Selasa, 7 Jun 2022

BOSS



Antara punca seseorang pekerja boleh bertahan lama dalam sesebuah organisasi adalah kerana boss / ketua / pengurus / supervisor yang baik. 

Boss yang mempunyai sikap yang baik pasti akan disukai pekerja dan pekerja akan kekal lama dalam sesebuah syarikat.

Dapat boss yang mempunyai sikap yang buruk akan membuatkan pekerja cari kerja lain.

Aku antara orang yang kerja banyak tempat.

Setiap tempat aku kerja, aku akan dapat boss yang berbeza.

Aku pernah dapat boss yang baik dan pernah juga dapat boss yang teruk.

Walau bagaimanapun, boss adalah manusia biasa. Jadi tak terlepas dari kesalahan.

Boss yang baik pun ada perangai dia yang aku tak suka. Tapi aku boleh kekal lama sebab aku selesa bekerja dengan dia.

Boss yang mempunyai sikap yang buruk memang aku tak suka. Boss jenis ni, aku boleh bertahan kerja dengan dia, sebulan je. Lepas tu aku cabut.

Memang best kalau dapat boss yang baik.

Boss yang baik maksud aku adalah tegas tetapi boleh bertolak ansur dan memahami pekerja.

Boss yang aku tak suka adalah boss yang sikit-sikit nak marah. Tak boleh bertolak ansur dan tak mengambil berat atas kebajikan pekerja.

Alhamdulillah, aku belum pernah lagi dapat boss yang pilih kasih dan tak berlaku adil. Kawan aku pernah dapat boss macam ni.

Jadi boss memang tak mudah, tapi jadilah boss yang memahami dan bertolak ansur dengan pekerja serta mengambil berat tentang kebajikan pekerja.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.