Sumber : Google |
Penerangan
:
Pokok
daripada keluarga Melastomataceae
yang berasal dari kawasan khatulistiwa dan kawasan-kawasan subtropika di mana
mengandungi lebih dari 4,000 spesies di dunia. Di Asia Tenggara sahaja, genus Melastoma mengandungi 22 spesies
manakala di Malaysia mengandungi sekurang-kurangnya 12 spesies yang kebanyakannya
digunakan oleh kaum orang asli sebagai perubatan tradisional. Senduduk Putih adalah
pokok belukar kecil yang lazimnya didapati di kawasan tanah lapang, kawasan terbiar
dan juga di tepi jalan.
Khasiat :
1. Memulihkan cirit-birit
2. Mencegah parut-parut luka kesan daripada kelemumur atau
cacar
3. Melegakan sakit gigi
4. Mengurangkan kembung perut
5. Membantu rawatan selepas bersalin
Kaedah :
Rebus
akarnya dan air rebusan itu diminum untuk melegakan sakit gigi, melembutkan
kaki dan mengurangkan kembung perut.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.