Sumber : Google |
Aiman Banna – kalau nama ini disebut
sudah pasti belia belia Melayu Islam kenal dengan lelaki ini. Seorang pendakwah
muda yang comel, berkarisma, berani dan berwawasan. Memang Aiman Banna – setahu
saya – tidak pernah masuk ke dalam mana mana program televisyen namun remaja
yang berusia 19 tahun ini sangat terkenal di dunia Twitter dan mungkin juga di
dunia blog (jika saya tidak silap).
Baru baru ini, persatuan PEMBINA UiTM
Shah Alam menganjurkan sebuah forum berkenaan dengan remaja Islam (saya lupa
nama tajuk forum dalam Bahasa Inggeris itu) di mana Aiman Banna menjadi salah
seorang daripada panelisnya. Seorang lagi panel adalah Ustaz Abdul Rahman –
juga seorang pendakwah yang popular – tetapi saya tidak mengenalinya. Saya pada
awalnya sekadar suka suka sahaja datang ke majlis ilmu itu. Tidak sangka pula
dapat bertemu dengan Aiman Banna di sana.
Saya mengenali Aiman Banna melalui
Twitter. Pada awalnya saya tidak kenal siapakah pemilik akaun Twitter yang
mempunyai ribuan malah ratusan ribu pengikut (followers) itu, tetapi
saya tahu dia acapkali menulis berkenaan dengan dakwah melalui tweet tweetnya.
Kemudian saya mendapat tahu dia menulis buku dakwah yang berjudul Henshin (saya
tidak sempat membeli buku ini) yang merupakan sebuah buku yang agak laris di
pasaran. Mungkin berada di tempat ketiga sebagai buku paling laris di kedai
buku MPH (jika saya tidak silap).
Melalui tweet tweetnya, Aiman banyak
mengadakan ceramah di beberapa buah sekolah dan institut pengajian tinggi.
Setakat pada malam dia hadir ke UiTM Shah Alam itu, sudah 108 buah tempat yang
telah dia hadiri di mana dia dijemput untuk menyampaikan ceramah tersebut.
Ternyata bukan calang calang manusia bernama Aiman Banna ini.
Saya pernah membayangkan yang Aiman
mungkin akan singgah ke UiTM Shah Alam suatu hari nanti untuk menyampaikan
ceramah namun tidak sangka pula apa yang saya bayangkan itu menjadi kenyataan
dengan secepat itu. Bukan kerana saya terlalu fanatik kepada beliau, cuma ingin
tahu juga apakah kelebihan anak muda ini sehingga ramai orang
mengaguminya.
Ternyata orang yang mengagumi anak
muda ini punya sebab yang tersendiri. Beliau memang remaja yang luar biasa.
Baru berusia 19 tahun tetapi sudah mampu untuk berkahwin (akan menjadi bapa
tahun hadapan), memimpin beberapa buah syarikat, menjadi seorang pendakwah
seterusnya bergelar seorang pelajar dalam bidang syariah. Empat perkara yang
berjalan secara serentak inilah yang membezakan Aiman dengan remaja remaja dan
pendakwah pendakwah (termasuk motivator) yang lain.
‘Berguru’ dengan Aiman sedikit
sebanyak memberi satu pengalaman manis dalam diri saya. Kunci kejayaan Aiman
adalah jangan pandang rendah pada diri sendiri dan jauhkan diri daripada dosa.
Namun itulah yang selalu dilakukan oleh kita semua menyebabkan Allah terpaksa
menangguh kejayaan kita. Sedikit sebanyak, Aiman telah membentuk satu aliran
pemikiran baru dan menyuntik motivasi dalam diri saya.
Walaupun ada sahabat saya tidak
menyukai Aiman kerana ada beberapa pendekatan dakwah yang Aiman gunakan tidak
cocok pada padangan sahabat saya itu, namun pada saya, itu adalah lumrah. Setiap
manusia pasti ada kelemahan di sana sini. Ulamak pun boleh melakukan dosa
bagaimana pula kita sebagai manusia biasa. Pada saya, walaupun Aiman itu hebat dan luar
biasa, namun hakikatnya dia tetap manusia biasa yang sudah pasti tidak akan terlepas
dari melakukan kesalahan dan dosa.
Kita tidak boleh sesekali menghukum seseorang hanya berdasarkan luarannya sahaja. Kenali dahulu orang tersebut kemudian barulah kita boleh membuat penilaian yang berhemah ke atas dirinya. Mungkin Aiman mempunyai alasan tersendiri mengapa beliau mengambil pendekatan dakwah sebegitu. Pada saya, hadir dahulu ke sesi ceramah Aiman, kemudian barulah kita boleh menilai apakah pendekatan dakwah yang anak muda ini gunakan sesuai ataupun tidak.
Sebenarnya negara ini kekurangan anak
muda yang berwawasan dan berinovasi seperti Aiman. Di negara negara Barat, anak
anak muda yang mencipta kejayaan yang luar biasa seperti Mark Zuckerberg
bukanlah sesuatu perkara yang ganjil. Namun, di sini, kita kekurangan orang
orang seperti itu. Mungkin Aiman adalah pencetus kepada kebangkitan anak muda
yang boleh mencapai kejayaan luar biasa pada masa akan datang.
Pada saya Aiman boleh pergi jauh
sebagai seorang pendakwah dan motivator kejayaan. Cuma ke mana Aiman mahu
membawa dirinya saya tidak pasti. Cukuplah saya katakan yang Aiman mempunyai
masa depan yang cerah sebagai da’i moden dalam kalangan anak muda. Sebagai
seorang pemerhati sosial, saya akan terus memerhatikan Aiman untuk melihat
lebih banyak kejayaan yang bakal dikecapi oleh anak muda ini. diharapkan agar
pendekatan dakwah Aiman yang dianggap ‘songsang’ oleh sesetengah orang itu
boleh diambil cakna oleh Aiman.
Untungnya MNH ketemu Aiman Banna..;)
BalasPadamdah lama xsinggah sini...pekabo haziq?? hihi
BalasPadamdah lama xsinggah sini...pekabo haziq?? hihi
BalasPadamKak Deanna. Khabar baik kak. Sihat. Sibuk sikit dengan belajar. Maaflah tak sempat nak.singgah blog akak. Cuti semester nanti saya blogwalking puas puas blog akak.
BalasPadamhaziq..xpe...utamakan yg ptg dulu....dont worry hehehhe
BalasPadam