Walaubagaimanapun, bukan faktor itu
sahaja yang meningkatkan nama Dyana di persada politik Malaysia malah faktor dia mewakili
parti DAP di dalam PRK kali ini juga meningkatkan popularitinya. Semua orang
tahu bahawa DAP adalah parti politik chauvinis kaum Cina walaupun ditentang keras
oleh pemimpin pemimpin parti itu. Bagi yang melihat DAP dengan mata hati dan
akal, pasti akan melihat DAP sebagai sebuah parti chauvinis kaum Cina namun
bagi yang melihat DAP dengan ‘mata untuk mendapatkan kuasa politik’ sudah pasti
tidak akan melihat hal ini.
Pada hemat saya, itu adalah hak Dyana
untuk menyertai parti itu. Di dalam negara demokrasi, kita berhak untuk memilih
haluan perjuangan kita. Kita tidak perlu marah kepada Dyana untuk menyertai
parti DAP itu. Itu adalah haknya. Dia mahu masuk parti DAP, PAS, PKR, UMNO, Parti
Komunis Malaya malah Parti Hari Jadi pun kita tidak berhak untuk melarangnya dari menyertai mana mana parti.
Namun, apa yang sedih tentang Dyana ini
adalah kenyataan kenyataannya yang langsung tidak melambangkan yang dia seorang
gadis Melayu yang beragama Islam dan lahir di Malaysia . Bermula dengan
kenyataannya yang menolak Hudud (menurut laporan Malaysiakini) kemudian
menentang pelaksanaan hukum Hudud, mendesak UiTM dibuka kepada bukan Melayu dan
mendesak IPTA seperti UiTM ditubuhkan khas untuk kaum Cina (dipetik dari Blog
Zulkifli Noordin).
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dyana
ini bukan sahaja mengguris hati orang Melayu malah pada yang sama menyeronokkan
kaum chauvinis di luar sana .
Sudah tentu ultra kiasu akan bersorak kegembiraan mendengar ucapan Dyana
ini.
Pelik bin aneh apabila PAS, parti yang
memperjuangkan Islam dan berdegar degar untuk melaksanakan hukum Hudud begitu
ghairah menyokong Dyana yang terang terang menolak Hudud. PAS mengatakan UMNO
kafir kerana menolak Hudud tetapi mengapa pula PAS tidak mengatakan Dyana kafir
apabila menolak Hudud? Di mana suara lantang Hadi Awang, Nik Aziz, Husam Musa,
Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang begitu lantang mengkafirkan UMNO? Adakah telah
disumbat dengan serban oleh pemimpin pemimpin DAP?
Dyana juga mahu UiTM dibuka kepada
bukan Melayu yang selama ini hanya didominasi oleh orang Melayu. Mengapa dia
tidak menyoal mengapa mesti ada SJKC dan SJKT di Malaysia? Hanya Malaysia sahaja negara di dunia yang berada di
luar China dan India yang mempunyai sekolah untuk kaum Cina dan
kaum India .
Amerika dan Singapura pun tidak ada. Jika ada pun bilangannya tidaklah seperti
banyaknya di Malaysia .
Dyana sepatutnya memperjuangkan sekolah satu aliran yang sememangnya menjadi
satu perkara terpenting dalam merapatkan perpaduan antara kaum di Malaysia .
Kalau Dyana merasakan tidak suka dengan
UiTM, mengapa dia menerima tawaran masuk ke universiti itu dahulu? Mengapa dia
tidak masuk ke universiti awam lain yang perlu bersaing dengan pelajar pelajar
yang bukan Melayu? Ataupun mengapa dia tidak masuk sahaja ke universiti swasta
yang sememangnya ramai orang bukan Melayu di luar sana ? Jika Dyana seorang yang berpegang
kepada prinsip, alangkah bagusnya jika dia boleh pulangkan semua ijazah undang
undang yang dia terima dari UiTM itu (dipetik dari blog Zulkifli Noordin). Dia
tidak perlu berkokok ke sana
ke mari untuk mengatakan bahawa UiTM adalah universiti rasis!
Inilah contoh Melayu yang seperti kata
pepatah bagai kacang lupakan kulit atau bagai melepaskan anjing yang tersepit!
Melayu yang lupa asal usulnya dan lupa perjuangan bangsanya. Belum ada lagi
mana mana Melayu yang berani mengatakan seperti Dyana. Inilah kali pertama.
