Syukur kepada Allah s.w.t kerana
dengan kurniaanNya kita dapat menikmati satu lagi nikmat yang Allah berikan
kepada umat manusia selain Islam iaitu nikmat kemerdekaan. Semalam kita menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita
yang ke 57 tahun. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berasa bersyukur dan
bertuah kerana dilahirkan di negara ini. Cuba
bayangkan jika Allah lahirkan kita di Ghana
atau Somalia?
Bagaimana agaknya nasib kita? Sebab itulah penting kita sentiasa bersyukur di
atas nikmat kemerdekaan negara ini. Allah telah memberikan kepada kita sebuah
negara yang maju dan mewah.
Walaubagaimanapun, ramai diantara kita
yang masih tidak sedar diri dan tidak mahu bersyukur di atas apa yang telah
Allah berikan kepada kita selama ini. Kita selalu membanding bandingkan negara
kita dengan negara negara maju yang lain seperti Amerika
Syarikat, Britain,
Sweden
dan Switzland kononnya negara itu lebih baik dan lebih maju daripada kita. Kita
selalu mengkritik kerana tidak mendapat itu dan tidak mendapat ini sedangkan
rakyat negara lain mendapat apa yang kita tidak dapat di negara kita.
Saya sentiasa berpegang dengan
pepatah Melayu bahawa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Mungkin negara orang lebih baik dari negara kita tetapi saya yakin negara kita
pun pasti ada kelebihan yang tidak ada pada negara orang. Allah itu Maha Adil
sebenarnya. Jangan kerana kita selalu melancong ke negara orang, kita terus
mengaguminya dan kita memperlecehkan negara kita sendiri kerana tidak setanding
dengan negara orang yang kita pergi.
Ya, saya akui bahawa negara kita ini
banyak kelemahannya di sana
sini dan jujur saya katakan bahawa saya sendiri pun marah atas kelemahan
kelemahan itu tetapi saya ingin bertanya, adakah negara orang yang kita kagumi
itu tidak ada kelemahan? Adakah semua yang ada di negara orang itu baik baik
sahaja? Adakah semua di negara orang itu cantik sahaja? Saya yakin sudah tentu
jawapannya tidak. Setiap manusia ada kelemahan dan kekurangannya. Kalau
kerajaan kita pun mempunyai banyak kelemahan, kerajaan negara lain pun sama.
Kita mungkin tidak dapat melihat
segala kelemahan itu kerana kita bukan rakyat negara itu. Cuba kita tanya kepada rakyat
negara tersebut, apakah mereka berpuas hati dengan pentadbiran dan kualiti yang
ada di negara mereka? Saya yakin pasti mereka juga ada rasa tidak berpuas hati
dengan pentadbiran di negara mereka sendiri. Kita selalu mengagung agungkan
Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang maju, yang mengamalkan demokrasi
dan kebebasan akhbar yang tinggi tetapi banyak juga rakyat di negara mereka
yang tidak berpuas hati dengan kerajaan mereka. Kita lihat sahaja di Amerika.
Sistem kapitalis begitu kuat mencengkam rakyat mereka sehingga ramai rakyat
mereka yang menjadi miskin akibat daripada sistem itu. Mahukah kita tinggal di
negara seperti itu?
Kita lihat apa yang berlaku di negara
Cuba.
Mereka mengamalkan dasar kesihatan percuma tetapi dasar itu tidak ada di
Amerika Syarikat walaupun Cuba
adalah sebuah negara yang Amerika Selatan yang
miskin. Ini membuktikan tidak ada negara yang sempurna di dunia ini.
Kita sahaja yang begitu suka membanding banding dan memuji negara negara itu
sedangkan negara mereka tidaklah sebagus mana.
Negara kita pun banyak kelebihan yang
saya fikir tidak perlu saya tulis satu persatu di sini. Anda sebagai rakyat Malaysia
sudah tentu tahu apakah kelebihan kelebihan tersebut. Tetapi oleh kerana rasa tidak
bersyukur itu sentiasa ada di dalam hati, maka kita nafikan segala kelebihan
kelebihan itu. Kita mahukan negara kita menjadi seperti negara orang tetapi
persoalannya sekarang adakah negara kita mempunyai kemampuan untuk menjadi
seperti negara maju yang kita idam idamkan? Adakah negara kita mempunyai sumber
sumber yang cukup untuk menjadi sebuah negara yang maju?
Saya berharap agar anda semua jangan
terlalu berfikiran jumud terhadap perkara ini. Melaksanakan sesuatu perkara
bukan mudah seperti memperkatakannya. Kita hanya pandai berkata kata tetapi
kita sendiri tidak tahu bagaimana untuk melaksanakannya. Saya sendiri pun boleh
berkata itu dan ini untuk memajukan negara ini tetapi hakikat sebenarnya tidak
seperti apa yang saya perkatakan. Ingatlah, kita mesti sentiasa berpijak pada
realiti bak kata pepatah di mana bumi berpijak di situ langit dijunjung.
Jika kita mahu menjadi sebuah negara
yang maju, apakah pemikiran kita semua sudah benar benar maju untuk menerima
kemajuan yang kita idam idamkan? Kemajuan bukan diukur dari sudut berapa tinggi
sebuah bangunan, kemajuan bukan diukur dari sudut berapa canggih sistem
pengangkutan awam di sesebuah negara tetapi kemajuan diukur dari sudut
pemikiran dan minda. Adakah pemikiran dan minda kita sudah maju? Tidak guna
mempunyai sebuah bangunan setinggi KLCC tetapi pemikiran kita lebih teruk dari
zaman Rom dan juga Greek!
Kita lihat sahaja ahli ahli politik
kita? Adakah itu sudah melambangkan yang kita semua ini sudah matang berpolitik
seperti mana di negara negara maju? Ahli ahli politik kita lebih suka bergaduh
daripada memikirkan masalah rakyat dan masa depan di negara ini. Mereka sibuk
merebut sesuatu jawatan tetapi mereka tidak memikirkan bagaimana untuk memajukan
negara ini dan akibatnya negara kita masih lagi berada di takuk yang lama.
Oleh itu, nasihat saya kepada semua
agar bersyukurlah dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita selama ini.
Ingatlah, jangan kerana sikap kita yang tidak mahu bersyukur menyebabkan Allah
menarik kembali segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Ingatlah, Allah
sentiasa berpesan di dalam Al Quran bahawa orang yang tidak bersyukur adalah
orang orang yang rugi.
Akhirul kalam, selamat menyambut hari
kemerdekaan ke 57 tahun kepada semua pengunjung dan pengikut blog MNH Sastera
Melayu ini terutama kepada blogger MZ dan CIA yang sentiasa menjadi pengunjung setia blog saya. Semoga kita dapat mengekalkan kemerdekaan ini sampai bila bila.
Salam, jemput join GA di bawah. Seriously hadiah dia semua superb2
BalasPadamhttp://cahayaketinggiankehalusan.blogspot.com/2014/08/september-giveaway-party-hosted-by-iola.html
Post MNH kali ni betul-betul terkena batang hidung MZ. Selalu sangat complain dan jarang bersyukur. *thumbs up*
BalasPadamSesekali kalau mengkritik sebab tak puas hati terhadap sesuatu dasar kerajaan tak apa MZ. Yg tak bolehnya semua yang ada kat negara ni nak dikritiknya. Yg baik pun kritik, yg tak baik pun kritik.
PadamSalam Merdeka yer ^_^
BalasPadam