Sabtu, 2 Ogos 2014

DUNIA HIBURAN KITA SEMAKIN TERJAJAH DAN DIJAJAH



Dunia Hiburan Kita Semakin Terjajah
Gambar Hiasan

        Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfirti kepada semua umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Marilah kita saling bermaafan di atas semua silap dan khilaf kita selama ini bukan hanya sesama manusia malahan dengan Allah juga. Saya – penulis blog MNH Sastera Melayu ingin menyusun sepuluh jari di atas ketidakpuashatian anda sepanjang anda membaca blog saya yang serba kekurangan ini.

       Setiap kali hari raya, setiap kali itulah pelbagai program program raya akan muncul di kaca televisyen. Setiap stesen televisyen akan memaparkan rancangan rancangan hari raya yang menarik sehingga penonton begitu rambang mata untuk memilih rancangan mana yang hendak mereka tonton terlebih dahulu.

  
        Dari satu segi, ya, memang membawa kebaikan kepada penonton itu sendiri. Penonton tidak akan berasa bosan apabila berada di rumah terutama pada waktu malam kerana ada pelbagai rancangan yang menarik yang boleh mereka tonton di televisyen. Tetapi, dari satu segi ada juga keburukkannya jika begitu banyak rancangan rancangan menarik dipaparkan di televisyen. Penonton sudah tidak mahu lagi untuk kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai kerana terlalu asyik dengan rancangan rancangan hiburan di televisyen.

       Melihat kepada rancangan rancangan hiburan yang dipaparkan di televisyen negara kita, saya dapat merasakan rancangan rancangan kita terutama drama dan filem sudah terjajah dan dijajah! Mengapa saya berkata sedemikian? Ini kerana sudah begitu ramai pelakon pelakon dari Indonesia membintangi drama drama kita. Adakah kita sudah kekurangan pelakon pelakon yang berbakat di negara kita sehingga kita perlu ambil pelakon pelakon dari tanah seberang?

       Saya ingin bertanya, berapa ramai pelakon pelakon di negara kita ditawarkan berlakon di sana? Setahu saya hanya seorang sahaja iaitu Ashraf Sinclair dan itu pun kerana dia berkahwin dengan Bunga Citra Lestari. Kita juga suka mengambil filem filem dan drama drama dari Indonesia masuk ke negara ini contohnya Heart Series 2 yang ditayangkan di Astro Ria. Persoalannya sekarang adakah pihak televisyen Indonesia menayangkan filem dan drama kita di negara mereka?

        Mengapa kita terlalu baik dengan mereka sedangkan mereka tidaklah bersikap begitu dengan mereka? Sudahkah kita semua lupa apa yang mereka telah lakukan kepada kita suatu ketika dahulu? Mereka tega membaling tahi di kedutaan kita, mereka mencaci dan menghina kita kerana satu isu yang kecil sahaja. Bagi melihat perkara ini, anda boleh tonton di Youtube apa yang bangsa Indonesia katakan kepada bangsa kita. Tepuk dada dan tanya iman.

        Nasihat saya kepada pengusaha televisyen tempatan, siarkanlah rancangan rancangan di negara kita sendiri terlebih dahulu sebelum bermurah hati untuk siarkan rancangan rancangan dari negara lain. Kenapa kita mesti begitu baik dengan mereka sedangkan balasan yang kita terima langsung tidak setimpal dengan apa yang kita lakukan.

        Baru baru ini timbul satu isu di mana Mufti Kelantan iaitu Datuk Muhammad Shukri mengkritik pihak Astro kerana menyiarkan slogan “maafkan saya… kosong kosong ya”. Budaya rimba manakah dicedok oleh Astro ini? Saya bersetuju dengan saranan Mufti Kelantan itu yang mencadangkan ucapan “maafkan saya zahir dan batin” kerana itu lebih melambangkan keiklasan apabila kita memohon kemaafan. Sepatutnya perkara yang tidak ada dalam Islam janganlah kita cuba bawa kerana itu boleh mengundang spekulasi di belakang hari.

         Sudah acapkali saya katakan bahawa dunia hiburan kita memerlukan pemikiran Islam di dalamnya. Jangan sesekali membawa budaya barat dalam dalam filem filem kita seperti memaparkan aksi lucah dan babak babak ranjang walaupun sekadar ringan ringan sahaja. Ingatlah, kita tinggal di negara Islam dan masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang bersopan santun. Jika kita memaparkan perkara yang tidak senonoh begitu di dalam drama atau filem kita, jelas kelihatan bahawa kita menjatuhkan norma norma baik yang kita paparkan dalam masyarakat kita selama ini.   

       Filem dan drama merupakan antara medium pendidikan yang agak berpengaruh dalam sesebuah masyarakat. Jika memaparkan perkara perkara yang negatif, dikhuatiri masyarakat akan mengikutinya secara membuta tuli. Oleh sebab itu, masalah sosial semakin membarah dalam masyarakat kita. Ini disebabkan filem filem dan drama yang mereka tonton memaparkan nilai nilai negatif seperti itu sekaligus gagal memberi didikan yang baik kepada mereka.

        Nasihat saya kepada penguasa filem atau drama, paparkanlah karya karya yang mampu memberi ilmu dan pengajaran kepada masyarakat secara langsung. Stesen stesen televisyen pun sepatutnya menapis rancangan rancangan yang hendak mereka siarkan dalam stesen yang mereka miliki. Kita tidak mahu lagi program program hiburan kita terjajah dan dijajah oleh mana mana anasir luar.










1 ulasan:

  1. tertengok 1 filem arahan anak yusof haslam raya aritu KL gangster ke hapa tajuknya, sedih + meluat dengan dialog2 dalam filem tu. org melayu cakap ala2 cina yang pelat melayu.. memang rosak bahasa 99%

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.