Sudah puluhan tahun UiTM ditubuhkan untuk merapatkan jurang akademik antara
orang Melayu dan orang bukan Melayu tetapi kini muncul pula Melayu berfikiran
liberal yang mempertikaikan tentang fungsi universiti itu.
UiTM juga bukan hanya untuk orang Melayu
sahaja. UiTM juga dimasuki oleh orang bukan Melayu yang bertaraf Bumiputra
seperti Orang Asli, Orang Iban dan pelbagai suku kaum dari Sabah dan Sarawak . Jadi, jika mengatakan UiTM adalah universiti
rasis Melayu amatlah tidak wajar sama sekali.
Saya tidak kata bahawa kita perlu sokong
UMNO/BN jika masuk UiTM atau universiti universiti awam yang lain. Saya juga
tidak kata bahawa salah untuk kita menjadi pembangkang. Dalam sebuah negara
demokrasi, suara pembangkang adalah perlu untuk mewujudkan ‘semak dan imbang’
dalam pentadbiran sesebuah negara namun bukan seperti pembangkang di Malaysia.
Pembangkang di Malaysia tidak sama dengan pembangkang di Amerika , United Kingdom
dan negara negara maju yang lain. Pembangkang di Malaysia membangkang semua
perkara sama ada yang baik ataupun yang buruk. Pembangkang di Malaysia hanya
pandai mencari kesalahan, buat fitnah, mengutuk di sana sini namun tidak pula memberi idea
bagaimana untuk membangunkan negara. Jika di Parlimen, mereka hanya pandai
memprovokasi tetapi tidak pula mahu menyampaikan buah fikiran untuk mencari
jalan penyelesaian terhadap masalah yang berlaku.
Lihat sahaja apabila tragedi di Lahad
Datu berlaku. Pembangkang di Malaysia bukannya mahu membantu kerajaan dengan
memberi idea untuk menyelesaikan masalah tersebut sebaliknya menghentam
kerajaan dengan mengatakan bahawa tragedi yang meragut nyawa dan menggugat
keselamatan negara itu sebagai satu sandiwara daripada kerajaan!
Saya meramalkan Dyana Sofea akan menang
dalam PRK Teluk Intan ini. Ini berdasarkan beberapa faktor antaranya kerusi itu
adalah kerusi yang ditinggalkan oleh calon DAP dan majoriti pengundi adalah
dari kaum Cina. Pengundi pengundi Cina pasti akan memberi undi kepadanya
walaupun dia calon Melayu. Mereka tidak kisah calon itu berbangsa apa asalkan calon
itu mesti dari DAP ataupun sekutu kuat DAP. Jadi tidak hairanlah jika ramai
calon Melayu dalam PR boleh menang dalam kawasan yang pengundinya majoriti
Cina.
Tambahan pula, anak anak muda Melayu
juga yang sudah sekian lama menolak BN pasti akan mengundi Dyana di Teluk Intan
ini. Mereka tidak kisah apa yang akan berlaku kepada agama, bangsa dan negara
mereka asalkan mereka dapat menumbangkan UMNO/BN dalam pilihan raya. Itulah
matlamat mereka. Bagi mereka apa yang UMNO/BN buat adalah jahat dan apa yang
pembangkang buat adalah baik.
Kebanyakkan anak anak muda sudah lupa
Peristiwa 13 Mei 1969. Mereka tidak ingat apa yang DAP lakukan sewaktu mereka
menang di Selangor dalam Pilihan Raya Umum 1969. Jika mereka ingat pun, mereka pasti akan buat
buat lupa dan mengeluarkan hujah hujah dangkal untuk menghalalkan sokongan
mereka itu. Mereka tidak tinggal di Kampung Baru jadi mereka tidak tahu. Apa
yang mereka tahu adalah tumbangkan kerajaan UMNO/BN dan gantikan dengan Pakatan
Rakyat.
Ingatlah,
orang yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula. Pada hari ini Dyana mencerca
orang Melayu seolah olah dia lebih Cina dan Cina. Tetapi apabila dia tua nanti
tatkala apa yang dia perjuangkan selama ini menjadi kenyataan, tatkala itu nasi
sudah pun menjadi bubur. Dia akan sedar apabila anak anak dan cucu cucunya akan
menerima bahana hasil daripada perjuangannya. Tahniah Dyana! Semoga Allah
memberkati hidup kamu!
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.