Sumber : Google |
Nama Razali Zakaria sebagai wartawan
dan pengarang memanglah tidak popular seperti mana nama Datuk A. Kadir Jasin,
Tan Sri Zainuddin Maidin, Adibah Amin, Fathi Aris Omar, Ahmad Lutfi Othman, dan
Bahyah Mahmod tetapi kehadiran beliau dalam ranah kewartawanan tidak boleh
sesekali dipandang sebelah mata kerana beliau mempunyai kelasnya yang
tersendiri dalam dunia tersebut.
Beliau telah lama berkhidmat sebagai
wartawan dan editor di Berita Harian dan kini bertugas sebagai Pengarang Kanan
di portal Ismaweb.net.
Pada 12 March yang lalu, kelab
Pembina UiTM Shah Alam (sebuah pertubuhan belia di bawah Isma) telah
menganjurkan satu bengkel kewartawanan yang bertempat di Fakulti Undang Undang.
Sebagai peminat kepada dunia kewartawanan, saya dan beberapa orang rakan lagi
telah turut serta dalam bengkel tersebut. Di sana, saya telah ‘berguru’
dengan Razali Zakaria selama lebih kurang dua jam mengenai dunia kewartawanan.
Walaupun saya amat meminati dunia
kewartawanan sementelahan kegemaran saya adalah menulis, namun saya agak
skeptikal mengenai cabaran kerjanya. Maka, terus terang saya mengatakan,
kerjaya sebagai wartawan bukanlah kerjaya yang saya mahu ceburi setelah saya
menamatkan pengajian saya di universiti ini. Namun, minat yang tidak berbelah
bahagi dalam bidang ini memang tidak dapat lari dari sanubari saya sebagai
seorang penulis (blogger).
Walaubagaimanapun, seandainya saya
diberi peluang untuk menjadi seorang wartawan, barangkali saya tidak akan
menolak peluang tersebut.
Bercakap mengenai bengkel tersebut,
kami telah diberi penerangan secara ringkas mengenai penulisan berita dan
penulisan rencana (salah satu skop kerja sebagai wartawan). Sepanjang bengkel
itu berlangsung, saya sempat mengajukan beberapa soalan kepada Tuan Razali mengenai
kerja sebagai wartawan dan beliau dapat menjawabnya dengan baik. Namun begitu,
aktiviti yang saya rasa paling istimewa dalam bengkel tersebut adalah apabila
kami diminta oleh Tuan Razali untuk menulis sebuah berita berdasarkan kenyataan
akhbar Ketua Polis Negara mengenai isu pengganas.
Seperti yang saya sedia maklum, menulis
sebuah berita bukanlah satu kerja yang mudah seperti mana saya menulis sebuah
artikel di dalam blog. Penulisan berita mempunyai gaya dan caranya yang tersendiri.
Jika kita gagal menguasai cara dan gaya itu, penulisan berita kita akan menjadi
tidak sempurna dan ada cacat celanya.
Setelah penulisan berita saya siap
separuh, Tuan Razali telah meminta berita yang saya tulis itu dipaparkan di
hadapan untuk tatapan peserta peserta lain. Beliau juga mula menyunting berita
yang saya tulis itu dan seperti biasa, berita yang saya tulis itu banyak
salahnya.
Walaupun berita yang saya tulis itu
tidak bagus, namun saya tetap berpuas hati dan gembira kerana saya mempunyai
pengalaman menulis sebuah berita dan berita yang saya tulis itu disunting pula
oleh seorang editor yang berpengalaman seperti beliau.
Sebelum ini, saya tidak pernah
mendengar nama Razali Zakaria sebagai wartawan. Itulah kali pertama saya
bertemu dan mengenalinya. Pulang sahaja dari bengkel tersebut, saya terus
membuka portal Ismaweb.net untuk membaca artikel artikel yang beliau tulis
dalam portal tersebut. Jelas kelihatan, beliau adalah seorang penulis rencana
yang berani, tajam, kritis, dan terbaik.
Amat jarang sekali seseorang penulis
itu boleh membebaskan dirinya daripada ideologi politik kepartian ketika dia
menulis tetapi Razali Zakaria boleh melakukannya. Beliau sama seperti penulis
Yahaya Ismail yang sentiasa menyokong kebenaran dan menolak penipuan dalam mana
mana parti politik. Maksudnya, beliau akan ‘membelasah’ sesiapa sahaja – tidak
kira pembangkang atau kerajaan yang cuba merosakkan agama, bangsa, dan negara.
Penulis seperti inilah yang negara
perlukan. Negara tidak memerlukan penulis yang kaki ampu dan kaki bodek kerana
penulis sebegini hanya akan merosakkan negara. Saya sangat bersyukur kerana
masih ada lagi penulis seperti Razali Zakaria, Yahaya Ismail, dan Dr. Ridhuan
Tee Abdullah di negara ini.
Walaupun ada sesetengah pihak yang
tidak suka kepada Razali (terutama parti pembangkang) kerana beliau terlalu pro
Melayu dan Islam, namun Razali terus menulis mempertahankan kedua dua entiti
itu tanpa rasa takut mahupun gentar. Saya berdoa agar Allah sentiasa melindungi
Razali dan keluarga dari segala ancaman dan mara bahaya. Harpnya Razali terus menulis demi agama, bangsa, dan negara.
Wartawan yang berani dan tegas
seperti Razali terutama dalam mempertahankan agama, bangsa, dan tanah air dari
dirobek oleh pemimpin yang gila kuasa perlu dihargai oleh kita semua. Sebagai
penulis (blogger), saya akan terus berdoa agar Razali diberi kekuatan oleh
Allah untuk terus menulis bagi mempertahankan Islam, Melayu, Malaysia dari
diganggu gugat oleh ultrakiasu dan pemimpin pemimpin yang tidak mampu mengawal
nafsu!
Zumal ada gak pernah teringin nak jadi wartawan tapi bila fikir balik tak sanggup lak
BalasPadamterlalu tinggi sanjungan buat ana.. segala-galanya milik Allah Taala
BalasPadam