Sumber : Google |
Saya adalah penulis novel dan cerpen
secara atas talian (online) di blog. Anda boleh melihat dan mungkin
juga menilai hasil karya saya yang terdapat di dalam blog ini.
Ramai yang bertanya dan memberi
saranan kepada saya supaya menghantar karya karya saya sama ada yang berbentuk
cerpen, novel, atau puisi kepada mana mana akhbar/majalah atau mana mana
syarikat penerbitan.
Saya pernah berbuat demikian tetapi
karya saya ditolak kerana dikatakan
tidak kreatif dan tidak mempunyai nilai nilai komersial. Saya perlu
mengaku di sini saya menulis bukan hanya untuk meraih pendapatan semata mata
tetapi juga kerana ingin menyampaikan pemikiran, berkongsi pandangan,
melontarkan ilmu selain ingin memenuhi tuntutan minat yang mendalam dalam bidang
penulisan.
Karya yang saya tulis juga mungkin
terlalu bebas. Karya yang terlalu bebas yakni yang boleh mencabar kepompong
minda masyarakat Malaysia mungkin sukar diterima oleh penerbit.
Penerbit di Malaysia terutama
penerbit novel hanya menerbitkan novel novel yang ditulis dengan gaya yang
penuh kreatif (mengikut tafsiran mereka) dan mempunyai nilai nilai komersial
sahaja yakni novel novel yang berpotensi untuk laris di pasaran seperti novel
novel cinta.
Novel novel yang kurang kreatif
(mengikut tafsiran penerbit dan editor novel) dan tidak mempunyai nilai nilai
komersial tetapi mengandungi nilai, pengajaran, ilmu, pemikiran, prinsip, dan
falsafah seperti karya karya saya sampai kiamat pun tidak akan diterbitkan.
Maka, blog adalah medium terbaik untuk memaparkan karya karya saya yang tidak
kreatif dan tidak mempunyai nilai nilai komersial itu.
Pasti ramai yang bertanya apa
tafsiran karya yang kreatif bagi saya? Bagi saya, karya yang kreatif adalah
karya yang mengandungi cerita atau cereka yang ditulis oleh seorang penulis
yang mempunyai nilai, pengajaran, ilmu, pemikiran, prinsip, dan falsafah.
Contoh contoh karya kreatif yang menepati tafsiran saya ini adalah karya karya
yang ditulis oleh para Sasterawan Negara.
Walaubagaimanapun, saya tidak menolak
sama sekali karya karya yang ditulis oleh penulis penulis mapan seperti Anis
Ayuni, Damya Hana, Aisya Sofea, Fauziah Ashaari dan ramai lagi sebagai karya
kreatif. Karya mereka juga adalah karya kreatif mengikut tafsiran penerbit novel
dan editor novel mereka yang pilih kasih itu!
Saya tidak sedih jika karya saya
tidak diterbitkan memandangkan saya faham bahawa manusia moden memang
mementingkan penguasaan ekonomi dan keuntungan. Apa apa perkara yang tidak
boleh memberi keuntungan kepada mereka tetapi boleh memberi nilai tambah kepada
masyarakat pasti akan dibakulsampahkan. Jadi cukuplah saya menerbitkan semua
karya karya saya di dalam blog ini dan karya karya saya itu dibaca oleh
sekalian pembaca blog ini.
Perlu diingatkan kepada penerbit
novel di Malaysia, novel Salina yang ditulis oleh A. Samad Said bukanlah sebuah
novel yang kreatif (bagi saya) kerana jalan ceritanya sungguh membosankan dan
tidak pun mempunyai nilai nilai komersial yakni keuntungan yang diperoleh hasil
penjualan novel ini tidak mampu melawan keuntungan hasil penjualan novel Adam
dan Hawa karya Aisya Sofea sehingga diterbitkan menjadi sebuah drama, tetapi
novel ini adalah mahakarya kepada A. Samad Said sehingga bergelar Sasterawan
Negara.
Wujud persoalan, apakah tafsiran
sebenar karya yang kreatif bagi penerbit novel di Malaysia ini?
Wahhh... Salina tu dulu saya suka melukis wajahnya tau...
BalasPadamPada pendapat saya, karya kreatif adalah karya hasil sendiri tiada unsur ciplak dan ada pelbagai genre mengikut isu semasa.
Baik Haziq hantar karya kepada pihak berkaitan. Mereka lebih berhak menilai.
Pihak berkaitan tu siapa?
PadamMalaysia nie begitu la, kan...
BalasPadamKupasan yang kreatif dan wajar menjadi renungan penerbit novel.
BalasPadamSaya setuju dengan pendapat tuan...kerana saya sudah mengalaminya...saya ada manuskrip novel..jalan ceritanya melawan arus tema yang klise..ada pihak penerbit yang memberikan penarafan 4 bintang..tapi di tolak juga.
BalasPadamSlm...sy berminat untuk menulis kisah hidup saya untuk dinovelkan dan ingin menggunakan nama samaran bagi tujuan penulisan ... pada penerbit mana yang sesuai untuk saya tuju hasil penulisan saya...
BalasPadamSlm...sy berminat untuk menulis kisah hidup saya untuk dinovelkan dan ingin menggunakan nama samaran bagi tujuan penulisan ... pada penerbit mana yang sesuai untuk saya tuju hasil penulisan saya...
BalasPadamSlm...sy berminat untuk menulis kisah hidup saya untuk dinovelkan dan ingin menggunakan nama samaran bagi tujuan penulisan ... pada penerbit mana yang sesuai untuk saya tuju hasil penulisan saya...
BalasPadam