amirah : Ohhh Danish…mestilah aku kenal. Dia selalu datang tuisyen kat rumah aku kot dulu. Aku la yang ajar dia Matematik Tambahan masa dia SPM tahun lepas. Kenapa dengan dia?
Aida : Dia terlibat dalam kemalangan ngeri pagi tadi. Cuba kau baca kat akhbar ni. (beri akhbar kepada Amirah)
Amirah : (Seusai membaca) Haah la…Astaghfirullahalazim. Kesiannya dia.
Aida : Kesian kan? Muda muda lagi dah meninggal. Eh kau tahu tak sekarang dia belajar kat mana?
Amirah : Yang aku tahu, lepas habis SPM hari tu, dia sambung belajar kat UIA. Ambil Asasi Undang Undang.
Aida : Oh macam tu. Haihh, kesian kat budak ni. Baru lapan belas tahun dah menemui ajal. Semoga Allah mencucuri rahmat rohnya dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman.
Amirah : Amin…begitulah hendaknya.

Rabu, 18 Mei 2016

DRAMA : MAAF MASIH DI HATI BAB 1, 2, DAN 3



BABAK 1 : DI BILIK TIDUR AMIRA DAN HAZIQ
Amirah : Arrhhhh!!!!
Haziq : Kenapa ni? (terkejut dan terpinga-pinga)
Amirah : Saya mimpi buruk bang. (berpeluh-peluh dan tercungap-cungap)
Haziq : Mimpi buruk? Tu la…sebelum tidur tak nak ambil wuduk. Sebab tu syaitan kacau masa tidur. Sudahlah tu. Jom tidur balik. Esok pagi nak kerja. Takut tak bangun pula esok nanti. (baring semula)
Amirah : Ya la bang. Abang tidur dulu. Saya nak ke bilik air kejap.
Haziq : Okay.

BABAK 2 : DI BILIK GURU
 Aida : Kau ni kenapa mira? Aku tengok muka kau sembab je. Kau tak tidur ke semalam?
Amirah : Tidur… Tapi semalam pukul 4.30 pagi aku tersedar. Aku mimpi buruk semalam.
Aida : Mimpi buruk? Mimpi apa?
Amirah : Aku mimpi seorang lelaki yang besar, lepas tu dia pukul pukul aku dengan cemeti dalam keadaan tangan aku terikat. Lepas tu dia suruh aku mengaku. Tapi aku tak tahu aku nak mengaku apa kat dia.
Aida : Selalu ke kau mimpi benda benda macam tu?
Amirah : Sejak kandungan aku berusia tiga bulan macam tu, aku dah mula mimpi benda benda ngeri tu. 
Aida : Sudahlah tu. Janganlah fikir yang bukan bukan. Mainan tidur je tu. Banyakkan berselawat dan baca ayat ayat suci Al Quran sebelum tidur. Ambil wuduk sekali. Insha Allah…pasti mimpi mimpi macam tu takkan datang lagi. 
Amirah : Hmmm…terima kasih Aida atas nasihat tu.
Aida : Okay, sama sama. (tersenyum)

TERPINGGIR DI TENGAH TENGAH MAJLIS

Di dalam sebuah dewan yang dihias indah, 
Dianjur sebuah majlis yang berdiri megah, 
Dibuat untuk semua penerima penerima anugerah, 
Yang mempunyai keistimewaan diri yang tiada sudah. 

Semua hadirin yang datang memberi hormat, 
Dan sudah pasti memberi tepukan yang paling kuat, 
Sebagai merai penerima anugerah yang dianggap hebat, 
Maka terpinggirlah orang orang yang kononnya tidak bermanfaat, 
Menjadi penonton pasif yang sentiasa patuh dan taat. 

Di dalam sebuah majlis yang gilang gemilang,
Hanya pasti akan mengangkat orang orang yang terbilang, 
Yang mempunyai keistimewaan yang tidak terhalang, 
Dan pada orang orang yang tiada cemerlang, 
Tetapi mempunyai keistimewaan yang sentiasa terhidang, 
Namun cuma muncul ketika waktu waktu yang boleh dibilang, 
Terpinggir di tengah tengah majlis yang diiringi paluan gendang.

Sabtu, 14 Mei 2016

ISMI FA ISMAIL : PENULIS INDIE YANG BUKAN FIXI TETAPI MISTERI


Sumber : Google


Setiap kali saya singgah ke kedai buku MPH di MidValley, setiap kali itulah saya akan ternampak buku Jangan Baca Novel Ni yang ditulis oleh Ismi Fa Ismail. Saya ada tergerak hati untuk membeli buku tersebut namun oleh kerana acapkali saya ketidakcukupan wang, jadi saya membatalkan niat tersebut.

Suatu hati (saya sudah tidak ingat bila tetapi sekitar tahun lepas), saya singgah ke kedai buku itu lagi untuk mencari buku yang saya minat. Biasanya saya akan ke rak bacaan umum terlebih dahulu untuk mencari buku buku yang saya gemari. Namun, satu pun tiada. Semua buku tersebut tidak menarik atau saya pernah membacanya. Jadi saya terus ke rak yang menempatkan novel novel bahasa Melayu.

Tiba tiba mata saya tertancap pada novel Jangan Baca Novel Ni. Saya terus mengambil novel tersebut dan membaca sinopsisnya. Saya membuka halaman pertamanya untuk mendapat gambaran awal mengenai novel itu sementelahan sinopsis yang berada di belakang novel itu gagal membantu saya untuk mendapat gambaran awal tersebut. Ya, saya tertarik dengan novel itu dan saya terus membelinya bersama novel Tanpa Tajuk (sambungan kepada novel Jangan Baca Novel Ni.

Jumaat, 13 Mei 2016

JANGAN SEGAN UNTUK MENULIS DAN BERKARYA DALAM BLOG


Sumber : Google

Saya yakin dan percaya, ada dalam kalangan pembaca blog ini yang gemar dan minat menulis. Oleh sebab itulah, anda mempunyai sebuah blog untuk meluahkan rasa minat dan kegemaran menulis anda itu.

Walau bagaimanapun, ada juga pembaca blog ini yang bukan minat menulis pun. Mereka mempunyai blog hanya kerana mereka percaya yag mereka boleh mendapat banyak duit hasil daripada menulis blog. Oleh sebab itu, mereka gemar menghasilkan (bukan menulis) artikel artikel yang bersifat ‘kontroversi’ bagi menarik ramai orang singgah ke blog mereka kemudian mereka meletakkan iklan yang karut marut sehingga sukar untuk pembaca mendapatkan maklumat daripada blog tersebut.

Saya dahulu pun adalah antara penulis blog yang terlalu mengejar wang ringgit hasil daripada menulis blog. Namun, setelah menemui kegagalan beberapa kali dan berputus asa serta mendengar lagu Bukan Kerana Nama dendangan Ramli Sarip, saya membatalkan hasrat saya itu. Saya tidak mahu menulis artikel atau rencana yang bersifat gah pada tajuk tetapi tidak berkualiti hanya kerana untuk mendapatkan wang sahaja.